RSS

❉ FoLlOwErs❉

Saturday, September 25, 2010

~Wahai Nakibah Ku Sayang**

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Wahai Nakibahku sayang,
Coretan kali ini ku nukilkan khas buat mu,
Seandainya kau terbaca coretan ini,
Ketahuilah ini adalah suara dari jendela dihatiku untukmu...


Wahai Nakibahku Sayang,
Ku bersyukur Allah memberi kau sebagai Nakibahku,
Di saat aku merasa terumbang ambing sewaktu baru menjengah ke alam kampus,
Allah memitip kan kau untuk aku,
Mennyedar kan aku tentang tanggungjawab sebagai seorang pelajar,
Setiap kata2 mu adalah penyunting kepada semangatku...


Wahai Nakibahku Sayang,
Hampir setiap minggu kita bertemu dalam Halaqah Cinta,
Bersama teman2ku mengenal apa erti khalifah,
Hatiku makin tertarik dengan bait2 mutiara katamu,
Menyuburkan rasa cinta ku pada ILAHI...


Wahai Nakibahku Sayang,
Seketika kau membawa aku mengenali apa erti sebuah Perjuangan,
Detik itu aku mula mempelajari Perjuangan yang kau maksudkan,
Ianya tak semudah yang ku sangkakan...


Wahai Nakibahku Sayang,
Ku harap kau tak jemu memimpin tanganku,
Untuk terus melangkah dalam Perjuangan ini,
Jangan kau biarkan aku senirian mentafsir makna Perjuangan ini,
Kerana aku masih memerlukan insan seperti mu...


Wahai Nakibahku Sayang,
Hati ini makin tertarik kepadamu,
Bererti makin tertariklah aku mengejar CINTA ALLAH,
Mencari makna CINTA ALLAH yang sebenar,
Mendewasakan aku saban hari....


Wahai Nakibahku Sayang,
Permintaan ku cuma SATU,
Moga Kau tak pernah jemu melayani kerenah ku,
Yang masih memerlukan kau untuk menghuraikan persoalan tentang Perjuangan ini...


Wahai Nakibahku Sayang,
Doaku untukmu,
Semoga kau menjadi SRIKANDI ISLAM yang hebat disisi ALLAH,
Semoga kau ISTIQAMAH dalam perjuangan ini,
Semoga kau di beri KEKUATAN mengahadapi perjuangan mengejar MARDHATILLAH,
Dan semoga ALLAH kekalkan kita dalam Perjuangan ini...

~Khas buat Nakibahku Sayang suara dari jendela dihatiku untukmu~ ~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, September 24, 2010

**Cerpen Sahabat Sejati~


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Hayati mengemas pakaiannya ke dalam "back-pack"nya, sementara menunggu laptopnya "turn-off". Kemudian, dia memperosokkan sahaja laptopnya ke dalam "back-pack"nya. Zuraida, teman sebilik Hayati memasuki bilik sambil membawa secawan kopi yang baunya semerbak sehingga memenuhi atmosfera bilik mereka.

"Awak tak tido umah malam ni ke?" tanya Zuraida.
Hayati sudah mengagak pertanyaan tersebut, lalu tersengih sahaja.

"Huhu.. Sedihnya saya tinggal sorang-sorang lagi dalam bilik malam ni, tak de orang nak tolong segarkan saya kalau mengantuk masa study," Zuraida merengek.

Hayati memakai tudungnya, sambil meniup-niup bucu tudungnya supaya kemas. "Alah awak ni, tiada keupayaan dan tiada kekuatan melainkan dengan Allah. Doa la banyak-banyak supaya Allah segarkan awak. Kadang-kadang, saya ni menggalakkan awak tido lagi ade lah."
Zuraida mencebik. "Awak tido rumah sape pulak malam ni?"

"Rumah, err.. rumah.. Huda." Hayati teragak-agak ingin menyebut nama Huda, kerana ini merupakan kali ke 3 dalam minggu itu Hayati bermalam di rumah Huda. Huda merupakan junior kepada Hayati, dia merupakan seorang muslimah yan gmempunyai keperibadian yang tulus, walaupun masih belum memahami tanggungjawab dakwah dan masih belum memahami sepenuhnya erti islam yang syumul.

Sejak Huda baru sampai ke bumi "Down Under" ini, Hayati telah pun menjalinkan hubungan akrab dengannya. Maklumlah, sayanglah sekiranya jiwa yang baik disia-siakan potensinya.
"Awak nak ikut, Zuraida?" Hayati cuba menghangatkan suasana.
Muka Zuraida terus berubah ceria, "Boleh juga!"

