RSS

❉ FoLlOwErs❉

Friday, August 6, 2010

Jom Try MyIman

بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

BAGI yang ingin melipatgandakan
amalan di bulan Ramadan ataupun untuk sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, memiliki MyIman satu kelebihan kerana anda boleh membaca, mendengar dan menghayati maksud ayat suci al Quran diterjemahkan dalam 28 bahasa di mana saja tempat yang sesuai. Tiada alasan lagi untuk mendalami dan berdamping dengan kitab Allah ini kerana kini ia dimuatkan dalam sebuah telefon bimbit yang kecil, ringan dan mudah dibawa.

Penguji yang diberi kesempatan menguji telefon bimbit al Quran digital model MyIman D818, begitu teruja kerana dapat memanfaatkan produk dicipta khusus untuk orang Islam sama ada ketika benar-benar mempunyai masa untuk mendalaminya atau dalam waktu singkat seperti ketika duduk di dalam kereta menunggu seseorang atau menunggu giliran di kaunter bank.

Cuma klik pada bahagian tombol tengah dan pilihlah ikon yang dimahukan sama ada menghayati bacaan al Quran dalam teks berwarna resam Uthmani oleh Sheikh Saad al-Ghamidi atau membaca sendiri antara 114 surah yang termuat dalam telefon bimbit comel ini. Begitu mudah sekali mencari ayat atau surah hanya menekan nombor saja.

Ikon seterusnya memudahkan seseorang mengetahui waktu masuk solat fardu walaupun ketika itu berada di tempat yang tidak kedengaran azan.

Pemilik MyIman juga boleh mendengar azan menerusi telefon bimbit selepas aturan dibuat. Jika ke luar negara, anda hanya perlu menukar aturan waktu solat di bandar utama luar negara selain mengetahui arah kiblat.

Menerusi ikon Pangkalan Data (db) al Quran, tafsir 30 juzuk al Quran disediakan dalam Bahasa Inggeris, Indonesia, Arab dan Perancis manakala terdapat 11 kitab hadis terjemahan sahih Muslim (Indonesia), al-Bayyan (Melayu), Riyadh As Solihin (Inggeris dan China) mengenai pelbagai perkara dalam agama Islam seperti ibadat, tauhid, muamalat, faraid dan tasauf serta doa khatam al Quran.

Didatangkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih, ciri lain telefon ini dilengkapi skrin sesentuh TFT LCD serta beberapa ciri lain termasuk standard Bluetooth, Mp3 dan Mp4, SMS, MMS, GPRS dan Internet, FM radio, kamera 1.3 mega piksel serta perakam video.

Diperkukuh dengan memori luaran t-Flash 2 gigabait dan dwi-gelombang GSM 900/1800MHz, serta dua slot kad sim aktif.

Bayangkan dengan harga berpatutan, anda boleh menggunakan dua nombor sekali gus dengan hanya membawa satu telefon bimbit. Ini tentunya menjimatkan ruang dalam beg atau poket serta memudahkan urusan anda menjawab panggilan atau menghantar dan membalas mesej dalam teks tulisan Melayu, Inggeris, Cina atau Jawi .

Produk keluaran My Iman Technologies (M) Sdn Bhd ini disemak oleh 25 ahli panel yang bertauliah dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menyemak setiap tulisan, bacaan serta tajwid al Quran itu dan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri serta menepati piawaian Sirim Qas International Sdn Bhd.

PRODUK: MyIman D818
HARGA: RM390
PENGELUAR: My Iman Technologies (M) Sdn Bhd.
PERTANYAAN: AZZAHRAH SDN.BHD 05-5277288
LAMAN WEB: myiman.net, myiman.org


TAWARAN ISTIMEWA SEMPENA RAMADHAN RM 299 SAHAJA !!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...