RSS

❉ FoLlOwErs❉

Sunday, July 24, 2011

~Pesan Buat Hati Ku~

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Sebenarnya, kita rasa sunyi bukan sebab kita tiada pasangan (girlfriend, atau boyfriend).

Tapi sebenarnya, yang sebenar- benarnya sebab kita belum rasa kita betul- betul ada Tuhan. Allah.


Kita tau Allah tuhan kita. Kita solat. Kita buat semua yang wajib buat. Tapi kenapa kita kata kita sunyi lagi?
Sebab kita belum BETUL- BETUL rasa Allah ada.

Kita solat tapi adakah khusyuk? Tidak, sebab itu kita masih dalam keadaan lalai. Solat tidak sempurna mana mungkin cinta Allah yang paling agung bertakhta dalam hati. Kalau betul kita rasa Allah benar- benar wujud dalam hati kita, ayat SUNYI takkan wujud dalam hati kita, pada bibir kita. Bila itu yang kita rasa, dengan izin dari Allah, cinta- cinta yang lain akan datang kepada anda tanpa anda duga.


Ye, rasa sunyi memang wujud. Jika tidak, anda bukan manusia normal.


Tapi, sunyi bukan sebab tiada cinta yang melalaikan. Bukan sunyi itu yang diperlukan.


Kalau betul anda sunyi, pernahkah anda rasa sunyi tatkala hati anda sebenarnya tidak sepenuhnya pada Allah? Ye, saya pernah dan semua juga pernah rasakan sunyi yang itu. Saat itu, diri rasa sangat malu, mulut katakan cinta Allah, tapi fikiran tidak betul- betul tulus kepada Allah. Rasa makin jauh. Sunyi pun datang. Saat itu, sunyi itu perlu kerana tanpa rasa sebegitu, tak mungkin kita mampu kembali dan dekat semula pada Allah.



YANG UTAMA

Bukan semua manusia punya fikrah yang sama. Mungkin bagi mereka yang tidak sefikrah, merasakan untuk apa ana perlu menjaga ini semua.


Ana yakin ramai muslim di luar sana punya fikrah yang sama. Pesan ana, hentikanlah perasaan- perasaan yang tidak patut berada dalam kotak hati anda, resah gundah yang membelenggu minda anda, dek kerana hal- hal yang remeh. Bulatkan jiwa kita pada yang UTAMA dahulu.
(Kredit untuk diri ana^^)


Ibadah. Bukan hanya cukup solat, puasa, zakat. Tapi lebih dari itu.

Fokus pada kerja.
kerja juga ibadah. Jangan jadikan kerja sia- sia hingga tidak ada nilai ‘ibadah’ itu.

Keluarga.
Hubungan yang paling harus dijaga. Tanpa mereka, separuh kebahagiaan hidup seakan hilang.

Sahabat.
Sahabat sejantina. Ukhuwah sahabat adalah tautan hati yang melangsungkan cinta kita pada Allah. Hargailah ia.

Ilmu.
Ilmu bukan hanya pada buku teks atau di universiti/ kolej. Berapa ramai orang yang tidak menjejakkan kaki ke menara gading tapi mereka cukup berilmu? Kerana ilmu itu luas, dimana- mana boleh kita dapat, antara mahu dengan sekadar ambil ringan sahaja. Dan ilmu bukan hanya ilmu dunia, esok yang kita tinggalkan juga, dunia.


REDHA…

Andainya sepenuh hati kita benar- benar bulat pada Yang Terutama, kita mampu untuk hadapi setiap keadaan yang sedang kita hadapi sekarang


Mungkin kerana Allah mahu kita perbaiki dahulu. Baiki diri kita. Renungi diri. Kenal diri. Muhasabah diri. Mantapkan diri.

"Jika kita tidak memiliki apa, mana mungkin untuk memberi apa-apa kepada sesiapa pun" ~ al Ustaz Fathi Yakan

Setiap yang berlaku Allah tahu jawapannya. Usah persoalkan.



Tiada seorang pun yang selamanya tidak pernah salah. Tiada seorang pun yang selamanya baik belaka. Tiada langit yang selalu cerah.



Kita semua sama di sisi Allah. Beza kita hanya amal..

Kesedaran dan hidayah Allah sangat penting untuk kita berhijrah. Pohonlah dalam sujudmu. Tuluslah hati, titiskan air mata. Sebaik- baik air mata air ialah taubat. Andai itu dapat buat kita sedar betapa cinta Allah yang lebih layak, cinta yang tak meresahkan, cinta yang tak pernah sunyi. Pasti cinta lain akan beratur di belakang.


~Hidayah itu milik Allah~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...