Walaubagaimanapun, ada konflik yang berlaku di dalam diri Hayati, dia dapati dalam dia memenangi hati mad’unya, kadang-kadang dia terasakan seperti mengabaikan hak sahabat-sahabatnya yang lain. Walaupun begitu, sahabat-sahabat serumahnya sangat "supportive", dan sering memberi kata perangsang, serta ada kalanya sekiranya Hayati tidak sempat melaksanakan tugas mengikut "duty roster" rumah, pasti ada sahabatnya yang lain akan membantunya, terutama sekali Zuraida.

"Tunggu saya kemas barang saya kejap ye!" kelam kabut Zuraida meletakkan cawan kopinya dan terus mengemas barang serta menyalin pakaiannya.
Hayati dan Zuraida berjalan menuju ke stesen bas.
Zuraida melihat jadual bas, "Pukul 5.30 p.m baru bas sampai, sekarang baru pukul 5.15 p.m"
Hayati mengangguk, "Tak pe lah, kita dok sini dulu sembang-sembang"
Zuraida sengih lagi.

"Awak tau tak…" Zuraida memulakan bicara.
"Tak tau, hehe" Hayati berlawak.
"Tak pe lah.. tak jadi bagitau la kalau cam tu.." Zuraida terus merajuk.
"Alah, awak ni.. Saya gurau je.." Hayati cuba memujuk.

Zuraida memaksa dirinya untuk senyum kembali. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, dia sangat mudah terasa dengan Hayati. Jauh di lubuk hatinya, Hayati merupakan sahabat yang paling dia sayang di kalangan sahabat-sahabat serumahnya. Mungkin kerana itu dia mudah terasa dengan setiap tindak-tanduk Hayati. Namun begitu, Zuraida merupakan orang yang pandai menyembunyikan emosi di sebalik senyumannya yang kelihatan tenang.





"Awak tau tak, dalam banyak-banyak kawan kita.. Awak la yang paling saya….." belum sempat Zuraida menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran bunyi hon dengan suatu suara kuat.

"Assalamualaikum.. Nak pegi mana tu?" Rupa-rupanya Sufiah. Sufiah "pull-over" kereta kecilnya yang berwarna merah. "Hayati, Zuraida.. Naiklah kereta saye ni. Tak sudi ke naik kereta buruk ni"
"Kami nak ke North Melbourne, are you heading that way as well?" tanya Hayati.

Zuraida yang belum sempat menghabiskan ayatnya, terkejut dengan kedatangan Sufiah. Zuraida tergelak kecil di dalam hatinya, dia terbayangkan Sufiah ibarat Mr Bean yang memandu kereta kumbang. Perbualannya dengan Hayati termati begitu sahaja.

"Come in, come in. Have a ride. I’m heading to Docklands. Boleh drop korang kat North Melbourne." Kata Sufiah.

Dalam kereta, Sufiah memasang lagu UNIC, Sahabat Sejati. Zuraida yang duduk di belakang tiba-tiba membuka bicara, "Yati, ni lagu untuk awak." Hayati senyum, "Terima Kasih". Sufiah pula mencelah, "Saya ni tak de orang nak dedicate lagu ke?". Ketiga-tiga orang sahabat tersebut tertawa.

Zuraidah memandang Hayati yang sibuk berceloteh bersama Sufiah. Zuraida mengalihkan pandangannya ke luar. Lagu terus berkumandang,

"Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini"

Mungkin Hayati tidak mendapat mesej yang ingin disampaikan oleh Zuraida.

Zuraida sangat bersyukur kepada Allah, kerana mengurniakan seorang sahabat yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Hayati merupakan sahabat fillah yang pertama yang Zuraida kenali. Hayati banyak memberi sokongan kepada Zuraida di dalam pelajaran, maklumlah Hayati pelajar yang cepat tangkap pelajaran. Namun begitu, sejak mereka melangkah ke tahun dua universiti, dan sejak mereka menerima kedatangan adik-adik baru, mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama sepertimana dahulu. Zuraida sangat khuatir sekiranya dia ketinggalan, dari segi pelajaran, dari segi dakwah, dari segi tarbiyah, dari segi bilangan mad’u, dari segi segala segi.

Zuraida terus memerhatikan Hayati, ditenungnya sahabat itu puas-puas dan berdoa di dalam hatinya, "Ya Allah terimalah segala amal sahabat ku ini, dan ikhlaskan dia. Dan kuatkan dia sekira dia berasa lemah, dan ikhlaskan dia tatkala dia mengharapkan sesuatu selain Engkau"

Tiba-tiba, Zuraida terasa hatinya sangat lapang. Inilah yang dia mahu rasakan, selama ini perasaannya risau, sedih, bercampur-baur apabila Hayati sudah jarang bersamanya.

