RSS

❉ FoLlOwErs❉

Sunday, August 16, 2009

LATIHAN IMAN (Latihan Industri)

ASSALAMUALAIKUM
Salam ukhwah Fillah.
Sudah 2 minggu ana praktikal di sebuah badan kerajaan. Minggu pertama agak membosankan, student praktkal 16 orang. 11 muslimat dan 5 muslimin.
Minggu ke 2 ana di tempatkan di BAhagian Jalan. Yang mengejutkan ana seorang je muslimat untuk group ana. 3 muslimin and ana seorang je musalimat. Ana memang rasa benar2 teruji kali ne, terutama dari segi ikhtilat dengan muslimin. Selama ne ana benar2 menjaga ikhtilat ana. Tapi kali ne mahu x mahu ana redha dengan ujian ALLah kepada ana kali ne. Buat pertama kalinya dalam hidup ana kerja dan makan semeja dengan muslimin dalam kuantiti yang begitu ramai. YA ALLAH BEGITU BERAT UJIAN MU PADA KU KALI INI. LATIHAN IMAN kali ne membuatkan ana rasa gerun tanpa sahabt-sahabiah dan ukhti2 di sisi. Namun ana bukan kesorangan Allah bersama-sama ana. Ana yakin ALLAH tidak akan menguji sesorang hambanya, melainkan di atas kemampunn dirinya. Buat sahabat-sahabiah & ukhti2 yang dikasihi, doakan ana kuat untuk lalui LATIHAN IMAN yang telah ALLAH tentukan kali ne. Kirimkan & doakan ana dengan peringatan2 agar ana x lalai dan leka dengan kehadiran muslimin2 yang mungkin menyebabkan ana LUPA dengan ALLAH. Akhir kalam buat kali ini, " WAHAI ORANG2 BERIMAN, JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH NESCAYA ALLAH AKANMENOLONG DAN MENEGUHKAN KEDUDUKAN MU" (Surah MUHAMMAD AYAT 7)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, July 28, 2009

PEMERGIANMU SEMOGA DI RAHMATI ALLAH..

SALAM UKHWAH FILLAH
Dah lama rasanye x menaip kat ruangan ne. Alhamdulillah ari ne, terpanggil juga nak menaip. Ana nak kogsi kesedihan yang ana alami skarang ne. Semalam tanggal 27 Julai 2009, seorang kenalan ana semasa di sekolah menengah, telah kembali ke Rahmatullah. Arwah muda setahun dari ana, lama jugak x jumpa. Kali terakhir ana jumpa arwah beberapa bulan lepas. Itu pun dari jauh arwah menyapa ana. tak sangka itu kali terakhir ana melihat wajahnya. Ana dengar arwah demam panas 2 minggu y lalu, demamnya semakin teruk, sehinggakan kuman merebak ke bahagian otak. arwah dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut. SEmasa di HKL keadaannya semakin teruk. Akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir tengah hari semalam. Ana ingat nak pergi ziarah jenazah hari ne, tapi keluarga arwah nk percepatkan proses pengkuburan. Malam semalam jugak jenazah dikebumikan. Arwah merupakan anak sulung, arwah seorang pelajar yang bijak. Tapi apa kan daya, Allah lebih meyanginya. Tak kira tua muda, bijak @ tak, bila sampai waktu ajalnya pasti di jemput juga. Yang pergi tetep pergi, jadi peringatan buat kita yang masih hidup ne. Ana doakan arwah aman disana dan rohnya dicucuri rahmat.. AL-FATIHAH....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, June 9, 2009

Alhamdulillah
hampir dua minggu ana meninggalkan iPT tempat ana belajar, tapi itu bukan bermakna ana suka. Ada sesuatu yang amat bermakna sepanjang di sana. Rindu pulak rasanya, pada sahabat-sahabiah, ukhti n akhi yg byk memberi tunjuk ajar. Meninggalkan x bererti untuk selamanya, cuma untuk seketika. Ana akan menjalani LI INSYALLAH lg 2 bulan. Semuanya bergantung pada result yang akan klua x lama lagi. Debaran makin terasa, buat sahabat2 seperjuangan INSYALLAH kte akan bertemu lagi d tahun hadapan. Buat sahabat di asrama ana sentiasa mendoakan antum semua, semoga perjuangan kita sebagai MUJAHID ISLAM akan berterusan. Semoga NUR ISLAM kan BERSINAR lagi di sana. Doakan ana ye, semoga kite dipertemukan dalam keadaan yg baik, hendaknya...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, May 27, 2009

-YA ALLAH AKU YAKIN DENGAN JANJI MU-

Bismillahirahmanirrahim
Hari ne hari yg sungguh pelik. Ana x tau mcm mana nak cakap. Tetapi sesuatu yang penting akan berlaku. Hidup ne penuh dengan cabaran. Kite x tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Semua ini menguji kesabaran dan tahap keimanan ana. Semakin berakhirnya episod ini semakin banyak dugaan yg ALLAH berikan kepada ana. Ana harap semogh episod kali ini ada hikmahNya. Seperti apa yang terkandung dalam Surah yg akhi .......& ukhti...... selalu baca. "Wahai orang2 beriman jika kamu menolong agama ALLAH nescaya dia akan menolong dan meneguhkan kedudukan mu"-SURAH MUHAMMAD (ayat 7). Janji TUHAN pasti berlaku. Utamakan pandangan ALLAH drpd pandangan MANUSIA. InsyaALLAH ana akan terus berpegang dgn prinsip hidup ana iaitu "JIKA X MAMPU LAKUKAN SEMUA, JANGAN TINGGAL KAN SEMUA". Doakan ana ye.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

mUtiaRa kaTa buaT pEmBaca sEkaLIan

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya."

