RSS

❉ FoLlOwErs❉

Monday, January 24, 2011

+++Luruskan hatiku Tuhan***



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Ya ALLAH

Dengan berkat Nabi-MU

Dan berkat guruku

Luruskanlah hatiku

Agar aku ikhlas selalu

Tetapkanlah hatiku

Agar aku tidak tergugat

Dengan ujian yang menimpa



Ya ALLAH

Tuhan yang mencipta hati

bersihkanlah hatiku

Agar mazmumahku

Tidak merosakkan agamaku

Dan juga tidak merosakkan

Kehidupan orang lain



Wahai Tuhan…

Yang membolak balikkan hati

Kuatkanlah hatiku

Agar keyakinanku tidak berubah

Supaya aku sentiasa tabah



Tuhan…

ENGKAU rasakanlah hatiku

Sentiasa bersama-MU

Supaya aku rasa

Ada kawan melindungiku

Agar aku tak rasa sepi

Di dalam hidupku

Dan merasa malu

Melanggar perintah

Dan sentiasa siap sedia

Melaksanakan perintah-MU



Ya ALLAH…

Tuhan yang menjaga hati

Lindungilah hatiku

Agar seluruh hidupku menjadi baik

Supaya tidak khianat

Dan tidak fasad

Dan tidak berdendam

Sesama manusia



Tuhan…

Limpahkanlah ke dalam hatiku

Ilmu dan hikmah

Sehingga aku dapat menyuluh hati

Dan menyuluh kehidupanku

Supaya zahir batinku menjadi taat



Tuhan…

Aku harap ENGKAU

Kabulkanlah doaku ini…



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, January 22, 2011

Sibuk???

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Artikel ni ana dapat dari www.iluvislam.com sekadar
perinagatan buat diri ana & sahabat2



Kita sering merungut sibuk.. saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu, tak sempat hadir usrah, tak sempat nak hadir mesyuarat dan lain-lain (pup... terkena kat diri sendiri). Tapi tahukah anda bahawa Ar-Rasul adalah manusia yang paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. (Subahanallah... jauh beza kalau nak di banding dengan diri ana..)

Ini kerana baginda mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah s.a.w. sibuk kerana:

  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepada Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al-Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq atau yahudi)
  • Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)

Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara :

  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Main facebook, nengok Youtube
  • Dan lain-lain..

Renungkanlah kata-kata ini pula :

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. _Al-Imam Ghazali


Peringatan buat diriku yang selalu melalui situasi seperti ini...


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, January 20, 2011

~~~Kisah Sebakul Air***

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Selalu terjadi, kita merasakan usaha kita sia-sia. Penat kita berusaha tetapi langsung tiada hasil. Malas hendak buat perkara yang sama lagi kerana seakan tidak berbaloi. Begitu juga halnya dengan rutin membaca kita, iaitu membaca al-Quran.

Apa yang lebih mahal, usaha (effort) atau hasil (result)?

Amad dan Atuk

Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca al-Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk.

Suatu hari Amad bertanya, "Atuk, Amad cuba untuk baca al-Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekali pun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup al-Quran. Apa ya kebaikan baca al-Quran, Atuk?"

Si Atuk menutup al-Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, "Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk."

Amad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat daripada rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi.

Dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, "Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!"

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad fikir terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu dia mencapai baldi.

"Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu."

Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat air keluar daripada bakul tersebut.

"Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong," kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.

Betulkah tidak berguna?

"Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu."

Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara, iaitu bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

"Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca al-Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam".

Amad tersenyum lebar dan penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.

Usaha atau Hasil?

Seringkali kita terfokus pada hasil, sehingga kita terlupa usaha itu yang lebih utama. Tanpa usaha tiada hasil. Mulai sekarang ubahlah apa yang kita lihat. Lihat dan hargailah usaha, walau hasilnya tidak seberapa.



~Jika kita berupaya sekuat tenaga menemukan sesuatu, dan pada titik akhir upaya itu hasilnya masih kosong, maka sebenarnya kita telah menemukan apa yang kita cari dalam diri kita sendiri, yakni kenyataan, kenyataan yang harus dihadapi, sepahit apa pun keadaannya~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 16, 2011

~~HousemaTe yang Di RinDui^^^^(¯`v´¯) `·.¸.·´ ¸.·´¸.·¨) ¸.·¨) (¸.·´ (¸.·´ (¸.·¨¯` ♥l.o.v.e

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Khas buat ex-housemate yang dirindui

(¯`v´¯)
`·.¸.·´
¸.·´¸.·¨) ¸.·¨)
(¸.·´ (¸.·´ (¸.·¨¯` ♥l.o.v.e.


Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring deganku dan menjaga nama baikku hidup atau selepas meninggal dunia, ku hulur tangan kepad sahabtku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang. Semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya... (imam Syafie)



Buat Along

Semoga tercapai impian nak bukak syarikat sendiri & sambung belajar....rindu leteran along & kesibukan kita sama2 di dapur (^_~)


Buat Kak Shu


Moga ketabahan akak dalam mendidik adik2 di sekeliling akan membuka pintu hati mereka untuk sama2 dalam perjuangan ini satu hari nanti.... seperti mana hati ainul dah terpaut dengan keikhlasan akak dalam mendidik selama ini... moga berjaya menghabis kan Diploma Syariah...


Buat Acu

Moga berjaya dalam kerjaya & hidup... rindu loghat acu di meja makan... walau di mana acu sekarang, moga di rahmati Allah selallu...



Buat Kak Zira

Semoga tercapai impian nak sambung belajar... moga berjaya bukak kedai kek, herba n jahitan satu hari nanti.... Tak da yang mustahil akak, asal ada kesungguhan.... I'm always sapport you ^_^.... kalau dah buat blog nanti jangan lupa bagi tahu ye... ainul respect dengan Sifat berdikari akak...



Buat kak Siti

Moga tercapai hajat nak kerja di Putra Jaya.... Insyallah sesuatu yang lebih baik menanti akak di masa hadapan... asal ada usaha.... Moga tetap dalam perjuangan ....


.˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙.

Uhibbuki Fillah Abadan Abada
^_^
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 9, 2011

Buku 1st tahun 2011 ^_^

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah... beli jugak novel UTHMAN AFFAN Pengumpul al-Quran, setelah ana mundar-mandir di MPH Shah Alam pagi tadi.... mulanya nak beli buku UMAR AL-KHATTAB tapi xde la pulak... xpe asal ada bahan bacaan baru, pengisian untuk masa lapang & tambahan ilmu ^_^....



Syukran to KAK SHU... yang menyebabkan ana suke novel2 ne... teringat pulak kata2 kak shu ari 2.. "tiap2 bulan akak akan spent RM 50 untuk beli buku"... teringat juga kata2 Ustazah Diyana dalam usrah last sebelum ana datang Shah Alam..." kalau dah jumpa buku yang berkenan kalau nak beli 2, beli je walaupun baca nya lambat.. nanti akan jadi keperluan satu hari nanti"... biar habis duit beli benda2 manfaat....


~antara buku2 tahun 2010 yang di beli~


Abu Bakar Sahabat sejati
penulisan yang paling menyentuh hati


Umar Abdul Azia Bayangan Khalifah al Rasyidin
novel yang sempat di beli, tapi x sempat baca.. cos tertinggal di Ipoh =(
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...