Benarlah seperti nasihat Kak Elin, "sekiranya kita ada rasa berat hati dengan seseorang, kita segera doakan kebaikan untuk dia, insya-Allah, syaitan yang cuba hasut kita tu akan lari lintang pukang. Dan malaikat pula akan mendoakan perkara yang sama untuk kita."

Ini membuatkan Zuraida tersedar, bahawa kebergantungan yang mutlak itu terletak pada Allah. Dan sekiranya seorang insan itu tidak diberi penghargaan, dia tetap menjadi seperti pokok. Pokok yang menurunkan buah apabila dibaling batu.

Zuraida mahu berlari seperti orang lain, berlari menuju jannah insya-Allah, sama-sama tabah dan kuat dalam membawa risalah perjuangan anbiya’. Tapi, kadang-kadang, dia letih. Kerana lupa mengukur kapasiti diri. Mungkin kerana terlupa, Allah melihat usaha seseorang, dan bukan natijahnya.
Tapi, menjadi kebiasaan manusia. Sangat mengharapkan hasil positif di depan mata.
Zuraida terkenangkan Nabi Nuh, kisah dakwahnya di dalam Al Quran. Di dalam surah Nuh, Nabi Nuh merintih kepada Allah, beratus-ratus tahun, pagi sehingga malam menyeru kaumnya, tetapi hasilnya, hanya menyebabkan kaumnya semakin jauh daripada Allah.

"Ah, masakan aku yang baru setahun jagung dalam dakwah ini, mudah sangat putus asa ," getus Zuraidah dalam hati.
Hayati melihat "rear-view mirror", ternampak muka Zuraida yang serius.
Hayati membisikkan sesuatu kepada Sufiah, dan Hayati membawa keluar "handphone"nya.

Hayati menaip sms, "Salam, Huda. Maaf akak tak jadi ke rumah awak malam ni. Ada hal sikit. Nanti akak hantar pengganti akak pergi umah awak ye, hehe."
Sufiah membuat "announcement", "Baiklah, kita dah sampai Docklands. Selamat makan aiskrim Dairy Bell, jangan lupa saya."

Zuraida tercengang, Hayati turun dari kereta dan membuka pintu belakang, lalu menarik tangan Zuraida. Zuraida tercengang, "Eh, tadi Sufiah kata dia yang nak ke Docklands." Sufiah terus memecut laju ke destinasi barunya. Kereta kecil merahnya berderum hebat.
"Jom la kita makan aiskrim sama-sama. Dah lama tak "outing" berdua," Hayati mengajak Zuraida.

Zuraida akur sahaja. Dia terasa pelik, kenapa tiba-tiba Hayati tidak jadi pergi ke rumah Huda.

Hayati membeli aiskrim Chocolate Chips, dan mengambil 2 batang sudu kayu, "Jom dok kat tepi jeti tu.."




Hayati mula bicara, "Tadi kat stesen bas, awak nak cakap sesuatu kan…."
Zuraida tersenyum sahaja.
Hayati bicara lagi, "Awak tak boleh tipu saya dengan senyum tenang awak nih…."

Zuraida tersenyum lagi. Tapi, senyuman itu diikuti dengan air mata.

"Tadi saya nak cakap lain, tapi sekarang Allah ilhamkan saya untuk cakap sesuatu yang lain kepada awak," kata Zuraida, matanya berkaca-kaca.
Hayati mengangguk, "Cakaplah.."
"Kalau awak nak masuk jannah, jangan tinggalkan saya." Zuraida berkata sambil menahan air matanya yang semakin laju.

Hayati sangat terharu. Dia tidak pernah terbayangkan bahawa ada orang yang akan berkata begitu kepadanya, Hayati tak tahu nak respon macam mana, sedangkan dia sendiri pun terhuyung-hayang dalam perjalanan mencari syurga Allah.


Maksud sepotong ayat Al Quran, " Di hari akhirat, terputus segala perhubungan kecuali orang-orang bertaqwa. " Sungguh mudah untuk bercakap soal ukhuwah islamiyah. Namun nak menzahirkannya payah, apatah lagi hendak mengukuhkannya di dalam hati.

