RSS

❉ FoLlOwErs❉

Friday, December 9, 2011

Jenis-jenis Air

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Air Mutlak

Air yang suci lagi menyucikan.


Boleh dibuat bersuci; boleh digunakan untuk berwuduk, bersuci najis,bersuci daripada hadas kecil dan besar, membasuh pakaian.


Contoh:-

.Air hujan .Air laut .Air sungai .Air Telaga .Air mata air



Air Musta'mal


Air yang suci pada dirinya tetapi tidak menyucikan yang lain.


Boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci. musta'mal tidak boleh digunakan
untuk berwuduk, bersuci najis, bersuci daripada hadas kecil dan besar.


contoh:-

Air tebu. Air kelapa. Air Sirap. Air kopi




Air Muqaiyyad


Air yang suci tetapi tidak menyucikan.


air yang bercampur dengan sesuatu yang suci yang mengubah salah satu sifatnya sama ada dari segi warna, bau atau rasa yang menyebabkan air tersebut tidak dipanggil air mutlak lagi


boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci


Contoh:-

Air kopi.
Air kelapa. Air Sirap




Air Musyammas


air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh menggunakannya.


Musyammas ialah air yang disimpan di dalam bekas logam dan terdedah kepada panas matahari.


Air yang sedang panas itu makruh hukumnya digunakan untuk berwuduk dan

bersuci daripada hadas.




Air Mutanajjis


air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa


walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah tidak suci, tidak boleh diminum dan tidak boleh dibuat bersuci.



~Ilmu Tanpa Amal adalah Sia-sia~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, December 8, 2011

Takziah

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Takziah buat
sahabat ku Maryam di atas kehilangan ayah yang menjadi tunjang keluarga

Moga r0h ayah enti di tempatkan bersama2 orang yang s0leh

Moga enti sekeluarga tabah menerima ujian yang begitu berat ini

Al-Fatihah-

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, November 16, 2011

Tunggu Hidayah?

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri."

(Surah ar-Ra'd 13:11)


Di sini, kita mengerti bahawa perubahan itu akan wujud melalui usaha daripada diri kita sendiri. Jikalau kita tidak memulakan langkah untuk berubah, maka kita akan selamanya berada di takuk yang lama.


"Insya-Allah nanti bila sudah dapat hidayah saya akan pakai tudung."


Ini hanya contoh jawapan yang 'cliche' bila ditanya mengenai pemakaian tudung. Ada banyak lagi ayat-ayat yang sering diungkapkan kita demi untuk menepis segala soalan masyarakat mengenai diri kita atau sikap kita. Walhal hidayah tidak datang kepada kita, kita yang sepatutnya mencari hidayah Allah!


"Dah tua nanti aku berubah lah weh!"


Ini lagi satu contoh. Kalau hati sendiri telah set kan bahawa anda memang tidak mahu berubah, bagilah seribu tahun pun kehidupan.. anda rasa anda akan berubah? Tidak sama sekali!


Untuk berubah, individu tersebut perlukan keinginan, ketetapan dan keteguhan hati.


Kenapa kita lihat banyak manusia yang mahu berubah ke arah kebaikan kecundang di tengah jalan transformasi?


Ini berkemungkinan besar kerana mereka punyai keinginan untuk berubah tetapi hati mereka tidak cekal dan tidak tetap untuk berubah!


Namun, jika hendak seribu daya jika tidak mahu seribu dalih. Hati itu asbab dan punca. Jika ia kuat maka akan kuatlah kita, jika tidak, kalahlah kita.


Berubah itu kaitannya hati dan jika hati itu tidak kuat, punya nawaitu yang tidak tetap dan masih ada walau sekelumit keinginan untuk mengulangi sikap lampau kita, maka susahlah manusia itu untuk menetapkan diri pada perubahan.


Hati itu juga berkait dengan anggota. Anggota itulah yang bakal meneguhkan hati. Demikian, apabila bertemu keinginan yang lama, mata tidak boleh memandang, kaki tidak boleh mengekori dan tangan tidak boleh beragak-agak untuk menyentuh atau melakukan.


Sekali lagi saya ingin tegas kan kepada saudari dan saudara marilah kita hayati akan maksud di sebalik Firman Allah ini:


"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sebelum mereka mengubah nasib mereka sendiri."

(Surah ar-Ra'd 13:11)


Sekiranya jalan yang kita lalui itu sukar ketika kita ingin berubah, maka sebenarnya itu lebih baik daripada anda kembali bergelumang dengan selut dan lumpur di jalan lama. Ingat, ini hanya dunia. Berubahlah ke arah kebaikan untuk Akhirat yang kekal abadi. Kitalah penentu nasib kita di sana!


sumber -- http://www.iluvislam.com

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, October 29, 2011

-::Akulah Lilin HARAPAN::-



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته






Ada 4 Lilin yg menyala,
sedikit demi sedikit lilin tersebut habis meleleh dan suasana terasa begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.



Lilin pertama berkata:

"Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!",
demikianlah sedikit demi sedikit sang Lilin padam.


Lilin kedua berkata:

"Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi, manusia tak mahu mengenaliku, utk itu tak ada gunanya aku tetap menyala!",
bila selesai berbicara, tiupan angin memadamkannya.


Tanpa terduga...seorang anak masuk ke dlm kamar,
dan melihat ketiga lilin telah padam, karana takut akan kegelapan itu,
ia berkata:"
Eh, apa yg terjadi?
kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!"
lalu ia menangis tersedu sedu.


Dengan sedih Lilin ketiga berbicara:

"Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku utk tetap menyala, manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna, mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yg mecintainya, membenci teman serta org yg ada disekitarnya",
tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga...


Lalu dgn terharu Lilin keempat berkata:

“Jgn takut, janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dpt selalu menyalakan ketiga lilin lainnya kerana aku adalah HARAPAN”
dgn mata bersinar, budak kecil itu mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.


Hikmah di sebalik kisah ini:

Perkara yang tidak pernah padam adalah HARAPAN yang ada pada diri setiap insan.

Jadilah seperti lilin keempat iaitu HARAPAN yang akhirnya dapat menyalakan IMAN, DAMAI & CINTA....

Letakkanlah HARAPAN mu kepada ALLAH yang Maha Esa nescaya kamu akan menemui kebenaran di setiap langkah perjalanan hidup yang penuh berliku ini...



~Sesungguhnya Jalan Dakwah itu penuh berliku~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, October 24, 2011

kesilapan penutupan aurat wanita hari ini


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


❀.......................................................................❀

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab 33: Ayat 59)





❀.......................................................................❀

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.

Jawabnya seperti berikut:-


KESALAHAN PERTAMA :

Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.


KESALAHAN KEDUA :

Bertudung tetapi ber'T-Shirt' berlengan pendek.


KESALAHAN KETIGA :

Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.


KESALAHAN KEEMPAT :

Bertudung tetapi bajunya sendat,

sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah 'menggoda'.


KESALAHAN KELIMA :

Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.


KESALAHAN KEENAM :

Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja.

Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.


KESALAHAN KETUJUH :

Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher,

maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.


KESALAHAN KELAPAN :

Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis seperti selendang

sehingga boleh diihat sanggul,

leher, tengkuk dan dadanya .


❀.......................................................................❀

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan
memelihara kehormatan mereka dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan,
atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan
tidak berkeinginan kepada perempuan atau
kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan
janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya
(Surah An-Nur 24: Ayat Ke 31)



~Jom sama-sama berubah~


Dakwah yang paling mudah adalah pada diri kamu sendiri

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...