RSS

❉ FoLlOwErs❉

Sunday, June 6, 2010

~keHiDupaN~


Assalamualaikum...


Hemm... dah berabuk & bersarang MySpace la blog ana ni.. hampir 2 bulan tak up date blog. Al-maklumlah sibuk dengan aktiviti kat Kamsis + exam + ujian2 yang Allah beri. Sedar tak sedar dah akhir semester.

Macam2 dah berlaku selama 4 sem di poli.
MySpace Bermula dari sana ana kenal apa erti kawan, sahabat, teman, saudara & rakan seperjuanagn. Sukar untuk di tafsir dengan kata2, hanya orang yang rapat denagan ana je yang faham dengan segala apa yang berlaku & of cours ALLAH. Belajar hidup dalam organisasi yang benar2 mematangkan ana, pelabagai ragam dan ujian, yang kekadang meruntun kesabaran serta keimanan. Namun kekuatan ukhwah (muslimat) meneguhkan lagi sebuah perjuanagn. Teringat potongan ayat dari surah Muhammad, ayat 7 - Wahai orang2 beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolong dan meneguhkan kedudukanmu.

Kehidupan memang penuh dengan mehnah & tribulasi, itu satu tanda Allah amat menyayangi MySpacehambaNya.
Ketenangan di dunia ini adalah bayangan kepada kebahagiaan di akhirat. Ahli sufi pernah berkata:”Carilah syurga yg disegerakan di dunia yg berupa ketenangan hati kerana brgsiapa yg tidak mdpt syurga di dunia lagi, maka sukarlah ia mendapat syurga di akhirat nanti.” Jadi carilah hikmah dalam setiap ketentuan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Syukran buat semua sahabat, rakan, teman, ukhti2 wa akhi2, guru2 yang telah banyak mengajar ana erti kehidupan ini.

~Sekian sahaja untuk kali ini~ MySpace


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...