"Saya tahu Allah beri awak banyak kelebihan berbanding saya, moga Allah melindungi saya daripada hasad dan dengki, dan moga Allah menjauhkan awak daripada ‘ujub dan riya’ ," Zuraidah menghela nafas panjang. Aiskrim Chocolate Chips tidak mampu menarik seleranya.
Hayati terpaku. Dia seakan-akan dapat membaca apa yang dirasai oleh kawannya. Benarlah seperti apa yang dia rasai selama ini, tindak-tanduknya yang banyak mengabaikan hak-hak sahabat-sahabatnya mampu mengundang virus ukhuwah.

"Saya nak minta maaf atas salah silap saya. Saya tau saya banyak tinggalkan awak sorang-sorang. I am lost myself. Kononnya keluar berdakwah tapi, banyak yang lain pula saya abaikan," Hayati mula meluahkan isi hatinya.

Zuraidah berkata, "Saya pun minta maaf, asyik kadang cebik muka. Tapi, tak perlu lah kita mengungkit salah silap kita yang dahulu. Apa yang sudah tu sudah.."
Hayati menyambung, "Betul? Kosong-kosong!"
Zuraidah pula berkatai, "Kosong-kosong!"

"Insya-Allah, kita akan saling mengigatkan. Time kena study, kita pulun habis-habisan. Time kena keluar berdakwah, kita mujahadah sehabis baik, jaga amal fardi.. Kejutkan qiyam, ingatkan supaya puasa sunat!" Hayati mula meng"list-out" perjanjian di antara mereka.

"Kena tunai hak pada semua pihak yang ada hak ke atas kita, kena berlapang dada dan menerima setiap sahabat kita seadanya, saling memperingatkan, walau kita "fastabiqul khairat", mudah-mudahan ada persaingan sihat.. dan last sekali …outing kat charcoal chicken dengan geng rumah dua minggu sekali, hehe.." Zuraida menyambung.

"Lillahi ta’ala!" Zuraida dan Hayati menyebut kalimah "kerana Allah ta’ala" serentak. Mereka tersenyum sesama sendiri.

"Jom makan aiskrim ni dah cair!!" Zuraida menyogok sesudu aiskrim kepada Hayati.
"Hehe.." Hayati tergelak kecil.
"Er… kita nak tido mana ye malam ni?" Zuraida bertanya.
"Hehe.. tak pe, kita tido kat bilik kita yang best tu lah… Sufiah tido kat umah Huda, insya-Allah" jawab Hayati. Zuraida terbayang Sufiah bersama kereta merahnya menuju ke rumah Huda. Sufiah memang seorang sahabat yang "sporting" dan lucu.

Kedua-dua sahabat itu tersenyum. Moga Allah memberkati persahabatan mereka, dan meneguhkan hati-hati mereka di atas jalan dakwah hingga bertemu denganNya. Itulah doa mereka berdua.


~Cerpen ini ana tujukan khas buat sahabat2 & akak2 seperjuangan yang banyak menyedarkan ana tentang perjuangan... terutama buat Maryam, Kak Ira, Kak Shu, Kak Madi, Amiratul & Afiqah~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 22, 2010

Sayang Kawan Perempuan, Tinggal-tinggalkan

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



"Sayang, sayang... kenapa kita tak pernah keluar berdua?

Tengok diorang tu, pergi mana-mana pun berdua je, sweet kan? Kenapa kita tak macam tu?
Kawan honey kan, nak pergi mana-mana mesti boyfriend dia temankan. Bukan setakat PAUN, nak pergi ‘potostet' pun boyfriend dia temankan. Sweet sangat! Romantic couple! Kan? Kan sayang kan? Mesti diorang tak pernah gaduh, sweetnyeee.....
Kenapa sayang tak nak keluar dengan honey,teman honey jalan-jalan, shopping... tak macam boyfriend lain buat kat girlfriend diorang? Sayang malu keluar dengan honey ek? Honey tau la honey tak cantik.... Hmm...."


***IKLAN ABIS, TAPI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK CERITA TERSEBUT, TUKAR CHANNEL***





"Ustaz, boleh tak sebenarnya lelaki dan perempuan keluar berdua? Tak kisahlah diorang couple ataupun tidak. Boleh tak? Keluar sebab ada urusan kerja ke, saja-saja ke, tapi tak buat apa-apa. Means tak sentuh-sentuh, just borak-borak je..."

"Hmm... Drama sebelah tadi pun cerita pasal lelaki perempuan keluar berdua jugak".


**** PENONTON TERCENGANG! ****


"Oklah, oklah, ustaz jawab insyaAllah...
Tapi kamu nak ustaz jawab ikut ilmu ke nafsu ke exclusive?"

