RSS

❉ FoLlOwErs❉

Sunday, February 26, 2012

IMPIAN yang tak pernah padam


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Daripada mimpi lahirlah impian.

. Kedua-duanya berkaitan dengan imaginasi.

Bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?

"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"


…………………………………………………………………………


Teringat dialog ana dengan En Postmen di office tempoh hari


En Postmen: Dulu masa study dip ambik cos ape?

Ana: Civil Engineering

En Postmen: Ambik Civil Engineering tapi jadi kerani je? (kerani y xda kene mengena dengan bidabg y diambil)

Ana: Kerja tak boleh memilih sekarang. Yang penting ada usaha untuk perbaiki kehidupan. Walau pun perlu kerja bidang lain. (pengalaman kerja x semestinya dalam bidang y kite ceburi)

En Postmen: kenape keje sini?

Ana: Nak sambung belajar lagi..(huhuu… x menjawap soalan pulak)

En Postmen: Ha? Sambung blajar? Buat ape belajar sampai degree kalau sudahnya kerja bukan dalam bidang kita, gaji tak setinggi mana…

Ana: (Sambil)….senyum…..


…………………………………………………………………………


(Dalam hati berbisik)


Tak siapa pun akan faham.

Dari ana kecil Umi adalah IDOLA ana…

Abah pulak pencetus IMPIAN yang tak pernah padam dalam diri ana…

Abah penah lahirkan hasrat ye pada ana,

time tu tadika lagi:-

Abah: Abah suke kalau anak-anak abah jadi pendidik macam umi… Besar ganjaran yang Allah bagi

Ana: (walau pun tadika lagi)…akak pun nak jadi macam umi lah (tapi kata-kata ni hanya terluah didalam hati kecil… cos xnak abah terlalu mengharap…takut xdapat tunaikan hasrat abah ni)


…………………………………………………………………………


Abah & Umi bagaikan satu cas positif pada ana..

Tahun berganti tahun…IMPIAN untuk tunaikan harapan abah tak pernah padam..

Dalam buku laporan sekolah ana dari sekolah rendah hingga menegah IMPIAN ni tak pernah berubah…

Mujur la masa kat poli tak da buku laporan... lau x dah lama ana tulis jugak

^^


…………………………………………………………………………


Ya ALLAH…

Seandainya IMPIAN ku ini terbaik untuk diriku..

Kau berikanlah aku kesempatan waktu untuk mencapai IMPIAN ini

Kau berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan abah & umi

Kau permudahkanlah segala urusanku untuk ku mencapai cita-cita ini..

Kau berikanlah kefahaman kepada ku dalam mencari ilmu-Mu ini Ya Rabbi


Namum…

Jika IMPIAN ini bukanlah pilihan yang terbaik untuk diriku…

Aku redha dengan ketentuan-Mu..

Kerana Sebaik-baik perancang adalah Ya Rabbul Izzati





~Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan Kedua IBU BAPA~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...