RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, July 12, 2011

~Kerajaan Semut~



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Ianya bermula dengan satu kematian dan dihadapkan ke hadapan Tuhan Semut.


Malaikat Pendakwa: Apakah yang engkau telah lakukan di dunia wahai Gadis Semut?


Gadis Semut: Err! Saya melakukan zina sehingga melahirkan seekor anak semut yang comel. Matanya berlinangan air mata mengenangkan peristiwa itu. Kepalanya tertunduk dan tidak mampu diangkat untuk memandang wajah Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Tidakkah engkau tahu bahawa zina ini berdosa dilakukan? Tidakkah ibu bapamu ada mengajar kepadamu tentang ilmu agama? Soal balas Malaikat Pendakwa yang mukanya teramat bengis.


Gadis Semut: Saya tidak diajar langsung tentang ilmu agama, Tuan.


Malaikat Pendakwa: Panggil bicara kedua-dua orang tua Gadis Semut ini sekarang juga. Bentak kepada Malaikat Pembantu yang lain.




Hai...caye baby cemut yg comell...^^


Malaikat Pendakwa: Wahai ibu bapa Gadis Semut, tidakkah kamu tahu bahawa kamu wajib memberikan pendidikan agama kepada anak gadismu itu? Tanya Malaikat Pendakwa dengan tegasnya.


Ibu bapa: Kami lalai tuan. Kami sibuk dengan urusan pekerjaan kami sehari-hari. Walaupun begitu kami ada menghantar anak gadis kami ke sekolah. Sepatutnya ustaz dan ustazah di sekolah mengajarnya ilmu agama. Jawab ibu bapa Gadis Semut tersebut.


Malaikat Pendakwa: Panggil ustaz dan ustazah sekolah tersebut sekarang juga. Bentak Malaikat Pendakwa.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu ada mengajar Gadis Semut ini tentang ilmu agama? Tanya Malaikat Pendakwa kepada ustaz dan ustazah sekolah Gadis Semut terbabit.


Ustaz dan Ustazah : Kami ada mengajarnya mengenai ilmu agama namun ianya terbatas kepada waktu yang dibenarkan dalam sistem pendidikan negara. Dalam seminggu kami cuma dapat mengajarkan ilmu agama cuma 5 waktu sahaja. 5 waktu ini cuma 225 minit sahaja tuan.


Malaikat Pendakwa: Siapakah yang menetapkan waktu-waktu ini?


Ustaz dan Ustazah: Kementerian Pelajaran tuan, yang diketuai oleh Menteri Pelajaran.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Menteri Pelajaran. Setelah beberapa ketika.


Malaikat Pendakwa: Adakah kamu yang memimpin Kementerian Pelajaran yang menetapkan cuma 225 minit sahaja seminggu untuk pendidikan ilmu agama diajar kepada penuntut sekolah?


Menteri Pelajaran: Ya Tuan. Memang saya yang memimpin Kementerian Pelajaran. Saya cuma menjalankan tugasan saya seperti yang diarahkan oleh Kabinet, Tuan.


Terketar-ketar Menteri Pelajaran tersebut menjawab soalan Malaikat Pendakwa tersebut.


Malaikat Pendakwa: Siapa yang mengetuai Kabinet kamu itu? Tegas soalan dari Malaikat Pendakwa.

Menteri Pelajaran: Perdana Menteri kami, tuan. Lemah balasan Menteri Pelajaran yang kini tidak mampu mengangkat muka.


Malaikat Pendakwa: Panggil ke kamar bicara Perdana Menteri Kerajaan Semut ini sekarang juga!!






Lemah longlai Perdana Menteri diheret ke kamar bicara oleh Malaikat Pembantu. Kakinya tampak lemah dan tidak dapat mengatur langkah. Wajahnya nampak pucat lesi.


Malaikat Pendakwa: Benarkah kamu yang memimpin kabinet Kerajaan Semut ini?