"Exclusive hape plak tu ustaz?"

"Ok satu-satu ye? Mula-mula,jawapan ikut nafsu dulu. Kalau ikut nafsu, EH, MESTILA BOLEH! BUKAN BUAT APA-APA PUN KAN??!!!?"

"Astaghfirullah terkejut saya, ustaz ni...."

"Hehe... mestila boleh. Kata kamu tadi diorang tak buat apa-apa pun kan? Takpelah, takkan tak boleh keluar berdua kot, nak pergi makan-makan ke, apa ke, ye dak? Lagi pulak kalau ada kerja, ada urusan, apa salahnya berdua, bukannya cakap benda bukan-bukan pun... kan?"

"Err, ustaz tanya saya ke tu? saya nak jawab apa ni? Blurr kejap, heh...."

"Tapi kalau jawab ikut ilmu, Nabi Muhammad SAW ajar kita untuk ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Didalam pergaulan sehari-hari antara lelaki dan perempuan. Disebut dalam bab muamalat, ikhtilat. Dalam satu hadith sahih,

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya".

(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Di dalam riwayat yang lain,

Daripada Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah salah seorang daripada kalian berdua-duaan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya".

(Hadis Riwayat Ahmad &Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Di dalam surah An-Nur surah yang ke 24 ayat yang ke 30 Allah bagitau,

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Ayat lepas tu Allah nasihat kaum Hawa pula untuk menjaga pandangan....

"Sedangkan Aisyah, yang digelar Ummul Mukminin, ibu orang-orang mukmin, pun menggunakan tabir untuk menyampaikan ilmu pada para sahabat yang lelaki setelah kewafatan nabi. Para sahabat yang mempunyai iman setinggi gunung, pun mengambil langkah ‘berjaga-jaga' dalam perhubungan antara lelaki perempuan. Bukan menyuruh bertabir, tetapi ‘berjaga-jaga' dengan mengelakkan dari ‘berdua'. Kerana lelaki di zaman sekarang tidaklah lebih hebat dari para sahabat, perempuan pula tidaklah setanding iman Aisyah".

"Berdua pasti akan ada yang ketiga. Syaitan tidak menghasut playboy sahaja, ulama' pun tidak terkecuali. Cuba bagi seorang perempuan duduk dengan seorang ulama'. Mampu beliau tahan 'fitrah'nya selama setahun? Sebulan? Seminggu? Sehari pun masih ragu-ragu jika tiada ikatan yang halal".

"Kalau jawab ikut ‘exclusive', Allah nasihatkan jangan mendekati zina bukan bermaksud jangan berbuat zina. Tetapi Allah bermaksud, jangan ‘pergi ke arahnya'. Sebab? Yang pertama, kamu akan cenderung melakukan zina. Sebab yang kedua,adalah kerana itu akan menimbulkan fitnah".

Cakap-cakap orang...
Apa kata orang bila nampak lelaki perempuan berdua?
Apa terdetik di hati orang yang melihat mereka berdua?
Adakah orang akan tahu mereka berbincang tentang apa?
Adakah orang akan sangka mereka cuma berbual sahaja?

"Yang baik akan bersangka baik dengan mereka, ‘mungkin hal persatuan agaknya'...
Tetapi yang tidak baik, apa yang difikirkan mereka?
Inilah yang Allah nak elakkan, ‘peluang-peluang' untuk orang mengata.' Peluang-peluang' untuk orang berdusta. ‘Peluang-peluang' inilah FITNAH".

"Fitnah ini tidak memberi kesan pada lelaki.
But women? Kita bercakap soal ‘exclusive'. Seorang perempuan, adalah seperti mutiara yang tersimpan kemas. Mahu menikmati ketenangannya, menyentuh emosinya, mendengar kemanjaannya, merasakan kelembutannya, HARUS NIKAH DULU!"

"Kenapa ustaz kata lelaki tidak terkesan dengan fitnah ini? Kerana lelaki bebas untuk ‘touch n go' ".

Sudah jemu? Terpulang untuk tinggalkan, cari sahaja alasan, asalkan dapat yang baru. Yang lama konon-konon masih sayang, tapi di hadapan teman-temannya???
"Perempuan tu ke? Ooh... aku pernah keluar berdua dengan dia dulu. Teman dia pergi shopping."
"Perempuan tu? Alah, senang je nak ajak dia keluar, aku pernah keluar dengan dia dulu..."
"Perempuan tu ke? Haha... Aku dah pernah rasa dah..."
"Perempuan tu? Alah, dia minat aku dulu."
"Perempuan tu??? Nampak je baik tu, bekas aku je dulu tu..."

