RSS

❉ FoLlOwErs❉

Wednesday, August 3, 2011

**Pencarian Teman ke Syurga**


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Cerita ni berkisarkan seorang budak lelaki, kita gelarkannya Qayyum, adalah anak kepada seorang raja disebuah negeri. Satu hari dia bertanya kepada ayahandanya,

"Ayahanda, saya berasa sunyi. Bolehkah saya ingin mencari seorang teman buat menemani saya di sini?"

"Boleh tapi Qayyum carilah teman ke syurga..." balas ayahanda si Qayyum.

"Teman ke syurga?" Qayyum menyoal.

"Ye, teman yang boleh bersama- sama mengiring kita ke syurga." jawab ayahandanya.


Pencarian Bermula



Esoknya Qayyum mulalah meneruskan misinya semata- mata nak cari teman ke syurga.

Dia pun mulalah merebus 3 biji telur dan mengajak kawan- kawan yang sebaya dengannya yang kebnyakannya adalah anak- anak pembesar di istana untuk bersarapan dengannya.


Hari pertama,

Dia menjemput salah seorang anak pembesar di situ. Datanglah budak itu pada waktu yg dijanjikan. Tapi budak tu terpaksa menunggu lama untuk dihidangkan sarapan oleh Qayyum. Akibat ketidaksabarannya, budak itu pun balik dengan perasaan marah kerana membuatnya menunggu lama.

"Nampaknya dia bukan teman aku untuk ke syurga..." bisik Qayyum.


Hari kedua,

Qayyum menjemput anak pembesar istana yang lain. Kawannya tu datang seperti yang dijanjikan. Seperti semalam, budak itu terpaksa menunggu lama untuk menantikan sarapan daripada Qayyum tapi dia sanggup menanti...ada sedikit sifat sabar nampaknya. Namun, apabila siap saja telur yang direbus, Qayyum pun menghidangkannya, tanpa sempat mempelawa, ketiga- tiga biji telur rebus tu dah habis ditelan oleh budak tu!

"Hmmmm........bukan yang aku cari." kata Qayyum hampa.


Akhirnya,

Qayyum pun meminta izin ayahandanya utk merantau bagi meneruskan misinya.
nak dipendekkan cerita, di sebuah hutan Qayyum terserempaklah dengan seorang budak yang miskin gayanya, kerja mengangjkut kayu2 hutan dan macam- macam lagilah. Dia pun berkawan dengan budak ni, merasa hidup seperti budak ni sehingga agak rapat jugalah hubungan mereka.


Pencarian berakhir

Qayyum mengajak budak ni ke istananya dan dihidangkan sepertimana yang pernah dihidangkan kepada anak- anak pembesar istana. Qayyum mengambil masa yang lama untuk menghidangkan telur rebus kepada kawan barunya tu. Namun, sahabatnya itu sanggup tunggu berjam- jam lamanya. Akhirnya sampailah telur rebus di meja makan tapi sahabat baru Qayyum tidak mengusik sedikit pun. Sebaliknya Qayyum yang tergopoh- gopoh dengan lahapnya makan sekali 2 biji telur tu. sahabatnya ambil sebiji yang tinggal dan memelah dua telur yg sebiji tu. Dia hanya makan sebelah saja dan lagi sebelah dihulurkan pada Qayyum. Subhanallah! Terkejut Qayyum sehingga mengalirkan air mata.

"Inilah teman yang akan membawa saya ke syurga." bisik hati kecil Qayyum.

.....................................................................................


Kisah yang sangat membawa pengajaran.

Sahabat yang terbaik ialah yang setiap pertuturannya, perlakuannya mengajak kita untuk sentiasa dekat dengan Allah.

Fahami hati sahabatmu dalam pergaulan harianmu dengannya, kerana kadang- kadang kita tak sedar perlakuan kita ada yang tak sedap disebalik hatinya yang mungkin memendam seribu satu rasa. Tidak semua masalahnya ingin dikongsi dengan kita atas sebab- sebab tertentu, jadi fahamilah keadaannya dan bersabarlah.

Usah berkira agar kita tidak terlalu dikira.



Sahabat terbaik adalah dia yang dapat bersamaku, tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dan kemudian aku meninggalkannya, dengan perasaan telah berbicara lama dengannya, kerana dia membuatku bahagia.....


~Hanya Insan Biasa Punya Hati & Perasaan~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...