RSS

❉ FoLlOwErs❉

Thursday, May 19, 2011

✿HARGA SEBUAH PERHATIAN ✿





بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته







Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia tujuh tahun di muka pintu.

“Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?”

“Ya, nak tanya apa?”

“Berapa pendapatan ayah sejam?”

“Itu bukan urusan kamu. Buat apa nak sibuk tanya?”

“Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagi tahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat?”

“20 ringgit sejam.”

“Oh…” kata si anak sambil tunduk menekur lantai. Kemudian memandang wajah ayahnya semula sambil bertanya;

“Ayah….boleh tak Amin pinjam sepuluh ringgit daripada ayah?”

Si ayah menjadi berang dan berkata;

“Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa sampai mintak sepuluh ringgit? Nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan untuk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik ke bilik dan tidur, dah lewat dah ni.”

Kanak-kanak tujuh tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke biliknya. Si ayah duduk di atas sofa dan mula memikirkan mengapa anaknya yang kecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini. Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu.

Didapati anaknya masih belum tidur.

“Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah sepuluh ringgit ini,” kata si ayah. Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang.

“Terima kasih banyak ayah,” katanya begitu gembira. Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping not sepuluh ringgit yang sudah renyuk.

Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang.

“Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu? Dari mana kamu dapat duit di bawah bantal tu?” Jerkah si ayah.

Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya.

“Duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri setiap hari. Amin minta lagi 10 ringgit sebab duit yang Amin ada sekarang tak cukup,” jawab si anak perlahan.

“Tak cukup untuk beli apa?” soal balik si ayah.

“Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak makan malam bersama ayah,” jawab si anak tanpa berani memandang wajah ayahnya. Baru si ayah benar-benar faham maksud anaknya itu.

Selepas mendengar penjelasan anaknya, si Ayah terus mendakap anaknya dengan penuh kasih-sayang dan bersalah kerana membiarkan anaknya diabaikan.



kasih Sayang itu ibarat Udara... Kita tak nampak dengan mata kasar... tapi kita b0leh rasa kehadirannya...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, May 17, 2011

Alhamdulillah.... sujud syukur pada Mu Ya Allah....

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Binnabil Huda.... ♪♪♪

Sony Ericsson kesayangan berirama....

Tertera di skrin “DKA AFIFA”

Angkat je ph0ne

Ainul.......kte lulus...

Kte dpt AKJ...

Ha? TAHNIAH Fa....

Kte tumpang gembira...

hu ? awak dah boleh bukak ?

pe lagi gelabah la time tu...

tadi je rasa cam co0l... k0non-kon0nnya la...

Fa tengokkan untuk kita...

ok2...ym ok...

bagi no ic awak....

ok2...

Beberapa minit lepas tu...

Alhamdulillah lulus.... walaupun jauh tersasar dari apa yang di harapkan...







Terus sujud syukur....

Alhamdulilah syukur ya Allah...

kami berdua berjaya bersama-sama.....

apa-apa pun untuk sem depan... bak kata cik Fifa

“Nak Berjaya kena sama-sama, mana b0leh Berjaya s0rang-s0rang”

...........................................................................................

Di ruangan ini ana nak Ucap bebanyak Terima Kasih kepada:-

Umi & Abah yang x jemu berd0a mem beri kata2 semangat buat diri ini....

Lecturer yang sememangnya sudah jd tanggungjawab utk mendidk & mengajar...

Sahabat ku cik Afifa yang susah-senang besama...

Kawan2 sekelas....

Dan kepada sesiapa sahaja yang banyak membantu secara langsung @ tak langsung...

...Sem0ga Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian....





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, May 7, 2011

ღ ~MaMpuKah aKu~ღ


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanaka...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbana puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya,
yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai penghulu syurga...

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...
Tabah jiwaku setelah umi Nabi Ismail
Menggendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghlang dahaga
Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita bernama Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Berkibar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah



mampukah aku.......

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...