RSS

❉ FoLlOwErs❉

Thursday, June 10, 2010

~ JaLaN - jaLaN~


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,syukur pada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ana panjatkan kesyukuran pada Allah kerana masih lagi memberi nikmat kehidupan kpd ana sehingga ke hari ini. erm..apa pulak cerita harini yer??first of all nak bagitau, ana baru je balik dari ziarah mak andak & pak andak kat Terolak Timur, Perak.... ziarah kakak & abag kat Sri Damansara, Selangor...Jalan2 kat Cameron Highland, Pahang with my lovely family... MySpace


½ hari kat rumah mak dak & pak dak.. memang best tengok suasana kampong.. .tenang je jauh dari kesibukan kota... sampai je mak dak terus sibuk sediakan makanan tengah hari... lepas solat zohor ana & family apa lagi makan la, lapar huhuhu... Rehat2 jap tengok suasana sekeliling rumah, rasa macam tak nak balik je. Jam 3.30 petang, bertolak ke Sri Damansara......


6.30 petang tiba di rumah abang, satu2nya anak lelaki abah MySpace (huhuhu...anak kesayangan). Di sambut dengan gelak tawa Muhammad Aqil Aiman (cahaya mata abang), sekian lama rasanya tak tengok. Apa lagi ana, melepaskan rindu la kat anak buah ana sorang ni... (Aqil meh kat Cik...kita main bola ne) habis besepah rumah di buatnya . Tujuan sebenar pergi rumah abang ialah untuk tengok kakak ipar ana ne ha, baru keluar hospital (operation telinga). Tapi baru je keluar hospital dah sibuk nak p kerja .... kuat betol semangat ye..


Hampir 2 hari jugak la ana & family kat sana.. rasa macam duduk dalam sangkar, mana tak nya duduk je terperap dalam rumah tak keluar g mana2.. Bukannya abang & akak tak ajak keluar, ana ni kalau tempat ramai orang memang malas nak keluar, adik & abah je ikut akak & abang keluar, p mana2 tah.. so ana & umi je yang malas nak kua, tak sabar nak tunggu hari seterusnya, NAK BALIK.................... Esoknya awal2 lagi ana dah bangun besiap nak balik (huhuhu sory bang, acik boring la x buat apa2). Lepas sarapan terus berangkat, tapi sempat lagi abang pesan kat ana......


Abang: Acik dah habis belajarkan?

Ana: a,ah habis dah, tunggu result je ne.. n klu ada rezki nak sambung agi.

Abang: sementara 2 x nak keje ke?

Ana: nak, tengah mencari la ne.

Abang: em... if nak cari keje abang nasihatkan acik tak payah la cari kat c ne (KL & Selangor).

Ana: nape plak bang? (buat2 x paham..huhuhu)(memang x nak pon)

Abang: takut nanti acik terkejut plak, kalau acik ne lelaki x pe la. Ne perempuan, bahaya sikit.

Ana: Insyallah bang. (sayang jugak abang aku ne kat aku)

Abang: dah 2 nak cari keje kat mana ne?

Ana: Insyallah Ipoh, minggu depan acik nak p JTK (Jabatan Tenaga Kerja ) kat sana.

Abang: elok la macam 2.....



Nak pergi Camron Highland. MySpace...huhuhu... adik ana beria2 nak p Camron Highland, abah & umi akur je la, memandangkan cuti sekolah lama lagi. Tiba je kat sana, waktu makan tengah hari, apa lagi lunch la dulu & Solat Zohor di Masjid Abu Bakar, camoron Highland... sejuknya air waktu nak amik wuduk, segar rasanya... lepas solat abah terserempak dengan kawan dia, apa lagi ajak pergi Ladang strawberry la.. (adik ana la yang palin excited..huhuhu). x sampai ½ jam kat situ hijan turun.. kelam kabut masuk kereta... abah bawak pergi shopping jap.. beli2 barang & terus balik....

