RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, March 29, 2011

..:: Apa Itu D.A.K.W.A.H ::..


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




5M

• Mengajak
• Memanggil
• Menyeru
• Menyampai
• Mendorong

Dalam konteks bahasa Arab bermakna, al-wa’zu, al-irsyad, at-tabligh.

Dari segi istilah pula, mengajak atau menyeru ke jalan Allah dengan melakukan kebaikan dan mencegan kemungkaran supaya bahagia hidup dunia dan akhirat.


Keperluan untuk berdakwah

• Memikirkan orang lain pun memerlukan dakwah
• Mengelakkan pengaruh secular ( pemisahan agama dan kehidupan)
• Membendung gelaja keruntuhan social
• Memansuhkan gerakan musuh – musuh Islam
• Kesinambungan perjuangan Rasulullah saw
• Salah satu jihad jasadiyy wa fikriyah.

Apakah isi/ maudu’ dakwah?

• Al-Quran dan As-Sunnah menjadi pegangan dan panduan

Siapa yang perlu berdakwah?

• Semua umat manusia.

Apa hukum berdakwah?

“Ballighu ‘anni walau ayah”
Maksudnya, serulah kepadaku walau satu ayat!

Dakwah merupakan fardhu ‘ain dan kifayah.


Allah berfirman,

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.”
[Surah Ali-Imran : 104]



Sasaran dakwah?

• Seluruh ummat manusia
• Golongan al-malak (orang yang ada kelebihan dari segi kebendaan)
• Golongan al-Jumhur (golongan pertengahan/orang awam) kerana mereka ini tiada sifat cinta pada dunia dan tidak pula sombong.
• Golongan orang yang membuat maksiat (al-‘asi)

Ciri – ciri dakwah :

• Jihad
• Akhlak
• Positif
• Rabbaniyyah
• Aqliah
• Ruhiyyah
• Syumul
• Fleksibel
• Seimbang
• Insaniah
• Kentemporari
• Sederhana
• Jelas
• Universal
• Syura



Sumber.
http://pendakwahmuda.blogspot.com/2009/09/apa-itu-dakwah.html


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

❤ JOM JADIKAN BLOG SEBAGAI MEDIUM DAKWAH ❤

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah hari ni ana buka satu blog sahabat (kenalan melaui alam blog) ... menganjurkan Kempen : Jom Jadikan Blog Sebagai Medium Dakwah!! di bog http://atikaahmadiah.blogspot.com ... menarik & tertarik ana membacanya..




Katanya:

Entri dan kempen ini ada kaitan dengan entri saya yang terdahulu berkaitan dengan Tujuan Berblogging. Salah satunya adalah untuk berdakwah. Dakwah di sini bukan sahaja bermaksud kita bercerita dan membincangkan tentang Islam, tapi kempen saya ni lebih kepada supaya kita mengajak dan menyeru pembaca ke arah kebaikan. Maksud saya, asalkan benda baik, perkara baik..itu dah dikira dakwah. Seru ke arah kebaikan...

Dan saya harap blogger sekalian dapat memanfaatkan bakat penulisan yang dimiliki dengan cara mengajak kawan-kawan di luar sana tertarik kepada kebaikan. Kalau dapat membincangkan tentang Agama Islam itu sendiri lagi baik...kerana Islam itu merupakan cara hidup, tak kan terpisah walau kita berbicara tentang apa sekali pun.

Oleh itu:

Ana ingin mengajak sahabat2 blog sekalian join kempen ini...

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (QS. Ali Imran [3] : 104).

"Kalian adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi manusia, kalian menyuruh (berbuat) kepada kebaikan dan mencegah dari kemunkaran dan kalian beriman kepada Allah." (QS. Ali Imran [3] : 110).

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang maruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan mereka ta’at kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah, sesungguhnya Allah Maha

Jom sahut cabaran kempen ni..

~Jadilah anak kunci kepada jalan-jalan kebaikan~


والسلام



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...