RSS

❉ FoLlOwErs❉

Sunday, July 31, 2011

~Tanda DIA Sayang~

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





“Akak, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?”
satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

“Macam mana kalau tak betul?”

Kepada adikku, inilah jawapan kakakmu






Adikku, apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka akak sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur’an. Adakah sejak akak ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari akak mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita pada ayat 36 dan 37 Surah Ar-Rum dengan firman-Nya,

Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. (Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.


Ujian kesempitan adalah hasil kecuaianmu

Adikku, apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah berpunca dari kelalaianmu sendiri. Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka? Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat akak nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila sudah hidup, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian ini nikmat keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
Surah Al-Ankabut ayat 3 dan 4.

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah baiknya bahawa yang mengatur adalah Allah.


Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?


Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda: Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.


Adik, ummi yang sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!


~Renungan buat diri ku dan diri Mu~


Copy artikel from En.Blog ^__^

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, July 30, 2011

Kemasukan Baru ke Universiti Sesi 2011..



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc.
Kelulusan : Ijazah takwa
Konvo : 1 Syawal

* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
course : Puasa 6 . . .

........................................................................................


Ramadhan Bulan Disiplin


Jagalah semua disiplin dibulan Ramadahan agar kita mendapat rahmat (10 pertama), keampunan (10 kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka (10 terakhir). BULAN Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.

(Riwayat Ibn Khuzaimah)


Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:-


1) Disiplin Fizikal –

menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.


2) Disiplin Spiritual (Rohani)

menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:-


a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”


Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik.


b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang


c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik yang melalaikan.


d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tapi tiada pahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.


........................................................................................................


Puasa Yang Sia-sia


Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)


Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.


....................................................................................................


Lafaz Niat Puasa Sebulan



"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"



Lafaz Niat Puasa Harian



"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"


Waktu Berniat



Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

..........................................................................................

Akhir kalam Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna
mohon maaf atas segala kekhilafan
Moga:-


"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Amien

~Strive For Mardhatillah~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, July 27, 2011

Teladan dari Haiwan**

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Terdapat dua ekor itik dan seekor kura-kura yang bersahabat baik tinggal di suatu kawasan yang semakin kering dek kemarau panjang. Binatang-binatang yang bermastautin di situ telah lama meninggalkan tempat tersebut memandangkan semakin hari semakin sukar untuk mendapatkan makanan dan minuman. Semua kolam kering dan tumbuh-tumbuhan semakin kekuningan dimamah sinaran mentari yang hangat membahang.


Disebabkan keadaan semakin mendesak, maka dua ekor itik itupun telah berpakat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke kawasan yang lebih lembab dan berair. Kura-kura berasa risau memandangkan sahabat baiknya ingin meninggalkan tempat tersebut. Dengan keadaannya yang bergerak lambat dan tidak boleh terbang seperti mereka, agak mustahil untuk dirinya mengikuti jejak langkah mereka. Maka dia pun berkatalah kepada kedua-dua ekor itik tersebut.


"Kalian hendak berpindah, nanti aku akan mati kekeringan di sini. Aku tidak mampu terbang mengikutimu mencari tempat yang lebih baik. "


"Hmmm.. betul juga kata kamu Si Kura-Kura. Owh, tidak mengapa jika kamu mahu, kami boleh membantu kamu untuk sama-sama berpindah," ujar salah seekor itik tersebut setelah berfikir seketika.


"Bagaimana?" balas kura-kura kembali.


"Kami berdua akan menggigit sebatang kayu dan kamu juga mesti menggigit kayu itu untuk sampai ke destinasi kita dengan selamat. Bagaimana, kamu setuju?" Soal itik.


"Owh, kalau begitu aku setuju," kura-kura memberi persetujuan tanpa berbelah bagi.


Maka terbanglah kedua-dua ekor itik itu mencari tempat tinggal baru bersama kura-kura. Tiba-tiba sedang melalui suatu kawasan, ada beberapa orang budak nakal yang mengejek kura-kura.


"Hei kura-kura! Ada hati nak terbang tinggi. Engkau tu dah memang semulajadinya tidak boleh terbang, ada hati nak terbang tinggi macam itik. "



Kura-kura berasa geram dan marah dengan ejekan tersebut, tetapi dia masih tidak berkata apa-apa kerana dia tahu jika dia membuka mulut pasti dia akan terjatuh.


Kedua-dua itik tersebut terus terbang meninggalkan mereka tanpa mempedulikan ejekan budak-budak itu. Setelah penat terbang mencari destinasi impian, mereka melalui satu lagi kawasan yang dipenuhi dengan budak-budak yang sedang bermain. Mereka begitu kagum dengan keberanian dan kesungguhan kura-kura.


"Kura-kura, kami kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh kamu. Walaupun kamu tidak boleh terbang, tetapi kamu berusaha dengan gigih dan mahu ditolong oleh sahabat-sahabat mu, " jerit mereka kepada kura-kura.