O.T.W balik.... SubahanAllah cantiknya pemandangan waktu lepas hujan di kaki bukit , rasa kerdil sangat waktu tu...melihat alam ciptaanNya yang tiada tandingannya... MySpace


~SeKiaN~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 7, 2010

Sahabat?


SAHABAT??? Sebut je SAHABAT, pelbagai tafsiran bermain di minda masing-masing. Ada yang cakap SAHABAT ne adalah insan yang paling rapat dan memahami diri kita, tapi sejauh manakah kebenarannya??? Jawapannya ada pada diri antum. Sebelum mencari SAHABAT, adakah diri kita sendiri selayaknya bergelar SAHABAT pada SAHABAT yang kita cari. Jadi sebelum mencari SAHABAT yang baik dan paling layak untuk mendapat gelaran itu, kita perlulah “ lebih banyak menjadi, daripada mencari”.


Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah pelbagai bangsa dan agama untuk kita mencari dan mengenal erti kehidupan yang merupakan salah satu hikmah dan kebijaksanaan-Nya kerana dari situ kita dapat mengenal perbagai ragam manusia, budaya adat resam yang diciptakan oleh Allah supaya manusia berfikir akan kekuasaan-Nya.

Begitu juga SAHABAT yang diciptakan oleh Allah untuk kita. Kadang-kadang kita tidak mengenal erti persahabatan yang sebenar yang sebenarnya ia adalah satu nikmat daripada Allah dalam manisnya berukhuwah. SAHABATlah bagi manusia untuk meluahkan perasaan, untuk meluahkan keperitan walaupun sebenarnya SAHABAT itu tidak mampu berbuat apa-apa. Berbanding dengan keluarga, kadang-kadang kita lebih banyak masa diluangkan untuk SAHABAT.

Tetapi adakah kita bena-benar memilih SAHABAT yang sebenar-benarnya. Kerana silap memilih sahabat punahlah masa depan sama seperti ungkapan yang
bersama dengan orang yang memakai wangi-wangian, dia juga akan terpalit bau wangi itu. Ini bermakna pemlihan sahabat mestilah betul. Apabila kita bersama SAHABAT yang keruntuhan akhlak, mahu tidak mahu kita juga akan terpengaruh dengan sedikit sikap sahabat kita itu tetapi bilamana kita bersahabat dengan alim ulama dan orang yang soleh, maka kita juga akan terikut dengan sikapnya. Walaupun sedikit sikap yang buruk kita ambil tetapi ia akan menjadi tabiat yang sukar untuk kita buang.

Sesungguhnya, Allah mengetahui akan sifat fitrah manusia yang perlukan teman dalam setiap detik kehidupan.
Indahnya bilamana bertemu dan berpisah kerana Allah jua apabila kita cinta dan marah hanya kerana Allah diatas dasar keimanan kepada Allah.

Hal ini dinyatakan dalam hadis:

Bermaksud: ”Barangsiapa yang mencintai dan memarahi kerana Allah, memberi dan menolak kerana Allah, maka sempurnalah imannya.”
(H.R. Abu Daud)

Daripada hadith di atas, seorang muslim akan mencintai setiap hamba yang soleh dan akan mengikut sifatnya begitu juga seorang muslim akan membenci orang yang fasik terhadap perintah Allah dan Rasul-Nya kerana mereka tidak mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya. Akan tetapi, kefasikan mereka tidak boleh dijadikan penghalang kepada kita untuk bersahabat tetapi memberi peluang kepada kita untuk menegur kesilapan yang dilakukan oleh mereka.

Dalam pemilihan SAHABAT, ada beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan tujuan SAHABATan itu hanya semata-mata kerana Allah. Antara faktornya ialah:

1- Mestilah SAHABAT itu seorang yang bijak, kerana bilamana berSAHABAT dengan orang yang jahil kita akan terikut dengan sifat dan sikapnya.