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."










Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Warkah Seorang Sahabat




sahabat1

Cuba anda bayangkan. Anda baru sahaja habis membaca bacaan surah Yassin yang di sedekahkan kepada arwah kawan anda. Bagi anda dia hanyalah teman sekelas sahaja. Tiba-tiba muncul seorang gadis yang tidak di kenali duduk di sisi anda. Dia menghulurkan anda sekeping kertas yang kumal kelihatannya. Dia mengkhabarkan kepada anda bahawa dia ialah kakak kepada arwah kawan anda itu.

Selepas itu dia meminta izin untuk meninggalkan anda. Anda cuba meneliti tulisan yang terpampang pada kertas itu. Alangkah terkejutnya anda. Arwah sahabat anda ada menuliskan sesuatu kepada anda, tetapi tidak sempat untuk diberikan kepada anda kerana kini dia sudah pun meninggalkan alam sementara ini. Anda pun membaca apa yang di tulisnya :

"Assalamualaikum sahabatku, Jika di ikutkan hati..aku tak sanggup beritahu semua ni..tapi aku tak tahan lagi untuk merahsiakan semua ni..tahukah kau??? Aku tengah sakit ni…bukan sakit hati tau..tapi doktor cakap aku ada penyakit ganjil..entah apalah penyakit aku ni…

aku tak fahamlah apa yang dia cakap…tapi apa yang aku tahu penyakit aku ni masih tak ketemui penawarnya…ishhh!!! Aku takut lah…aku harap kau jangan risau ya..Tapi aku tak tahulah…bila kau akan baca apa yang aku tulis ni..mungkin semasa kau baca aku dah takde kot…jangan sedih ya…ermm..sahabatku, kau perasan atau tak beberapa hari yang lalu…kau tak nampak aku

kot…semasa waktu pulang dari sekolah…sewaktu aku ingin turun tangga…aku nampak kau dekat koridor..aku nak tegur kau…tapi aku malu dan takut..nanti kau cakap aku ni terhegeh-hegeh ambil tahu semua pasal kau….semasa tu aku dah nak turun tangga tingkat empat…tapi apabila terfikirkan kau, aku naik semula tangga ke tingkat empat..aku melihat kau masih di koridor tu…

tapi kau sedang berbual rancak dengan teman-temanmu yang lain…aku malu jugak nak mencelah…supaya kau tak nampak bahawa aku ni naik semula ke tingkat empat semata-mata nak jumpa kau, aku cepat-cepat berlakon bahawa aku nak masuk semula ke kelas sebab nak ambil buku yang tertinggal…terasa malu pulak..

hmmm…tapi aku tak kisah semua tu…dan apa yang penting apa yang bakal aku beritahu ni…dah lama aku pendam…dan lama aku simpan perasaan ni…aku tak nak jadikannya sebagai pusaka lah…apa-apa pun, aku nak luahkan jugak..aku tak kisah, asalkan jika aku pergi…apa yang terbuku di hati sudah pun aku luahkan…

Sahabatku, Aku sangat menyayangimu…aku sangat merinduimu di kala aku kesunyian…tetapi aku tahu siapa aku…tidak layak bagiku untuk berkata begini…tetapi inilah perasaan yang subur di hatiku…terukir namamu indah dalam hatiku..sebagai sahabat sejatiku…setiap kali kau bersuara, setiaku mendengar agar tenang dan senang kau merasa..

setiap kali kau sakit,kecewa,risau dan takut…aku cuba untuk mendampingimu agar kau tahu bahawa aku jujur dalam persahabatan ini…Tetapi di matamu, aku hanyalah orang awam sahaja dalam hidupmu…aku bagaikan melukut di tepi gantang…aku ada..aku tiada..semuanya sama bagimu…Aku tidak kisah semua itu sahabatku…kerana aku masih bersabar..

aku berdoa agar pintu hatimu terbuka untuk menerimaku…aku akan bersabar hingga ke akhir hayatku…akhir kalam,kutegaskan sekali lagi perasaanku ini…aku menyayangimu..aku merinduimu.ku mohon dan berdoa agar persahabatan kita kekal dunia akhirat..aku terpaksa pergi dulu..ibuku sedang memanggilku…aku terpaksa pergi ke hospital sekarang juga…aku pergi dulu sabahatku tersayang…sekian sahaja, wassalam…
Daripada, Sabahatmu… "

Apakah perasaan anda sesudah sahaja membaca warkah ini. Tiada perasaan?? Merasakan bahawa semua itu hanyalah fenomena biasa,yang hidup akan pergi jua. Atau pun menyesal dengan sikap anda terhadapnya selama ini. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Apa yang mampu anda lakukan kini adalah mensedekahkan bacaan kalamullah kepadanya. Oleh itu, hargailah sahabat yang hadir dalam hidup anda.

sahabat2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...