RSS

❉ FoLlOwErs❉

Friday, September 23, 2011

Menangis Tanda Lemah?


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



syUkran

penulisan anda menjawap 1 persoalan ini ^^

............................................................................................................

Hurm... bet0l ke menangis tu tanda lemah???

Menangis juga ada waktu-waktunya.

Ada yang menangis kerana terlalu sedih.

Contohnya seperti mendapat khabar kematian seseorang yang rapat.

Menangis kerana keputusan slip peperiksaan SPM tidak seperti yang diharapkan.

Menangisnya seorang kanak-kanak yang terjatuh kerana baru belajar menunggang basikal.

Ada juga yang menangis kerana gembira.

Menangis kerana gembira.


.................................................................................................................


Menangis perlu bertempat.

Bukan menangis kerana ditinggalkan kekasih hati.

Menangis sehingga sanggup menelan pil berbiji-biji.

Sanggup memudaratkan kesihatan diri sendiri.

Langsung tidak sayang nyawa.

Langsung tidak memikirkan kasih sayang ibu dan bapa yang telah mendidik dan mengasuh selama bertahun-tahun.


..............................................................................................................


Terima kasih kepada adik ku yang suka buat akak berfikir dan menyebabkan akak mencari jawapan untuk s0alan ini.

Seringkali wanita dikaitkan dengan air mata.

Air mata lebih dekat dengan wanita berbanding lelaki.

Tetapi ketahuilah, air mata wanita bukanlah tanda kelemahan tetapi itu tanda kekuatan.


...............................................................................................................

Cubalah lihat Ibu yang menangis kerana anak.

Menangis kerana hatinya telah disakiti oleh seorang anak.

Si Ibu itu menangis tetapi tidak pula membenci anaknya.

Kerana melalui air mata itulah dia mendapat kekuatan untuk tetap dan terus menyayangi anak walau dalam apa jua keadaan.

Walau hatinya disakiti berkali-kali.

Hal ini adalah kerana wanita menangis bukan bermaksud dia lemah tetapi kerana

Air mata itulah dia bisa untuk bangun setelah rebah dan tetap teguh walau berkali jatuh.


..................................................................................................................


Air mata itu juga lambang hati yang lembut.

Dan air mata itu lebih berharga jika mengalir atas nama air mata seorang hamba.

Hamba yang menangis kerana Dia.

Menyesali dosa-dosa yang lalu. Yang terlalu menggunung.

Antara sedar atau tidak!

Jika menangis kerana Allah, pasti kekuatan itu kembali.

Percayalah.

Kekuatan untuk menghadapi apa sahaja ujian sehingga merasakan ujian itu terlalu kecil.

Kerana Dia tahu dan Dia sentiasa ada untuk menemani.


............................................................................................



Tangisan yang bermakna itu ialah tangisan lemah di hadapan Pencipta.

Tetapi kembali kuat menjalani kehidupan.



..::Kekuatan yang dihembus oleh-Nya melalui air mata::..


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 21, 2011

~ღDunia Itu di Tangan Bukannya di Hatiღ ~


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Tatkala suatu ketika, seorang raja yang agung memanggil seorang ulama' bagi mengadapnya.


"Wahai orang alim, bisakah kamu memberi satu nasihat kepadaku yang pasti akan terkesan di hatiku ini?" Kata Raja tersebut.


Maka balasnya:


"Aku tidak bisa membuatkan hatimu terkesan dengan kata-kataku melainkan dirimu sendiri yang membuka pintu hatimu. Wahai Tuanku, berapa banyakkah harta-harta Tuanku?"


"Harta-harta ku ibarat titisan hujan di negeri ini banyaknya, walaupun dimana engkau berada, di situ terdapatnya hartaku. Tidak terbilang banyaknya."Jawab Sang Raja.


"Wahai Tuanku, andaikanlah suatu ketika Tuanku sesat di tengah padang pasir yang sangat panas bahangnya, yang pasti tiada satu pun pohon yang dapat Tuanku jadikan tempat teduhan.Tuanku berjalan mencari jalan keluar. Namun Tuanku hilang arah tuju. Tidak tahu lagi dimana untuk menapakkan kaki Tuanku lagi.


Dan tatkala itu, Tuanku berasa tersangat keletihan. Kehausan membuatkan Tuanku terasa untuk menjadikan sekalian laut sebagai minuman. Seakan nyawa berada di hujun badan. Namun Tuanku tidak punya apa-apa. Lalu seorang lelaki datang kepada Tuanku. Di sebelah tangan kanannya ada botol yg berisi air."


Dan Dia berkata pada Tuanku:


" Jika kamu ingin air ini, sudikah kamu untuk menukarkan ia dengan setengah dari hartamu?"
Jadi apa jawab Tuanku?"


Raja itu terus bersuara:


" Sememangnya beta terrpaksa menerimanya, sekiranya itu adalah jalan terakhir bagi beta selain mati begitu sahaja."


