RSS

❉ FoLlOwErs❉

Thursday, June 10, 2010

~ JaLaN - jaLaN~


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah,syukur pada ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, ana panjatkan kesyukuran pada Allah kerana masih lagi memberi nikmat kehidupan kpd ana sehingga ke hari ini. erm..apa pulak cerita harini yer??first of all nak bagitau, ana baru je balik dari ziarah mak andak & pak andak kat Terolak Timur, Perak.... ziarah kakak & abag kat Sri Damansara, Selangor...Jalan2 kat Cameron Highland, Pahang with my lovely family... MySpace


½ hari kat rumah mak dak & pak dak.. memang best tengok suasana kampong.. .tenang je jauh dari kesibukan kota... sampai je mak dak terus sibuk sediakan makanan tengah hari... lepas solat zohor ana & family apa lagi makan la, lapar huhuhu... Rehat2 jap tengok suasana sekeliling rumah, rasa macam tak nak balik je. Jam 3.30 petang, bertolak ke Sri Damansara......


6.30 petang tiba di rumah abang, satu2nya anak lelaki abah MySpace (huhuhu...anak kesayangan). Di sambut dengan gelak tawa Muhammad Aqil Aiman (cahaya mata abang), sekian lama rasanya tak tengok. Apa lagi ana, melepaskan rindu la kat anak buah ana sorang ni... (Aqil meh kat Cik...kita main bola ne) habis besepah rumah di buatnya . Tujuan sebenar pergi rumah abang ialah untuk tengok kakak ipar ana ne ha, baru keluar hospital (operation telinga). Tapi baru je keluar hospital dah sibuk nak p kerja .... kuat betol semangat ye..


Hampir 2 hari jugak la ana & family kat sana.. rasa macam duduk dalam sangkar, mana tak nya duduk je terperap dalam rumah tak keluar g mana2.. Bukannya abang & akak tak ajak keluar, ana ni kalau tempat ramai orang memang malas nak keluar, adik & abah je ikut akak & abang keluar, p mana2 tah.. so ana & umi je yang malas nak kua, tak sabar nak tunggu hari seterusnya, NAK BALIK.................... Esoknya awal2 lagi ana dah bangun besiap nak balik (huhuhu sory bang, acik boring la x buat apa2). Lepas sarapan terus berangkat, tapi sempat lagi abang pesan kat ana......


Abang: Acik dah habis belajarkan?

Ana: a,ah habis dah, tunggu result je ne.. n klu ada rezki nak sambung agi.

Abang: sementara 2 x nak keje ke?

Ana: nak, tengah mencari la ne.

Abang: em... if nak cari keje abang nasihatkan acik tak payah la cari kat c ne (KL & Selangor).

Ana: nape plak bang? (buat2 x paham..huhuhu)(memang x nak pon)

Abang: takut nanti acik terkejut plak, kalau acik ne lelaki x pe la. Ne perempuan, bahaya sikit.

Ana: Insyallah bang. (sayang jugak abang aku ne kat aku)

Abang: dah 2 nak cari keje kat mana ne?

Ana: Insyallah Ipoh, minggu depan acik nak p JTK (Jabatan Tenaga Kerja ) kat sana.

Abang: elok la macam 2.....



Nak pergi Camron Highland. MySpace...huhuhu... adik ana beria2 nak p Camron Highland, abah & umi akur je la, memandangkan cuti sekolah lama lagi. Tiba je kat sana, waktu makan tengah hari, apa lagi lunch la dulu & Solat Zohor di Masjid Abu Bakar, camoron Highland... sejuknya air waktu nak amik wuduk, segar rasanya... lepas solat abah terserempak dengan kawan dia, apa lagi ajak pergi Ladang strawberry la.. (adik ana la yang palin excited..huhuhu). x sampai ½ jam kat situ hijan turun.. kelam kabut masuk kereta... abah bawak pergi shopping jap.. beli2 barang & terus balik....

O.T.W balik.... SubahanAllah cantiknya pemandangan waktu lepas hujan di kaki bukit , rasa kerdil sangat waktu tu...melihat alam ciptaanNya yang tiada tandingannya... MySpace


~SeKiaN~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...