RSS

❉ FoLlOwErs❉

Monday, May 30, 2011

"buah melaka"




بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Dah 2 minggu teringin nak makan "buah melaka"..... akhirnya dapat jugak hari ne...

Sebel0m tid0 semalam cakap kat abah jangan lupa par0t kelapa pagi2 bes0k (^_^)

bila nak buat ada je benda yang xde... abah asyik lupe je nak beli... betahan je la kempunan nak makan...

usai s0lat subuh pagi tadi ter0s dengan misi membuat buah melaka... hehehe





Ini umi terchenta yang buat bancuhannya.... sedia membatu memenuhi hasrat anaknya yang nak makan "buah melaka"

bahan2nya... tepung pulut, air, pandan segar



ini namanya gula kab0ng... x tau la kalau 0rang lain panggil lain kan...



Jadikan ia seperti ini... bancuhan tadi buat bulat2 c0mey cam gini..then buat l0bang kat tengah n mas0kkan gula kab0ng tadi... ne adik n ana yang buat...hehehe



kemudian masukkan ke dalam air yang dididihkan....
agak2 dah terap0ng 2 boleh la angkat



Last... gaulkan dengan kelapa yang di par0t 0leh abah tadi dan di camp0r dengan sedikit garam.... secukup rasa




Tara... dah siap b0leh dimakan ^_^



time kasih Abah, Umi & adik yang dah tunaikan hasrat den nak makan buah melaka...
di sebabkan kite0rang buat sesama "buah melaka" ne...
JeNDeLadiHaTiKu namakan ia BUAH MELAKA KASIH SAYANG (✿◠‿◠)

Macam buah melaka ne.. x lengkap la klu xda
tepung, air, pandan, gula kab0ng, kelapa par0t dan garam
begitu juga dengan KASIH SAYANG..

^^selamat mencuba^^





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, May 29, 2011

**SeNaman Si CHICKEN**



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Idea tercipta di kala JeNDeLadiHaTiKu keb0hsanan...
J0m cuba, try, test (✿◠‿◠)



0k… Tarik nafas dalam-dalam

MySpace MySpaceMySpace



Next….lenggok ke kiri & ke kanan seberapa yg anda mahu...eceh, macam menari zapin lak dah..



MySpace MySpaceMySpace



Seterusnya… buat macam ne… biar regang cikit urat-urat kat pinggang 2…

MySpace MySpaceMySpace



Then… angakat kaki dan tangan secara serentak cam ni…

MySpaceMySpaceMySpace



Pas 2 lompat cam ne… eceh-ceh-ceh

MySpace MySpaceMySpace



Buat tarian ago-go cam ne… hahaha..pandai2 je kan letak nama

MySpace MySpaceMySpace



Tambah step cam ne…

MySpace MySpaceMySpace



Last sekali … lari keliling rumah 7 x… nasib la kalau rumah sape yg besar 2… sape s0h wat rumah besar…hahhaha

MySpace



Cukup sampai di sisini ye.. penat dah..huh

MySpace



p mas0ok rumah makan…hahahha…lapar..lapar

MySpace


Selamat mencube… (^_^)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Dialog---> Manusia..Malaikat..Syaitan..





بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته









Manusia - Eh, dah subuh dah?

Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....

Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz



Manusia - Nak makan, laparlah ??

Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... .

Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..



Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?

Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..

Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!



Manusia - Alamak, dah lewat!

Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..

Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?



Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..

Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan

Syaitan - Baru pukul berapa... rilex lah..awal lagi nieii?.



Manusia - Eh, eh..... tak boleh tengok ini, berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !

Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..



Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa

Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.
.
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..



Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain

Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..

Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?



Manusia - aku telah berdosa...

Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. .

Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .. .... (kalau sempatla)



Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!

Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....

Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?



Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...

Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....







Renung-renungkan k... Mana pilihan kalian... kalau ditanya pada JeNDeLadiHaTiku mestila nak pilih yang baik dan benar kan (n_n)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 27, 2011

¤Peliharalah Wahai Wanita¤




بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Wahai wanita-wanita Islam, peliharalah 12 perkara ini...



1) BULU KENING


Menurut Bukhari, Rasulullah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening ~HR Abu Daud~


2) KAKI MEMAKAI GELANG BERLOCENG


Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. ~surah An-Nur ayat 31~

keterangan ayat..

Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatkan dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah..


3) WANGIAN


Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutama pada hidung yang berserombong kapal..kata orang sekarang hidung belang..