Disebabkan teruja dengan pujian budak-budak tersebut, maka kura-kura pun membuka mulutnya untuk menjawab pujian budak-budak itu.


'ALHAMDULILLAH, aku ingin pergi ke tempat yang lebih baik dan berair bersama itik-itik"

Sebelum sempat menghabiskan kata-katanya, maka jatuhlah kura-kura itu ke atas tanah dan berkecailah badannya.


Begitulah berakhirnya kisah Itik dan Kura-Kura. Apabila dikeji, dihina, kura-kura begitu kuat tetapi kura-kura yang dulu bersemangat kental akhirnya mati menyembah bumi dek kerana sedikit pujian.


Begitu juga dengan kita, kita akan kuat apabila dihina dan diberi pelbagai tohmahan tetapi kita mudah terbuai dengan puji-pujian. Dalam kehidupan ini, kita janganlah cepat lemah dengan kejian, dan cepat riak dengan hanya sedikit pujian.Sebaliknya sentiasa bersyukur dan jadikan setiap kejian, umpatan dan fitnah tersebut sebagai sumber kekuatan kita untuk terus berjaya. Dan jika kita dipuji, janganlah pula berasa riak. Sebaliknya kembalilah segala pujian tersebut kepada-Nya, kerana tanpa keizinan-Nya tidak mungkin kita mampu memiliki apa yang kita usahakan.


Awal pujian adalah lembah kehinaan. Janganlah kita mudah terbuai dengan pujian yang diberikan, kelak kita yang akan binasa.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 24, 2011

~Pesan Buat Hati Ku~

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Sebenarnya, kita rasa sunyi bukan sebab kita tiada pasangan (girlfriend, atau boyfriend).

Tapi sebenarnya, yang sebenar- benarnya sebab kita belum rasa kita betul- betul ada Tuhan. Allah.


Kita tau Allah tuhan kita. Kita solat. Kita buat semua yang wajib buat. Tapi kenapa kita kata kita sunyi lagi?
Sebab kita belum BETUL- BETUL rasa Allah ada.

Kita solat tapi adakah khusyuk? Tidak, sebab itu kita masih dalam keadaan lalai. Solat tidak sempurna mana mungkin cinta Allah yang paling agung bertakhta dalam hati. Kalau betul kita rasa Allah benar- benar wujud dalam hati kita, ayat SUNYI takkan wujud dalam hati kita, pada bibir kita. Bila itu yang kita rasa, dengan izin dari Allah, cinta- cinta yang lain akan datang kepada anda tanpa anda duga.


Ye, rasa sunyi memang wujud. Jika tidak, anda bukan manusia normal.


Tapi, sunyi bukan sebab tiada cinta yang melalaikan. Bukan sunyi itu yang diperlukan.


Kalau betul anda sunyi, pernahkah anda rasa sunyi tatkala hati anda sebenarnya tidak sepenuhnya pada Allah? Ye, saya pernah dan semua juga pernah rasakan sunyi yang itu. Saat itu, diri rasa sangat malu, mulut katakan cinta Allah, tapi fikiran tidak betul- betul tulus kepada Allah. Rasa makin jauh. Sunyi pun datang. Saat itu, sunyi itu perlu kerana tanpa rasa sebegitu, tak mungkin kita mampu kembali dan dekat semula pada Allah.



YANG UTAMA

Bukan semua manusia punya fikrah yang sama. Mungkin bagi mereka yang tidak sefikrah, merasakan untuk apa ana perlu menjaga ini semua.


Ana yakin ramai muslim di luar sana punya fikrah yang sama. Pesan ana, hentikanlah perasaan- perasaan yang tidak patut berada dalam kotak hati anda, resah gundah yang membelenggu minda anda, dek kerana hal- hal yang remeh. Bulatkan jiwa kita pada yang UTAMA dahulu.
(Kredit untuk diri ana^^)


Ibadah. Bukan hanya cukup solat, puasa, zakat. Tapi lebih dari itu.

Fokus pada kerja.
kerja juga ibadah. Jangan jadikan kerja sia- sia hingga tidak ada nilai ‘ibadah’ itu.

Keluarga.
Hubungan yang paling harus dijaga. Tanpa mereka, separuh kebahagiaan hidup seakan hilang.

Sahabat.
Sahabat sejantina. Ukhuwah sahabat adalah tautan hati yang melangsungkan cinta kita pada Allah. Hargailah ia.

Ilmu.
Ilmu bukan hanya pada buku teks atau di universiti/ kolej. Berapa ramai orang yang tidak menjejakkan kaki ke menara gading tapi mereka cukup berilmu? Kerana ilmu itu luas, dimana- mana boleh kita dapat, antara mahu dengan sekadar ambil ringan sahaja. Dan ilmu bukan hanya ilmu dunia, esok yang kita tinggalkan juga, dunia.