Perdana Menteri: Ya Tuan. Memang saya yang membuat semua keputusan yang diputuskan oleh kabinet. Malah memang saya yang mengarahkannya.


Malaikat Pendakwa: Jadi memang kamu mengaku bahawa kamu tahu apa akibatnya atas arahan dan keputusan yang kamu lakukan?


Perdana Menteri: Ya. Memang saya tahu tuan. Namun saya melakukannya mengikut mandat yang diberikan kepada saya oleh rakyat negara saya yang memilih saya menjadi pemimpin mereka melalui satu pilihanraya. Apa yang saya lakukan adalah sekadar apa yang diharapkan oleh rakyat saya. Lemah jawapan Perdana Menteri tersebut.


Malaikat Pendakwa: Baiklah. Sekarang saya serahkan kepada Tuhan Semut untuk membuat keputusan perbicaraan ini. Tuhanku, Perdana Menteri ini telah mengaku bahawa atas mandat yang diberikan kepadanya oleh rakyat semut melalui pilihanraya, maka beliau mengarahkan kabinet negaranya yang seterusnya menetapkan bahawa pendidikan ilmu agama cuma 225 minit sahaja seminggu yang mana diberitakan tidak mencukupi sehingga Gadis Semut telah melakukan satu dosa besar iaitu zina.


Tuhan Semut: Barang siapa yang memilih (mengundi) Perdana Menteri dan kerajaan yang memerintah tersebut dalam pilihanraya hendaklah dimasukkan ke dalam neraka keseluruhannya atas sebab dosa zina yang dilakukan oleh Gadis Semut tersebut. Ini termasuklah semua yang terlibat membiarkan Gadis Semut melakukan dosa zina.



Setiap yg bedosa pasti menerima pembalasan yg setimpal.Bertaubatlah sebelum terlambat!!



Sumber dari En.Blog^^ Sekian


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, July 8, 2011

Alhamdulillah... Thank You ALLAH

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Aku bermimpi suatu hari aku pergi ke syurga dan seorang malaikat menemaniku serta menunjukkan keadaan di syurga.

Kami berjalan memasuki suatu ruang kerja yang penuh dengan para malaikat.
Malaikat yang mengantarku berhenti di depan ruang kerja pertama danberkata,”Ini adalah Seksyen Penerimaan. Disini, semua permintaan
yang ditujukan pada Allah, diterima”.

Aku melihat-lihat sekeliling tempat ini dan aku dapati tempat ini begitu sibuk dengan begitu banyak malaikat yang mengamati seluruh permohonan yang tertulis pada kertas dari manusia di seluruh dunia.

Kemudian, aku dan malaikat tersebut berjalan lagi melalui koridor yang panjang. Lalu sampailah kami pada ruang kerja kedua.

Malaikat-ku berkata, “Ini adalah Seksyen Pembungkusan dan Pengiriman. Disini, kemuliaan dan rahmat yang diminta manusia diproses dan dikirim ke manusia-manusia yang masih hidup yang memintanya”.

Aku perhatikan lagi betapa sibuknya ruang kerja itu.

Ada banyak malaikat yang bekerja begitu keras karena ada begitu banyaknya permohonan yang dimintakan dan sedang dipaketkan untuk dikirim ke bumi.

Kami melanjutkan perjalanan lagi hingga sampai pada hujung terjauh koridor panjang tersebut dan berhenti pada sebuah pintu ruang kerja yang sangat kecil.

Yang sangat mengejutkan aku, hanya ada satu malaikat yang duduk disana, hampir tidak melakukan apapun.

“Ini adalah Seksyen Penerimaan Pernyataan Terima Kasih”, kata Malaikatku perlahan. Dia tampak malu.

“Bagaimana ini? Mengapa hampir tidak ada pekerjaan disini?”, tanyaku.