Lalu dibalas kembali oleh ulama' tersebut.


"Alhamdulillah, Tuanku bisa menilainya dengan baik. Saya yakin yang Tuanku pasti meminumnya. Tapi bayangkanlah pula wahai Tuanku, tatkala habis air itu tuanku minum, lalu Tuanku berasa ingin membuang air kecil pula.


Namun malangnya. Tuanku tidak boleh berbuat sedemikian. Walaupun dicuba sedayanya, Tuanku tidak juga berjaya. Sememangnya akan rasa keperitan yang teramat sangat tatkala itu. Keperitan yang cukup membuatkan diri Tuanku terasa derita."


Lalu datang pula lelaki yang lain. Dibawanya pula sebotol ubat. Lalu dia berkata kepada Tuanku:


" Wahai Tuanku, ubat ini bisa menyembuhkan penyakit itu. Namun sudikah tuanku menukarnya dengan sekalian harta tuanku?" Apakah jawab Tuanku pula kali ini?, Ulama' itu menyoalnya.


Lalu dijawabnya:


" Sekiranya itu jalan terakhir, dan jika tersangat perit Beta menahannya, maka Beta sanggup."




Ulama' itu tersenyum lalu berkata:


"Tahniah Tuanku, tuanku bisa berfikir dengan baik sekali lagi. Namun Tuanku kini sudah tidak punya apa-apa. Jadi Tuanku renung-renungkanlah. Harta kekayaan itu sebenarnya tidak memberi jaminan bahawa kita akan tetap kaya. Apatah lagi bahagia. Allah itu bisa menjadikan kita miskin walaupun bergunung emas dihadapan kita.


Kerana sekiranya suatu ketika, Keperluan lain datang secara tiba-tiba, dan tatkala Allah mengurangkan sedikit nikmat yang ada pada dirimu, Yang denganya jasadmu akan terseksa. Pasti sekalian harta kamu sanggup menjadi tukarannya. Namun bagaimana sekiranya Tuanku tidak dapat mendapatkan nikmat itu kembali?


Ketika itu, Pasti kita akan merasa. Bahawa orang miskin yang makanannya hanya sehari sesuap sahaja ternyata lebih kaya berbanding kita. Orang yang tinggal di pondok buruk lebih bahagia hatinya. Orang yang tidur beralaskan tikar buruk, lebih nyenyak tidurnya.


Jadi apakah hakikat sebenar harta dunia?"


Marilah bersama mengenal erti qanaah sejenak.


Qanaah ialah kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.


Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti.


Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." (Hadis riwayat al-Baihaqi)


Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:


"Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan". (Bukhari)


- Artikel iluvislam.com


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, September 19, 2011

˙·٠•●Sekeping Hati♥●•٠·˙


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging,

apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut.

Ketahuilah bahawa (daging tersebut) adalah hati.

Sahih: Hadis daripada Nu'man bin Basyir radiallahu 'anhu, dikeluarkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain, lihat Hadis 40 Imam Nawawi, hadis no: 06.


Mata dan hati mempunyai hubungan erat yang tidak boleh dipisahkan.

Segala yang dilihat oleh mata terus dihantar ke hati.

Apabila mata melihat sesuatu, mata dengan cepat menghantar isyarat ke hati.

kemudian hati segera membuat tindakan susulan.

Apa pun tindakan yang dibuat oleh anggota tubuhselepas menerima arahan daripada hati tidak akan terlepas begitu sahaja pada hari akhirat.

Semua anggota tubuh dipertanggungjawapkan dan menjadi saksi setiap perkara yang dilakukan semsa hidup di dunia.



Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam Al-Qur'an, maksudnya :

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawapannya"

(Surah Al-Israk, ayat 136)

Ayat ini menjelaskan, telinga, mata, hati dan seluruh anggota badan dipertanggungjawapkan atas apa juga perkara yang dilakukan semasa di dunia.

mata yang melihat, telinga yang mendengar, dan hati yang mengeluarkan arahan akan diminta menjadi saksi.

Sekiranya hati seseorang itu sering membuat keputusan yang berpandukan dengan ajaran Al-Qur'an , maka berbahagialah mereka yang mempunyai hati seperti ini.

Tetapi sekiranya memiliki hati yang sering membuat keputusan yang berpandukan kepada hasutan syaitan, hanya kebinasaan sahaja yang akan menimpa mereka.


وَمِنَ النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ

Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat 204)


✿Sekeping Hati Perlu diJaga Rapi✿




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 13, 2011

Mustahil untuk Berubah?



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.


Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).


Tiba-tiba terfikir satu persoalan.


Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?

Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?


"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37


"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" -Surah Az-Zukhruf 43 : 62


Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.


Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?

Pastinya yang lebih baik.


Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.


Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:


"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"

"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"


Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.



Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.


Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2


Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?


Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.


Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.


Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.

Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.


Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun.

Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur ( sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien)


J0m Lakukan Perubahan (^___^)



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, September 10, 2011

۞۞ Dugaan Hidup Mematangkan diri ۞۞


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kehidupan mematangkan kita.