~HR Nasaii. Ibn Khuzaimah dan Hibban~


4) DADA


Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka...

~Surah an-Nur ayat 31~


5) GIGI


Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya

~HR At-Thabrani~

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi lebih cantik, yang mengubah ciptaan Allah..

~HR Bukhari & Muslim~


6) MUKA & LEHER


Dan tinggallah kamu (perempuan) dirumah kamu janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu..

keterangan..

Bersolek (make up) dan menurut Miqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahilliah..


7) MUKA & TANGAN


Asma bt Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian nipis..

sabda Rasulullah "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja...

~HR Muslim & Bukhari~


8) TANGAN


Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya..

~HR At-Thabrani & Baihaqi~


9) MATA


Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya..

~surah An-Nur ayat 31~

Sabda Rasulullah saw "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya.. Kamu hanya boleh pandangan pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram

~HR Ahmad, Abu Daud & Tirmidzi~


10) MULUT (SUARA)


Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik..

Sabda Nabi saw "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi..

~HR Ibn Majah~


11) KEMALUAN


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka..

~surah An-Nur ayat 31~

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatanya dan mentaati suanminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga melalui pintu-pintu yang ia kehendakinya..

~HR Al Bazzar~

Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah..
~HR Tirmidzi, Abu Daud & Ibn Majah~


12) PAKAIAN


Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di akhirat nanti..
~HR Ahmad, An Nasaii & Ibn Majah~


surah al-Ahzab 59
"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka muah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang..


Sesunggungnya sebilangan ahli NERAKA ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk SYURGA dan tidak akan mencium baunya..
~HR Bukhari & Muslim~


keterangan:
Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu..


Renung-renungkan lah..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 26, 2011

~CONVOCATION DAY!! ~




بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Setinggi2 TAHNIAH buat sahabat/sahabiah
PUO yang baru sahaja k0nv0 pada 21-22 Mei baru2 ne...

Sem0ga kalian berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti

Kejayaan ana hari ini disebaliknya adalah disebabkan d0a & dor0ngan kalian

Syukran Jazilan...Moga Allah sahaja membalasnya



Terima Kasih yang tak terhingga buat UMIE & ABAH yang menjadi pend0r0ng terbesar kejayaan ana hingga saat ini....



Sepupu ana Syafinaz yang sama2 masok poli... Tahniah ye Naz...




Sahabat2 yang susah senang bersama... Syukran di atas kehadiran antum semua





Antara akhi2 yang turut konvo...Tahniah





Tahniah Along...





Bergambar bersama akak2...sahabat2 & adik2..




Tahniah buat semuanya...


“ Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki SAHABAT yang solehah. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh.” ~ Saidina Umar Al-Khattab


Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, May 19, 2011

✿HARGA SEBUAH PERHATIAN ✿





بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata;

“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.



kasih Sayang itu ibarat Udara... Kita tak nampak dengan mata kasar... tapi kita b0leh rasa kehadirannya...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 17, 2011

Alhamdulillah.... sujud syukur pada Mu Ya Allah....

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Binnabil Huda.... ♪♪♪

Sony Ericsson kesayangan berirama....

Tertera di skrin “DKA AFIFA”

Angkat je ph0ne

Ainul.......kte lulus...

Kte dpt AKJ...

Ha? TAHNIAH Fa....

Kte tumpang gembira...

hu ? awak dah boleh bukak ?

pe lagi gelabah la time tu...

tadi je rasa cam co0l... k0non-kon0nnya la...

Fa tengokkan untuk kita...

ok2...ym ok...

bagi no ic awak....

ok2...

Beberapa minit lepas tu...

Alhamdulillah lulus.... walaupun jauh tersasar dari apa yang di harapkan...







Terus sujud syukur....

Alhamdulilah syukur ya Allah...

kami berdua berjaya bersama-sama.....

apa-apa pun untuk sem depan... bak kata cik Fifa

“Nak Berjaya kena sama-sama, mana b0leh Berjaya s0rang-s0rang”

...........................................................................................

Di ruangan ini ana nak Ucap bebanyak Terima Kasih kepada:-

Umi & Abah yang x jemu berd0a mem beri kata2 semangat buat diri ini....

Lecturer yang sememangnya sudah jd tanggungjawab utk mendidk & mengajar...

Sahabat ku cik Afifa yang susah-senang besama...

Kawan2 sekelas....

Dan kepada sesiapa sahaja yang banyak membantu secara langsung @ tak langsung...

...Sem0ga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian....





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...