“Menyedihkan”, Malaikat-ku menghela nafas. ” Setelah manusia menerima rahmat yang mereka minta, sangat sedikit manusia yang mengirimkan pernyataan terima kasih”.

“Bagaimana manusia menyatakan terima kasih atas rahmat Tuhan?”, tanyaku.

“Sederhana sekali”, jawab Malaikat.

“Cukup berkata, ‘ALHAMDULILLAHI RABBIL AALAMIIN, Terima kasih, ALLAH’ “.

“Lalu, rahmat apa saja yang perlu kita syukuri?”, tanyaku.

Malaikat-ku menjawab,

“Jika engkau mempunyai makanan di peti sejukmu, pakaian yang menutup tubuhmu, atap di atas kepalamu dan tempat untuk tidur, maka engkau lebih kaya dari 75% penduduk dunia ini.

“Jika engkau memiliki wang di bank, di dompetmu, dan wang baki, maka engkau berada diantara 8% kesejahteraan dunia”

“Dan jika engkau mendapatkan pesan ini di komputermu, engkau adalah bahagian dari 1% di dunia yang memiliki kesempatan itu.

Juga, “Jika engkau bangun pagi ini dengan lebih banyak kesihatan daripada kesakitan …

Engkau lebih dirahmati daripada begitu banyak orang di dunia ini yang tidak dapat bertahan hidup hingga hari ini.

“Jika engkau tidak pernah mengalami ketakutan dalam perang, kesepian dalam penjara, kesengsaraan penyiksaan, atau kelaparan yang amat sangat ….
Maka, engkau lebih beruntung dari 700 juta orang di dunia”.

“Jika, engkau dapat menghadiri Masjid atau pertemuan keagamaan tanpa ada
ketakutan akan penyerangan, penangkapan, penyiksaan, atau kematian. Maka, engkau lebih dirahmati daripada 3 juta orang di dunia.

“Jika, orang tuamu masih hidup dan masih berada dalam ikatan pernikahan …

Maka, engkau termasuk orang yang sangat jarang menerima keuntungan itu dari ALLAH.

“Jika engkau dapat menegakkan kepala dan tersenyum, maka, engkau bukanlah seperti orang kebanyakan, engkau unik dibandingkan semua mereka yang berada dalam keraguan dan keputus asaan.

“Jika engkau dapat membaca pesan ini, maka engkau menerima rahmat ganda iaitu bahwa seseorang yang mengirimkan ini padamu, berpikir bahwa engkau
orang yang sangat istimewa baginya, dan bahwa, engkau lebih dirahmati daripada lebih dari 2 juta orang di dunia yang bahkan tidak dapat membaca sama sekali”.

Nikmatilah hari-harimu, hitunglah rahmat yang telah Allah anugerahkan kepadamu.

Dan jika engkau berkenan, kirimkan pesan ini ke semua teman-temanmu untuk mengingatkan mereka betapa dirahmatiNya kita semua.

Ditujukan pada :

Seksyen Pernyataan Terima Kasih:

“Terima kasih, Allah! Terima kasih, Allah, atas anugerahmu berupa kemampuan untuk menerjemahkan dan membagi pesan ini dan memberikan aku begitu banyak teman-teman yang istimewa untuk saling berbagi”.





“Dan ingatlah tatkala Tuhanmu menyatakan bahwa,

‘Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku akan menambahkan lebih banyak nikmat kepadamu’ “. (QS:Ibrahim (14) :7 )


Syukran kepada En.Blog yang ana c0py paste p0st kali ini ^_^ untuk perk0ngsian ilmu bersama^^


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, July 7, 2011

.::2 Biji Benih::.



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Dua biji benih pokok bunga keembung telah disemai sebelah menyebelah di sebuah taman bunga yang subur tanahnya.




Biji benih pertama berkata, “Aku mahu bercambah dan tumbuh membesar! Aku mahu akarku tertanam sedalam-dalamnya di dalam tanah sehingga melepasi kerak bumi. Aku mahu kuntuman bungaku mekar sehingga dapat kurasai kehangatan cahaya matahari dan menggembirakan si anak gadis apabila melihatku.”