" EVEN DIA TIPU DAN REKA CERITA SEKALIPUN KAWAN-KAWANNYA BUKANNYA TAHU! "

"Di mana kaum hawa ketika itu untuk membela diri dan martabat??
Di mana maruah, hak exclusive seorang suami terhadap isteri jika sudah begitu nilai diri?
Lelaki... Di depan sahabat tunjuk hebat, konon dialah lelaki terdahsyat, pernah mencairkan wanita-wanita memikat.
Perempuan... Biar dikerat empat, lelaki tersayang itulah yang paling jujur dan hebat.
Perempuan... Biar dikerat empat, ‘kawan baik' itulah tempat dia curhat.
Perempuan... Biar dikerat empat, sering terlupa mana mimpi mana hakikat.

Lelaki selagi belum jadi suami tetap ada peluang untuk ‘berpisah'.
Kalau ditakdirkan berpisah, badan mahupun ruh, apa tinggal untuk bakal suami?
‘Sayang'? Dah bagi kat boyfriend.
‘Keluar berdua'? Dah bagi kat kawan study group.
‘Suara bangun tidur'? Dah bagi kat abang angkat.
‘Body'? Malasnya nak tutup-tutup, rimasnya pakai baju longgar-longgar.
‘Muka makeup'? Tiap-tiap kali dinner kot??? "


**** TERASA PEDAS, TUKAR CHANNEL ****

"Sayang sayang..... sayang sayang sayang?"
" Of course sayang.....sayang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaayang sayang!"

(Erk....???? Apakah? Gastric juice is over secreted, help!!! )


**** TUKAR CHANNEL BALIK ****

"Amatlah rugi orang yang sudah sampai kebenaran padanya namun dia menolak dengan perasaan bongkak dan benci".

Allah menyebut didalam al-Quran,

35 : 24. Sesungguhnya Kami mengutus kamu dengan membawa kebenaran sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan. Dan tidak ada suatu umatpun melainkan telah ada padanya seorang pemberi peringatan.

6 : 104. Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfaatnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara(mu).

"Ustaz, lelaki memang semua macam tu ke?"

"Mungkin tak semua, tapi perempuan kena sentiasa berjaga-jaga. Elakkanlah ‘fitnah' kepada diri sendiri. Dan lelaki pula, harus hormat martabat dan darjat wanita, jaga dan bimbing mereka ke jalan yang benar...."

**** BLACKOUT, TUTUP TV ****


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, September 21, 2010

Kenapa Aku Masih Solo?


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.

Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.

Tips: Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan.

Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kealam berumahtangga.

Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah?

Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu.

Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.

Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.

Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.

Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali.

Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.

Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada.

Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai.

Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.


~Artikel ini diambil dari iluvislam.com~

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

RAYA 2010


بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah akhirnya dapat juga tahun ni kami sekeluarga berkumpul pada hari raya pertama... cuma anyah & abang ngah je yang tak ada dalam pic ni...asif


Ni pic abah & umie bersama abang & akak ipar & Aqil cucu
kedua dalam family ni
..




Ha yang ni tak perlu diperkenalkan lagi... masing2 dah kenal kan???




Abang & akak with Aqil




Ini la 2 orang anak buah ana yang memeningkan kepala opah nya...hu3...
hab
is berselerak rumah dibuatnya.. Yang belakang 2 Syaqif cucu sulung merangkap anak kepada akak ana yang xda dalam pic ne...ha yang ni Agil anak abang ana, merangkap cucu no 2 stakat nie... semuanya HERO2 belaka
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 29, 2010

~SETIAP WANITA ITU CANTIK~

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah berfirman: "Ketika AKU menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. AKU membuat bahunya cukup kuat untuk menampung dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"AKU memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak & menerima ujian yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"AKU memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap teguh ketika orang-orang lain menyerah. & mendidik keluarganya dengan penderitaan & kelelahan tanpa mengeluh."

"AKU memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakit hatinya."

"AKU memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya & melengkapi dengan tulang rusuk suaminya tanpa ragu."

"AKU memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya & ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu."

" & akhirnya, AKU memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

" Kecantikkan seseorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikkan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, August 18, 2010

~KISAH RUMPUT & ORANG YANG DISAYANGI~

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?


Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, August 6, 2010

Jom Try MyIman

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BAGI yang ingin melipatgandakan
amalan di bulan Ramadan ataupun untuk sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, memiliki MyIman satu kelebihan kerana anda boleh membaca, mendengar dan menghayati maksud ayat suci al Quran diterjemahkan dalam 28 bahasa di mana saja tempat yang sesuai. Tiada alasan lagi untuk mendalami dan berdamping dengan kitab Allah ini kerana kini ia dimuatkan dalam sebuah telefon bimbit yang kecil, ringan dan mudah dibawa.

Penguji yang diberi kesempatan menguji telefon bimbit al Quran digital model MyIman D818, begitu teruja kerana dapat memanfaatkan produk dicipta khusus untuk orang Islam sama ada ketika benar-benar mempunyai masa untuk mendalaminya atau dalam waktu singkat seperti ketika duduk di dalam kereta menunggu seseorang atau menunggu giliran di kaunter bank.

Cuma klik pada bahagian tombol tengah dan pilihlah ikon yang dimahukan sama ada menghayati bacaan al Quran dalam teks berwarna resam Uthmani oleh Sheikh Saad al-Ghamidi atau membaca sendiri antara 114 surah yang termuat dalam telefon bimbit comel ini. Begitu mudah sekali mencari ayat atau surah hanya menekan nombor saja.

Ikon seterusnya memudahkan seseorang mengetahui waktu masuk solat fardu walaupun ketika itu berada di tempat yang tidak kedengaran azan.

Pemilik MyIman juga boleh mendengar azan menerusi telefon bimbit selepas aturan dibuat. Jika ke luar negara, anda hanya perlu menukar aturan waktu solat di bandar utama luar negara selain mengetahui arah kiblat.

Menerusi ikon Pangkalan Data (db) al Quran, tafsir 30 juzuk al Quran disediakan dalam Bahasa Inggeris, Indonesia, Arab dan Perancis manakala terdapat 11 kitab hadis terjemahan sahih Muslim (Indonesia), al-Bayyan (Melayu), Riyadh As Solihin (Inggeris dan China) mengenai pelbagai perkara dalam agama Islam seperti ibadat, tauhid, muamalat, faraid dan tasauf serta doa khatam al Quran.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, ciri lain telefon ini dilengkapi skrin sesentuh TFT LCD serta beberapa ciri lain termasuk standard Bluetooth, Mp3 dan Mp4, SMS, MMS, GPRS dan Internet, FM radio, kamera 1.3 mega piksel serta perakam video.

Diperkukuh dengan memori luaran t-Flash 2 gigabait dan dwi-gelombang GSM 900/1800MHz, serta dua slot kad sim aktif.

Bayangkan dengan harga berpatutan, anda boleh menggunakan dua nombor sekali gus dengan hanya membawa satu telefon bimbit. Ini tentunya menjimatkan ruang dalam beg atau poket serta memudahkan urusan anda menjawab panggilan atau menghantar dan membalas mesej dalam teks tulisan Melayu, Inggeris, Cina atau Jawi .

Produk keluaran My Iman Technologies (M) Sdn Bhd ini disemak oleh 25 ahli panel yang bertauliah dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyemak setiap tulisan, bacaan serta tajwid al Quran itu dan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri serta menepati piawaian Sirim Qas International Sdn Bhd.

PRODUK: MyIman D818
HARGA: RM390
PENGELUAR: My Iman Technologies (M) Sdn Bhd.
PERTANYAAN: AZZAHRAH SDN.BHD 05-5277288
LAMAN WEB: myiman.net, myiman.org


TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA RAMADHAN RM 299 SAHAJA !!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

(~_^) Muslimah Solehah


بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Sebelum kaki melangkah keluar pintu,
Dia bercermin penuh rasa malu,
Membelek-belek tudung dan baju,
Bukan untuk cantik, bukan bimbang dipandang tidak menarik ,
Tapi demi memastikan syari’at Allah dilaksana dengan baik,
Kepuasan diri bukan utama, kepuasan Allah itu kerisauannya.


Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Khidmat bakti dan cintanya untuk suami,
bukan kerana takutkan poligami,
bukan bimbang cinta tak bersemi,
Tapi semata patuh pada suruhan ILAHI,
Demi kasih dan cintanya kepada Nabi.


Muslimah solehah itu berbeza,
Kerana….
Walau jauh dia berada, walau setinggi mana jawatan digalasnya,
Tapi jiwa dan hati tetap pada keluarga,
Suami dan anak-anak gelanggang pahalanya,
Menyemai sakinah dan mawaddah,
yakin hadirnya rahmah dan barakah,
Rumahtangga bahagia, syurganya di dunia.


