RSS

❉ FoLlOwErs❉

Wednesday, June 1, 2011

Warna Terapi Mengikut Hari (^_^)

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Sekian lama mencari Warna Terapi Mengikut Hari... Alhamdulillah jumpa jugak
Dulu masa kat PUO lec Makmal Hidraulik yang bagi tau...
Selalu jugak pakai baju ik0t warna terapi ne dengan sahabat baik ...Fiqah ^^
tapi da habis belajar terus lupa... ne yang cari balik ne...
Mula2 x bape pecaye... tapi ble dah cuba,try,test... mmg bet0i
Ada kaitan dengan m0od kte sepanjang hari
Nak tahu bet0i ke x j0m la cuba( n_n)






Isnin.

Warna Putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Warna Putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening. Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.

Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.

Bunga warna Putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga Putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pituitari. Mereka yang mendapatkan rawatan seperti yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain, Insya'ALLAH.



Selasa.

Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari Selasa. Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan ketika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.

Dengan berpakaian warna Ungu, kuasa pujukan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk mereka kerana mereka akan menentangnya dengan serta-merta dan akan meneruskan hasratnya untuk melawan atau membunuh diri dengan sekelip mata. Adalah disarankan agar anggota bomba & pasukan penyelamat perlu menukar pakaian ke warna Ungu sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.

Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah / aktif yang berlebihan) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalam.



Rabu.

Warna Biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).

Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari Rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyuarat, berpidato dan sebagainya.

Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsel, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.



Khamis.

Warna Kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna Oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.

Kemuncak warna Kuning ialah pada sepanjang waktu siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya (barangkali ini antara salah satu asbab+hikmah, kita yakni umat Muhammad, digalakkan Berpuasa Sunat pada setiap hari Isnin & KHAMIS). Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan.

Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.

Warna Oren merangsang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.

Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyembuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.



Jumaat.

Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-Paru.

Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah Solat Jumaat).

Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memberi kesan yang menakjubkan berbanding pada hari-hari yang lain.

Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana ketika di dalam masjid pada waktu Solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakan.

Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular (Jantung) dan respirasi (Paru-Paru) kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.



Sabtu.

Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna Merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.

Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah, Otot, Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ berwarna Merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasai kesakitan dalam proses penyembuhan, berbanding jika dimulakan sesi rawatan pada hari Sabtu (kesakitan yang dirasai jauh lebih ringan).



Ahad.

Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah pergerakan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Pergerakan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.

Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.

Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh, tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagakan mana-mana (keseluruhan) bahagian tubuh.

Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada hari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudharatan terhadap tubuh.

Memandangkan hari Ahad mempunyai penyelerakan zarah yang tidak stabil (tidak menentu), pakaian berwarna Hitam pada hari Ahad adalah paling sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudharatkan. Para Pengamal Seni Pertahanan Diri (lazimnya Seni Persilatan) yang mengenakan tali pinggang Hitam dan pakaian Hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.



Defisini Resonan Warna Hari.





Resonan bermaksud "Match" sepasang, mematuhi Hukum Keseimbangan atau sealiran dan serasi. Sesuatu yang dijalankan ketika resonan menjadikan hasil kerja tersebut berjalan lancar dan mendatangkan hasil yang banyak.

Setiap hari terdapat sesuatu warna yang resonan dengannya. Oleh itu, segala aktiviti yang dijalankan hendaklah diresonankan dengan warna yang dominan pada hari yang tertentu itu.

Kaedah terbaik untuk mendapatkan resonan hari ialah dengan mengenakan pakaian yang sama dengan getaran warna yang mendominasi pada hari tersebut.



Hari Isnin sebaiknya berpakaian warna Putih.
Hari Selasa sebaiknya berpakaian warna Ungu atau Pink.
Hari Rabu sebaiknya berpakaian warna Biru.
Hari Khamis sebaiknya berpakaian warna Kuning atau Oren.
Hari Jumaat sebaiknya berpakaian warna Hijau.
Hari Sabtu sebaiknya berpakaian warna Merah.
Hari Ahad sebaiknya berpakaian warna Hitam.



Pakaian tidak semestinya perlu pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan pelbagai warna mengikut citarasa sendiri, tetapi dominankan warna yang resonan pada setiap hari tersebut. Bagi kaum wanita, tudung yang menyamai warna hari juga telah memadai. Begitu juga lelaki, warna baju sahaja yang menyamai warna hari juga telah memadai.


**Selamat menCuba**




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum...^^

wahh kena cuba ni..hihi hari ini biru(rabu) ^^

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...