Biji benih kedua pula berkata, “Tidak! Aku takut untuk membesar. Jika aku tumbuh membesar, aku tak tahu apa yang akar aku akan tempuhi di dalam kegelapan tanah. Jika bungaku mekar berkembang, para siput akan menggigit aku! Anak-anak kecil akan memetik aku! Tidak! Tidak! Tidak…! Aku tidak sanggup. Lebih baik aku menunggu waktu dan masa yang lebih selamat.”



Maka, biji benih kedua itu pun menunggu waktu yang selamat untuk bercambah.

Tiba-tiba kedengaran bunyi kokokan ayam dari jauh. Semakin lama semakin dekat bunyi tersebut. Ternyata ayam tersebut sedang mencari makan. Sambil mengais-ngais tanah, ternampak lah ayam tersebut akan biji benih kedua tersebut lalu dimakannya.



begitulah nasih biji benih kedua .... sungguh Kasihan…



Wahai teman-teman, beranilah menghadapi cabaran. Cabaran mematangkan cara kita berfikir dan bertindak.


Jangan takut menzahirkan cara hidup Islam yang bagaikan bunga mekar di taman syurga.


Jangan takut menambah iman di dalam hati yang bagaikan tumbuhnya akar di dalam tanah… kerana jika anda takut dan kecut… anda akan hancur dimakan zaman. Buka minda… buka hati… kenali potensi diri!




^^ sekian^^



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, July 4, 2011

^__^ P0st ni untuk kamu ^__^






بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته





1st nak ucap selamat menjalani Latihan Industi (LI) buat adik2 di PUO & PSA ... sem0ga kalian di permudahkan segala urusan semasa menjalani LI nanti^^


2nd nak st0ry pasal adik c0mey yang baru je kenal x sampai 1 tahun... tapi macam dah kenal bertahun-tahun (huhuhu.... ne kalau dia baca sure2 perasan lebih)


Nak tahu kah siapa gerangan adik c0mey ni?

Arni Illani Binti Ramli

Dilahirkan 17 September 1991 ... genap la 20 tahun x lama lagi

Mempunyai Family yang besar...

tapi orang nye kecik je (huhu..jangan marah)

Menetap di Pahang


Alhamdulillah, Cik Arni Illani ni sekarang sudah begelar pelajar sem 4.

Hari ini 4 Julai 2011 Cik Arni illani melapor diri di

Telek0m Malaysia Berhad (TMB), Kuantan Pahang

(hehehe... bet0l ke salah entah)


Jauh kan tempat LI Cik Arni Illani. Ana merindui si adik c0mey ni namun ana akur " kerana pengorbanan mengejar ilmu itu penting " . Walau jauh di mata namun tetap di hati dan doa InsyAllah.^^


M0ga Ukhuwah yang terbina kerana-Nya berkekalan..
huhu... maaf la akak ne xpandai berkata-kata,

Juga tak pandai melakar di mata pena,

Cuma hati yang sering mer0nta-r0nta,

Rindukan adik yang jauh di mata,

Kerana kita pernah bersama,

Di suatu detik dan ketika,

Walau seketika Cuma,

Perkenalan kita,

Halawatul Ukhwah yang terbina,

Jelas terasa,

Yang sangat tak akan dilupa,

Sem0ga Allah merahmati nya,

Dan mengiringi di setiap langkahnya,

Dijaga dan dipelihara,

Dibawah lembayung Rahmat YANG ESA

Ameen Ya Rabbal A’lamin


......................................................................





Tengok atas sana. Ni lah dia adik c0mey (sah...bertambah perasan la lepas ni^^)

Cik Arni Illani, you dont mind kan akak letak pic tanpa izin ne?