Ranjau dunia yang perit serta memori indah yang tersulam merupakan suatu momentum dari Ilahi bagi membersihkan insan daripada segala kelemahan diri.



Setiap perkara yang terjadi,

bersamanya ada hikmah yang tersembunyi.

Hukamak ada berkata, semakin lambat seseorang insan itu redha atas takdir yang terjadi, maka semakin lambatlah mata hati dapat menyingkap hikmah yang tersirat.


Ahli sufi ada berbicara,

semakin tinggi maqam (darjat) seseorang insan menurut Tuhannya, justeru semakin tinggilah dugaan hidup yang ditempuhnya.


Tatkala kita diuji dengan berbagai-bagai onak cabaran yang memeritkan,

ingatlah bahawa Allah itu ada.

Dia menguji kita supaya dapat memastikan adakah kita seorang hamba yang penyabar serta redha, atau sebaliknya.


"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat..."

[Surah al-Baqarah, 2:186]


"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa Maha Pengampun."

[Surah al-Mulk, 67:2]


Kadangkala rencah musibah yang menggoncangkan jiwa bagai dirasa sekadar sia-sia.

Namun begitu,

ingatlah teman bahawa seorang Muslim tidak akan merasa rugi lantaran janji-janji yang telah terpateri.


"Dari Abu Said al-Khudri radh. dan Abu Hurairah radh. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah S.A.W bersabda; Tiada seorang Muslim yang ditimpa musibah, keletihan, sakit, terganggu fikirannya, sedih, bimbang, kecemasan sehingga tercucuk dengan duri sekalipun melainkan diampuni akan dosa-dosanya."

[HR Bukhari]


Persis seorang pelajar cemerlang

yang gigih menahan segala dugaan demi manggapai segulung kejayaan,

begitu juga kehidupan sebagai pertempuran antara nafsu dan Iman.

Kesukaran yang melanda memerlukan dominasi Iman yang optimum lantas ligat merencana formasi kesabaran demi manggapai kemuliaan khalifah di muka bumi Allah.


Allah yang Maha Bijaksana

sengaja menyembunyikan khazanah kemuliaan amalan Iman dari mata kasar insan agar hanya barisan yang menyemat komitmen yang jitu layak diuji bagi melayakkan pengurniaan darjat yang lebih tinggi diberi.


Solusi kerungsingan yang dirasai sebenarnya bermula dari dalam diri.

Ibarat dalam huru-hara kancah peperangan,

laskar yang tidak berfikiran tenang akan sukar merangka strategi serangan balas malah tindak-tanduknya akan terburu-buru lalu kemungkinan maut baginya adalah hampir.

Redha dan sabar merupakan aset seorang Muslim tatkala mengharungi pancaroba duniawi.


"Dari Anas radh. meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya besarnya pahala adalah bergantung dengan besarnya ujian atau penderitaan. Dan sesungguhnya apabila Allah mengasihi sesuatu kaum. Dia akan menguji mereka (dengan penderitaan). Oleh sebab itu, barangsiapa yang redhai ujian Allah, Allah juga akan meredhainya. Dan barangsiapa yang tidak redha, maka Allah juga tidak meredhainya."

[HR Tarmizi]


"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan janganlah (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman."

[Surah Ali Imran:139]


"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang sabar."

(Surah al-Baqarah:152-153]


"Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghapuskan kesusahan."

[Surah al-Naml :62]


"(iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata; "sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu adalah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjik hidayat-Nya."

[Surah al-Baqarah: 156-157]


Dugaan adalah peringatan.

Saat mentaliti leka dek hempasan halusinasi duniawi,

dugaan adalah ayat-ayat Tuhan

yang mengingatkan hakikat kehidupan duniawi adalah demi ukhrawi.

Musibah selaku pengikis dosa menyucikan insan daripada khilaf agar ia termaaf.

Usah risau andai tandusnya nikmat,

tetapi risaulah jika hidup seakan-akan istidraj.

Semoga perkongsian yang sedikit ini adalah saham Akhiratku yang kekal.


Ayat-Ayat Cinta

Aku memohon hari yang panas sempurna,

agar aku bisa menikmati kenikmatan alam buana.

Namun Dia menurunkan petir yang bising.. merenggut harapanku.

Dia mentakdirkan gerimis,

kemudian hujan yang lebat lagi dingin.

Aku hampa kecewa.

Ujarku,"Tuhan tidak adil!.. memberiku yang aku tidak mahu."

Aku terus bermurung durja.

Kedinginan kian suam, gerimis kian menghilang.

Kornea mataku menyaksikan transformasi semesta.

Aku terpana.

Rupa-rupanya Dia ingin mengurniakan aku pelangi yang mempesona.

Sungguh menakjubkan ciptaan-Nya.

Ujian adalah manifestasi pelangi yang menjadi ayat-ayat cinta-Nya.


Artikel Iluvislam.com


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...