RSS

❉ FoLlOwErs❉

Saturday, October 20, 2012

Bingkisan Rindu



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu



~ Belajar untuk menghargai ^^ ~
 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 19, 2012

Ujian tu tandanya Sayang....





بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jiwa seorang mukmin itu pastinya ditarbiyyah
berhadapan dengan pelbagai ujian dan kesukaran.
Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan ,kemewahan, kejayaan dan sebagainya


Allah berfirman kepada malaikat-Nya:
"Pergilah kepada hamba-Ku. 
lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya

(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)

....Dialah sang Pencipta....
Hak-Nya untuk memberi ujian bagi hamba-hamba-Nya
Dia bebas dan tidak dibawah perintah siapapun

Dan

Dia melaksanakan apa yang Dia kehendaki sesuai Kearifan yang dimiliki-Nya
Tak ada apapun yang dapat memerintah Dia
Justru Dialah yang memerintah semuanya 

Dan

Dia memerintah kan kita untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan






Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta." 
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)


~Setiap Insan Pasti di Uji~




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, May 18, 2012

SENYUMAN untuk HATI



بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Mulakan hari anda dengan sekuntum SENYUMAN
Terapi HATI yang sangat mudah

Namun 
Ramai manusia sukar lakukan

Hadiah kan HATI kalian sekuntum SENYUMAN
Itulah hadiah paling "simple" buat HATI

Hargai HATI selagi ia belum terluka

Andai terluka
Sekuntum SENYUMAN tidak lagi bermakna.....




saya SAYANG HATI saya
Jadi saya Hadiahkan SENYUMAN buat HATI

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, March 14, 2012

❉TIGA❉

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته








Drpd Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:-


“3 perkara yg boleh melepaskan seseorg itu drpd semua bahaya di dunia dan akhirat”
  • Takut kpd Allah swt zahir dan batin pd waktu ramai dan sunyi
  • Pertengahan pd sesuatu seperti di antara waktu papa dan kaya
  • Berbuat adil pd waktu suka dan marah


“3 perkara yg boleh menjauhkan seseorg itu drpd perkara yg membinasakan”

* Jgn bersifat terlalu kedekut
* Jgn mengikut hawa nafsu
* Jgn melalukan perbuatan syirik kpd Allah swt selama2nya


“3 perkara yg boleh meninggikan darjat seseorg itu disisi Allah swt”

* Memulakan salam
* Selalu memberi makan org yg berhajat
* Solat pd waktu mlm spt Solat Tahajjud


“3 perkara yg boleh menghapuskan dosa”

¨ Meratakan atau melebihkan basuh pd seluruh anggota wuduk
¨ Sentiasa bercampur Jemaah Islam
¨ Menunggu utk solat berjemaah, selepas itu terus sama2 berjemaah


“3 Cahaya di Hari Kiamat”


* Cahaya yg pertama seperti bintang2*
cahaya wajah manusia yg ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wuduk apabila mendengar azan;

* Cahaya yg kedua seperti cahaya bulan*
cahaya wajah mereka yg mengambil air sembahyang sebelum azan;

* Cahaya yg ketiga seperti cahaya matahari*
cahaya mereka yg tatkala di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid seblm azan lagi.


~Di Manakah Kita~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, February 26, 2012

IMPIAN yang tak pernah padam


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Daripada mimpi lahirlah impian.

. Kedua-duanya berkaitan dengan imaginasi.

Bukankah imaginasi mampu menjadi realiti?

"If you have the power to dream it then you have the power to achieve it"


…………………………………………………………………………


Teringat dialog ana dengan En Postmen di office tempoh hari


En Postmen: Dulu masa study dip ambik cos ape?

Ana: Civil Engineering

En Postmen: Ambik Civil Engineering tapi jadi kerani je? (kerani y xda kene mengena dengan bidabg y diambil)

Ana: Kerja tak boleh memilih sekarang. Yang penting ada usaha untuk perbaiki kehidupan. Walau pun perlu kerja bidang lain. (pengalaman kerja x semestinya dalam bidang y kite ceburi)

En Postmen: kenape keje sini?

Ana: Nak sambung belajar lagi..(huhuu… x menjawap soalan pulak)

En Postmen: Ha? Sambung blajar? Buat ape belajar sampai degree kalau sudahnya kerja bukan dalam bidang kita, gaji tak setinggi mana…

Ana: (Sambil)….senyum…..


…………………………………………………………………………


(Dalam hati berbisik)


Tak siapa pun akan faham.

Dari ana kecil Umi adalah IDOLA ana…

Abah pulak pencetus IMPIAN yang tak pernah padam dalam diri ana…

Abah penah lahirkan hasrat ye pada ana,

time tu tadika lagi:-

Abah: Abah suke kalau anak-anak abah jadi pendidik macam umi… Besar ganjaran yang Allah bagi

Ana: (walau pun tadika lagi)…akak pun nak jadi macam umi lah (tapi kata-kata ni hanya terluah didalam hati kecil… cos xnak abah terlalu mengharap…takut xdapat tunaikan hasrat abah ni)


…………………………………………………………………………


Abah & Umi bagaikan satu cas positif pada ana..

Tahun berganti tahun…IMPIAN untuk tunaikan harapan abah tak pernah padam..

Dalam buku laporan sekolah ana dari sekolah rendah hingga menegah IMPIAN ni tak pernah berubah…

Mujur la masa kat poli tak da buku laporan... lau x dah lama ana tulis jugak

^^


…………………………………………………………………………


Ya ALLAH…

Seandainya IMPIAN ku ini terbaik untuk diriku..

Kau berikanlah aku kesempatan waktu untuk mencapai IMPIAN ini

Kau berikanlah kesempatan untuk aku membahagiakan abah & umi

Kau permudahkanlah segala urusanku untuk ku mencapai cita-cita ini..

Kau berikanlah kefahaman kepada ku dalam mencari ilmu-Mu ini Ya Rabbi


Namum…

Jika IMPIAN ini bukanlah pilihan yang terbaik untuk diriku…

Aku redha dengan ketentuan-Mu..

Kerana Sebaik-baik perancang adalah Ya Rabbul Izzati





~Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan Kedua IBU BAPA~


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...