Cik Arni Illani yang tersayang nak tahu akak suka bila :


✿Arni sangat berani menempuh rintangan hidup

✿Arni se0rang yang jujur

✿Arni pendengar yang setia

✿Arni sangat sayangkan family

✿Arni buat akak banyak berfikir

✿Arni sudi share masalah

✿Arni selalu mesej akak

✿Arni selalu Tanya khabar akak

✿Arni melap0r segala apa yang di buat sepanjang hari

✿Arni spend t0p up untuk Call & mesej akak

✿Arni sentiasa ceria

✿Arni sentiasa bagi akak s0kongan

✿Arni sentiasa nasihatkan akak

✿Arni selalu pesan akak jangan lupa makan

✿Arni tak kisah kalau akak cakap Arni “AYU”

✿Arni sayangkan semua orang

✿Arni se0rang yang peramah

✿Arni se0rang yang sangat periang


Huhuhu... (p0yo je kan akak ne) betul x arni?

Banyak lagi yang ada pada Cik Arni Illani... Yang ana tulis ne sikit je

Ada banyak lagi... cukuplah Allah sahaja yang tahu

Keceriaan dia juga keceriaan ana, kesedihan dia juga kesedihan ana

(1 lagi ayat poyo... ne kalau depan2 x tercakap rasanya)

Cik Arni Illani selalu buat ana bersemangat...

(Eh... sahabat & adik2 yang lain pun jugak ^^)


................................................................


Bingkisan buat Cik Arni Illani


اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Syukran Jazillan kerana sudi kenal akak yang sungguh keanak-anakkan ne... namun anda begitu berharga buat akak, Cik Arni Illani. Kalau anda sedih, resah, gelisah, tak sihat akak pun begitu. Jadi jaga makan minum ya. Jangan lupa makan ubat. Arni jaga solat, banyakkan baca Al-Quran, berzikir dengan mengingatiNya . Jangan lupakanNya walau mana Arni berada . Arni jangan lupa makan ya . Jaga diri, Li2 jugak, kesihatan perlu dijaga. Arni lepas kerja je, terus balik rumah jangan melencong mana-mana. Hoho , akak sangat riasaukan anda . Jadi seorang kakak, adik, pelajar dan anak yang banggakan. OPTIMIS pada diri anda . Jangan peduli apa orang kata pada kita selagi apa yang kita lakukan itu betul. Akak juga mohon ampun dan maaf selama kita berkenalan dan andai buat Arni terasa. Yang baik itu datang dari Allah dan kesalahan itu dari diri akak sendiri . Kenangan kita bersama amat indah kalah manisnya coklat cadbury dan ice cream.(huhu... saje je buat perumpamaan makanan^^) May Allah bless you dear. Akak sayang anda jadi sentiasa senyum^^




(^__^) sekian (^__^)


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, July 3, 2011

~haiwan Kesayangan~




بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Haiwan kesayangan ^__^ tentu la yang c0mel-c0mel & cute miute kan... huhu
Hurm... sedih sikit c0s umie dah buang kucing2 ne (!__!)


macam ne ^__^ C0mel kan




Teng0k ne alahai manjenye baby kucing ne dengan ibu ye.... s0 sweet




(^__^)

Melayan kucing setelah seharian bekerja... mesti rasa hilang semua kepenatan 2...
tak pecaya cuba la (^__~)
.

Ibu kucing kepenatan selepas menyusukan anak2 yang c0mel^^



0rang cakap kalau kita nak belajar bersabar @ tangani baran @ marah cuba la bela kucing... sebab kucing ne banyak mengajar kita erti kasih sayang & perihatin .... nak bela kucing x la susah... tapi kena banyak sabar dengan sifat kucing yang manje & selalu nakkan perhatian...

Lagi pun kucing kan haiwan kesayangan Rasulullah.... menyayangi kucing ibarat mengikut sunnah Rasulullah ^__^


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...