RSS

❉ FoLlOwErs❉

Thursday, February 23, 2012

“ukhwah tu complete each other”



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Adik sayang cakap “ukhwah tu complete each other” betul ke?

Bila berukhwah kita akan belajar tiga perkara iaitu

TA’ARUF, TAFAHUM dan TAKAFUL.


Apabila ketiga-tiga perkara ini berlangsung sepanjang perkenalan maka terbentuklah yang dikatakan UKHWAH


Setiap manusia punya persepsi tersendiri mengenai sebuah UKHWAH begitu juga dengan

kawan....teman...sahabat...


KAWAN

Boleh didapati di mana-mana, tidak teguh hubungannya, hanya bersifat luaran, paling ramai.


TEMAN

Mempunyai hubungan rapat, lebih teguh berbanding kawan, dipercayai dan boleh dijadikan tempat berkongsi suka, duka, masalah, pendapat sehingga dalam satu keadaan boleh jadi sahabat


SAHABAT

Hubungan terlalu rapat dan akrab berbanding teman, sangat teguh sehingga semua masalah boleh dikongsi bersama, paling sukar untuk ditemui, setia, perihatin dan sanggup berkorban kerana persahabatan.


“Orang yang berkasih sayang kerana Allah, orang yang saling berziarah kerana Aku (Allah), orang yang saling berbelanja membelanja kerana Aku(Allah), orang yang saling berhubungan kerana Aku(Allah), mereka semua berhak mendapat kasih sayangKu (Allah)”[Riwayat Ahmad]


Mudah-mudahan dengan hadith ini, bersama-samalah kita merenung, menghayati dan seterusnya bermuhasabah untuk bertanya pada diri sendiri: Apakah kita sudah melakukan yang terbaik sebagai seorang kawan, teman mahupun sahabat?




Jadi betullah kata adik sayang yang “ukhwah tu complete each other”

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...