RSS

❉ FoLlOwErs❉

Saturday, July 30, 2011

Kemasukan Baru ke Universiti Sesi 2011..



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Tarikh : 1 Ogos 2011
Nama Universiti : Universiti Ramadhan Al-Mubarak
Course wajib : Berpuasa
Course special : Terawih
Course tambahan : Baca Al-Quran, zikir, solat sunat, sedekah n etc.
Kelulusan : Ijazah takwa
Konvo : 1 Syawal

* Extra.. Tawaran melanjutkn pgajian ke peringkat master
course : Puasa 6 . . .

........................................................................................


Ramadhan Bulan Disiplin


Jagalah semua disiplin dibulan Ramadahan agar kita mendapat rahmat (10 pertama), keampunan (10 kedua) dan kemerdekaan dari azab neraka (10 terakhir). BULAN Ramadan itu permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan penghujungnya pelepasan dari api neraka.

(Riwayat Ibn Khuzaimah)


Terdapat dua kategori disiplin (pantang larang) dalam ibadat puasa:-


1) Disiplin Fizikal –

menahan diri dari makan, minum dan melakukan seks disiang hari.


2) Disiplin Spiritual (Rohani)

menahan diri dari perbuatan keji seperti bergaduh, melihat perempuan ajnabi dan:-


a) Menjaga mulut dari bercakap benda yang dilarang, mengumpat,


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau pun diajak bermusuhan maka hendaklah ia berkata, “Sesungguhnya aku berpuasa hari ini”


Begitu juga dalam menjaga mulut dari menyanyi selain dari memuji Allah, Nabi, syurga dan perkara yang baik sahaja. Hukum nyanyian sama dengan percakapan, apa yang dibenarkan dalam percakapan itulah yang dibenarkan dalam nyanyian. Nyanyian yang dibenarkan ulama-ulama terdahulu adalah nyanyian tanpa muzik.


b) Menjaga mata dari melihat benda yang dilarang


c) Menjaga telinga dari mendengar benda yang dilarang seperti umpatan, muzik yang melalaikan.


d) Menjaga anggota lain dari sebarang perkara mungkar, pergi ke tempat maksiat. Ulama feqah mengatakan sah puasa jika jaga disiplin “fizikal” sahaja, tapi tiada pahala. Lagipun Nabi menyuruh kita agar menjaga kedua-dua disiplin fizikal dan spiritual puasa.


........................................................................................................


Puasa Yang Sia-sia


Ramai orang puasa tapi tidak dapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan buruk sedangkan ia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan (pahala) di sisi Allah selain dari lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.” (Riwayat Bukhari)


Matlamat puasa bukanlah sekadar meninggalkan makan dan minum, tetapi untuk melemahkan nafsu yang buruk. Oleh itu hendaklah mengawal diri dari melakukan perkara yang keji semasa berpuasa.


....................................................................................................


Lafaz Niat Puasa Sebulan



"Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala"



Lafaz Niat Puasa Harian



"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini - kerana Allah Ta'ala"


Waktu Berniat



Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu solat fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh).

Bermakna, niat puasa boleh dilakukan pada mana-mana bahagian dalam waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

..........................................................................................

Akhir kalam Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
moga Ramadhan kali ini lebih bermakna
mohon maaf atas segala kekhilafan
Moga:-


"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Amien

~Strive For Mardhatillah~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ^_^

ahlan wa sahlan marhaban ya ramadhan ^_~ salam Ramadhan!!

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...