Dipetik dari laman: http://ummuhusna99.blogspot.com/2010/07/maulimah-solehah-itu-berbeza.html#more
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, August 3, 2010

~Solat Merawat Otak~


Kita mungkin pernah terdengar cerita tentang pakar saraf otak yg menyatakan bahawa ketika sujud beberapa urat saraf akan diperbaiki, saya ingin membetulkan sedikit fakta tersebut. Sebenarnya bukan beberapa urat saraf sahaja tetapi seluruh bahagian depan otak iaitu prefrontal cortex (PFC), bahagian ini merupakan "decision maker" bg manusia utk merancang, berfikir dgn waras, rational, kreativiti, future planning, critical thinking dan byk lagi sifat yg membezakan manusia dan haiwan.

Manusia makin lari dr sifat kemanusiaan kerana PFCnya makin lama makin lemah, seperti otot yg lama tidak digunakan. Manusia yg selalu didlm stress atau apa2 sahaja sifat2 negatif termasuklah cemburu, hasad, pemarah dan macam2 lagi sebenarnya lebih byk menggunakan "reflect brain" (bahagian belakang yg primitif) dr the "thinking brain". Ini desebabkan oleh hormon andrenalin yg dikeluarkan ketika stress/takut. Hormon andrenalin juga menyebabkan darah kebahagian depan (thinking brain) berkurangan kerana fisiolagi manusia ketika stress/takut, harus lebih bersedia untuk bertindak pantas tanpa perlu berfikir panjang samada untuk lari atau lawan (seperti haiwan).

Jadi bila selalu sgt stress dan PFC menjadi lemah, kebanyakan manusia yg menyatakan mereka berfikir sebenarnya adalah diragukan, mereka sebenarnya lebih menggunakan memori atau pun reflect brain menyebabkan hidup dalam keadaan yg sama, mengulang kesalahan yg sama atau pun membuat tindakan yg penuh kesalan dikemudian hari.

Apa yg didedahkan oleh saintis UM seperti yg lapurkan diakhbar2 baru ini , terutamanya bab membawa ketenangan adalah kerana bila manusia lebih tenang, tiada hormon andrenalin yg sebelum ini mengecilkan salur darah ke PFC menyebabkan perjalanan darah ke PFC lebih lancar dan juga perbuatan sujud itu sendiri seolah2 memaksa darah kembali ke PFC dan secara langsung merawatnya. Tindakan fokus/khusyuk dlm sembahyang juga terbukti merawat PFC seperti dibuktikan oleh pakar meditasi barat yg menbuat kajian peranan meditasi dan PFC.

Sebab itu sembahyang yg diterima adalah sembahyang yg khusuk, bukan sembahyang yg fikiran melayang kearah duniawi, dan dalam keadaan sujud ini jugalah ketika PFC rapat kebumi manusia amat hampir kepada Allah

Surah Al Alaq 96:19 Day, heed him not: But bow down in adoration, and bring thyself the closer to Allah.!
Yg menarik mengenai otak lagi, bahagian yg menipu terletak diatas sedikit dr PFC iaitu ubun2/forelock seperti yg tertulis juga didlm surah Al-Alaq 96 : 15 Let him beware! If he desist not, We will drag him by the forelock,- 16 A lying, sinful forelock!

Bahagian otak di ubun2 ini digelar "cingulate guru" yg mana jika "overactive" akan menyebabkan manusia selalu mudah berfikir benda2 yg negatif yg juga menyebabkan manusia cenderung menipu. Ini boleh diperbaiki dgn menenangkan fikiran seperti bila kita sembahyang dgn tenang dan penuh kesyukuran, bukan sembahyang dgn terpaksa atau tidak ikhlas bukan kerana Allah.


Definasi lain untuk insanity/kegilaan adalah: Doing or thinking the same thing but expecting different result / Bertindak atau berfikir benda yg sama tetapi harapkan perkara lain.

Jika PFC kita lemah, berfikir tetapi sebenarnya lebih kepada memori, tidak hairan lah jika kita mendapat benda yg sama setiap hari.. jadi untuk mendapat sesuatu yg lain didlm hidup ini, rajin2 lah sembahyang dgn ikhlas dan khusyuk supaya bahagian otak yg berfikir hidup kembali, memboleh kan kita menjadi lebih melihat masa depan dan dgn kreativiti membenihkan idea2 yg cemerlang untuk membangunkan diri sendiri dan juga membantu umat Islam khususnya dan umat manusia yg lain amnya.

Artikel dipetik dari laman : http://syurgadidunia.blogspot.com/2008/10/solat-merawat-otak.html

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...