2- Mestilah dia seorang yang berakhlak mulia, kerana bilamana dia mempunyai akhlak yang buruk walaupun seorang yang pandai, mereka akan sering dikalahkan oleh hawa nafsu yang menyebabkan kadang-kadang kita akan terkena dengan kejahatannya sepertimana seorang SAHABAT yang khianat.

3- Mestilah dia seorang yang bertakwa kerana orang yang fasik tidak akan taat dan beriman dengan perintah Allah. Bilamana dia berbuat jahat terhadap saudaranya, dia tidak akan peduli akan perasaan sahabatnya kerana orang yang tidak taat kepada Allah adalah orang yang tidak akan memperdulikan apa-apa pun.

4- Mestilah dia seorang yang berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah, menjauhi perkara-perkara khurafat dan perkara-perkara bidaah kerana apabila dia melakukan perkara-perkara sedemikian hilanglah kepercayaannya pada Allah yang satu.

Menurut salah seorang yang soleh, ketika mewasiati anaknya,
”Wahai anakku, jika kamu memerlukan teman, maka bertemanlah dengan orang yang bila kamu perlukan bantuan dia akan membantumu, jika kamu menemaninya dia akan setia kepadamu, jika kamu mendapat anugerah diatidak akan meminta. Wahai anakku, berSAHABAT lah kamu dengan orang yang bilamana menghulurkan kebaikan dia tidak akan meminta dibalas, bila kamu mendapat kebaikan dia mengakuinya, dan jika kamu mendapat kecelakaan dia kan menolaknya. BerSAHABAT lah dengan orang yang jika kamu berkata kepadanya dia membenarkanmu, jika kamu bersikap bertentangan dengan sesuatu, maka dia mengingatkanmu”.

Daripada kisah ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa bukan mudah untuk mencari SAHABAT sejati yang boleh membawa kita mencapai kebahagian dunia dan akhirat sebaliknya ramai SAHABAT yang kita lihat pada hari ini lebih menjurus kepada kehidupan keduniaan semata-mata walaupun sebahagian mereka mempelajari ilmu agama tiak semestinya sahabat itu sempurna. Oleh itu, tanggungjawab kita untuk menyedarkan kembali sikap mereka supaya kembali mengenal Allah yang esa.

Demikianlah, manusia sering menilai perSAHABATan dari luaran dan bukannya dari dalaman. Justeru kita mestilah pandai dalam memilih SAHABAT dan semoga ukhuwah itu berpanjangan dunia dan akhirat.


~sekian~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 6, 2010

=Az-ZiaRaH=

Assalamualaikum…MySpace

Baru je petang tadi up date blog, sekarang ana nak kongsi kegembiraan MySpaceana sebelum berangkat ke KL. Esok insyAllah family ana akak ke KL untuk ziarah kakak ipar ana yang baru lepas operation kerana tisu dalam telinga dia terkoyak. Akibat daripada membiarkan selsema berlarutan dan tidak ke klinik.




Bersempena cuti sekolah ini jugak kami sekeluarga InsyAllah akan ziarah sanak saudara yang lain. Itu antara aktiviti tahunan family ana, MySpace abah & umi selalu pesan “walau apa2 pun selalu utamakan keluarga, keluarga satu2nya anugerah yang tak dapat di jual beli”. Bak kata pepatah “ air dicincang tak akan putus”. Tak lupa juga sahabat2 umi & abah “ kalu umi & abah dah tak ada suatu hari nanti, ingat teruskan sillaturrahim dengan sahabat2 kami, sebab tu la abah & umi selalu bawak anak2 ziarah rumah sahabat handai kami”

Pesanan yang cukup berharga MySpace& hikmah disebaliknya, ini salah satu cara untuk kita sebagai anak2 untuk mengenali ahli keluarga & sanak saudra serta sahabat handai yang lain. Tapi ingat biasa kan yang betul dan betulakan yang biasa. Doakan kami sekeluarga selamat pergi, tiba dan pulang ye. Semoga perjalanan sebagai musafir kali ini diberkati Allah dan di redhaiNYa.

_Doakan kami ye_MySpace

~SeKiaN~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...