REDHA…

Andainya sepenuh hati kita benar- benar bulat pada Yang Terutama, kita mampu untuk hadapi setiap keadaan yang sedang kita hadapi sekarang


Mungkin kerana Allah mahu kita perbaiki dahulu. Baiki diri kita. Renungi diri. Kenal diri. Muhasabah diri. Mantapkan diri.

"Jika kita tidak memiliki apa, mana mungkin untuk memberi apa-apa kepada sesiapa pun" ~ al Ustaz Fathi Yakan

Setiap yang berlaku Allah tahu jawapannya. Usah persoalkan.



Tiada seorang pun yang selamanya tidak pernah salah. Tiada seorang pun yang selamanya baik belaka. Tiada langit yang selalu cerah.



Kita semua sama di sisi Allah. Beza kita hanya amal..

Kesedaran dan hidayah Allah sangat penting untuk kita berhijrah. Pohonlah dalam sujudmu. Tuluslah hati, titiskan air mata. Sebaik- baik air mata air ialah taubat. Andai itu dapat buat kita sedar betapa cinta Allah yang lebih layak, cinta yang tak meresahkan, cinta yang tak pernah sunyi. Pasti cinta lain akan beratur di belakang.


~Hidayah itu milik Allah~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 12, 2011

~Kerajaan Semut~



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.


Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan di dunia wahai Gadis Semut?


Gadis Semut: Err! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? Soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.


Malaikat Pendakwa: Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga. Bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain.




Hai...caye baby cemut yg comell...^^


Malaikat Pendakwa: Wahai ibu bapa Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? Tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.


Ibu bapa: Kami lalai tuan. Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya ustaz dan ustazah di sekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibu bapa Gadis Semut tersebut.


Malaikat Pendakwa: Panggil ustaz dan ustazah sekolah tersebut sekarang juga. Bentak Malaikat Pendakwa.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama? Tanya Malaikat Pendakwa kepada ustaz dan ustazah sekolah Gadis Semut terbabit.


Ustaz dan Ustazah : Kami ada mengajarnya mengenai ilmu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.


Malaikat Pendakwa: Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?


Ustaz dan Ustazah: Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Menteri Pelajaran. Setelah beberapa ketika.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang menetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu untuk pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?


Menteri Pelajaran: Ya Tuan. Memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalankan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, Tuan.


Terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Siapa yang mengetuai Kabinet kamu itu? Tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

Menteri Pelajaran: Perdana Menteri kami, tuan. Lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga!!






Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah dan tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini?


Perdana Menteri: Ya Tuan. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.


Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?


Perdana Menteri: Ya. Memang saya tahu tuan. Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat saya. Lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.


Malaikat Pendakwa: Baiklah. Sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Perdana Menteri ini telah mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehingga Gadis Semut telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan ke dalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.



Setiap yg bedosa pasti menerima pembalasan yg setimpal.Bertaubatlah sebelum terlambat!!



Sumber dari En.Blog^^ Sekian


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 8, 2011

Alhamdulillah... Thank You ALLAH

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di syurga.

Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.
Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama danberkata,”Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan
yang ditujukan pada Allah, diterima”.

Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.

Kemudian, aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. Lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.

Malaikat-ku berkata, “Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya”.

Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu.

Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.

Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil.

Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.

“Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih”, kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu.

“Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?”, tanyaku.

“Menyedihkan”, Malaikat-ku menghela nafas. ” Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih”.

“Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?”, tanyaku.

“Sederhana sekali”, jawab Malaikat.

“Cukup berkata, ‘ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH’ “.

“Lalu, rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku.

Malaikat-ku menjawab,

“Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.

“Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu, dan wang baki, maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia”

“Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu, engkau adalah bahagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.

Juga, “Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan …

Engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.

“Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat ….
Maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia”.

“Jika, engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada
ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian. Maka, engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.

“Jika, orang tuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan …

Maka, engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.

“Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka, engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputus asaan.

“Jika engkau dapat membaca pesan ini, maka engkau menerima rahmat ganda iaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau
orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa, engkau lebih dirahmati daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali”.

Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu.

Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.

Ditujukan pada :

Seksyen Pernyataan Terima Kasih:

“Terima kasih, Allah! Terima kasih, Allah, atas anugerahmu berupa kemampuan untuk menerjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi”.





“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahwa,

‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu’ “. (QS:Ibrahim (14) :7 )


Syukran kepada En.Blog yang ana c0py paste p0st kali ini ^_^ untuk perk0ngsian ilmu bersama^^


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 7, 2011

.::2 Biji Benih::.



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.




Biji benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku.”



Biji benih kedua pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat.”



Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.



begitulah nasih biji benih kedua .... sungguh Kasihan…



Wahai teman-teman, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.


Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman syurga.


Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah… kerana jika anda takut dan kecut… anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda… buka hati… kenali potensi diri!




^^ sekian^^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...