RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, July 12, 2011

~Kerajaan Semut~



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.


Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan di dunia wahai Gadis Semut?


Gadis Semut: Err! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? Soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.


Malaikat Pendakwa: Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga. Bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain.




Hai...caye baby cemut yg comell...^^


Malaikat Pendakwa: Wahai ibu bapa Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? Tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.


Ibu bapa: Kami lalai tuan. Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya ustaz dan ustazah di sekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibu bapa Gadis Semut tersebut.


Malaikat Pendakwa: Panggil ustaz dan ustazah sekolah tersebut sekarang juga. Bentak Malaikat Pendakwa.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama? Tanya Malaikat Pendakwa kepada ustaz dan ustazah sekolah Gadis Semut terbabit.


Ustaz dan Ustazah : Kami ada mengajarnya mengenai ilmu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.


Malaikat Pendakwa: Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?


Ustaz dan Ustazah: Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Menteri Pelajaran. Setelah beberapa ketika.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang menetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu untuk pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?


Menteri Pelajaran: Ya Tuan. Memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalankan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, Tuan.


Terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Siapa yang mengetuai Kabinet kamu itu? Tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

Menteri Pelajaran: Perdana Menteri kami, tuan. Lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga!!






Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah dan tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini?


Perdana Menteri: Ya Tuan. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.


Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?


Perdana Menteri: Ya. Memang saya tahu tuan. Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat saya. Lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.


Malaikat Pendakwa: Baiklah. Sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Perdana Menteri ini telah mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehingga Gadis Semut telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan ke dalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.



Setiap yg bedosa pasti menerima pembalasan yg setimpal.Bertaubatlah sebelum terlambat!!



Sumber dari En.Blog^^ Sekian


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...