RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, July 6, 2010

~TaHniaH SaHaBaT~

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Em...rindunya nak posting something kat blog ne... bukannya xda idea nak posting... tapi xda kesempatan waktu... banyak benda nak posting tapi...(sabar ainul, sabar).

Posting kali ni nak ucapkan selamat berjuang buat sahabat kesayangan ana sejak dari bangku sekolah lagi Amiratul Iqamah Binti Hj Hashim. MySpaceTahniah cos dapat sambung study di UMT.... Semoga dekan setiap sem dan mendapat MySpaceIjazah klas pertama nanti... Syukran cos susah2 datang rumah tempoh hari. Sepatutnya ana yang pergi rumah mitul.. (asif sahabat).

MySpace

Renunglah wahai sahabat ku,

Dalam hati IBU berkata ragihlah anakku,

Belajarlah bersungguh2,

Jangan kau lemas dalam kebebasan yang IBU berikan,

IBU tak hantar kamu ke sana melainkan,

IBU percaya kepada kamu,

Kerana kamu anak IBU...

Dalam jiwa AYAH pula berbisik,

Anakku,

AYAH lepaskan kamu dengan sejuta doa,

Moga kamu tak pernah lupa

nama yang kamu bawa di hujung namamu,

Hati ini penuh berharap,

Agar kamu pulang membawa piala kemenangan.

Kenangilah kami dalam setiap apa yang kamu lakukan,

Kejayaan kamu adalah HADIAH yang

paling berharga buat IBU dan AYAH

Buat sahabat2 di SMKDK yang dapat menyambung pengajian ke IPT, TAHNIAH ana ucapkan... Semoga antum memperoleh kejayaan suatu hari nanti... Ingat walau ke mana antum selepas ini jangan lupa bawa ana di sini ye...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, June 28, 2010

* 7 sUnNaH RasuLuLLaH *


<1> Pertama: Solat tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

<2> Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

<3> Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

<4> Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

<5> Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.


<6> Keenam: Jaga wudhuk terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhuk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

<7> Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.



.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, June 13, 2010

~ SAHABT SEPERJUANGANKU~



Seuntai Kurma Kala Berbuka,

Zinnirah, Muslimat Sejati,

Biar Terseksa Asal Tak Jemu Berjuang,

Tuhan Yang Esa Hanyalah Allah,

Kau Jadikan Sumber Inspirasi Kala Berjuang,

Tanpa Mengenal Erti Letih Dan Putus Asa,

Tanpa Rungutan,

Tanpa Keluhan,

Kau Tunaikan Tanpa Bertangguh.

Ikhlas,

Biar Tapa Ganjaran,

Tanpa Pujian, Tanpa Upah Berganda,

Kau Sematkan Di Hati.

Nekad,

Biar Mehnah Dan Tribulasi Kunjung Tanpa Henti,

Ujian Dating Silih Berganti,

Onak Dan Duri Datang Menjengah,

Kau Tak Pernah Gentar.

Usiamu, Mindamu, Hartamu, Dirimu,

Kau Korbankan Hanya Untuk Islam Tercinta,

Tinggi Destinasimu Ke Langit,

Akhlakmu Menyinari Taman Hati,

Wajahmu Sejernih Air Wudu’,

Kau Pejuang,

Tak Bias Kenal Erti Penat Dan Jemu,

Kau Hadapi Mehnah,

Dengan Kesabaran,

Kau Terus Melangkah,

Tidak Undur Walau Selangkah,

Tegas Dengan Iman Di Hati.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, June 11, 2010

~KISAH - IMAN, NAFSU & DIRI~


بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته






IMAN : Assalamualaikum.

DIRI : Waalaikumussalam. Oh,Encik Iman! Saya rasa dah dua tiga minggu kamu tak datang ke pejabat. kamu cuti ke?

IMAN : Apa pulak cuti bos. Saya kan diberikan cuti. MySpace

DIRI : Oh ye,lupa. Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En.Nafsu bekerja. Tapi jadi kelam-kabut lak. Lepas terdengar ustaz kat tv berceramah hari itu, saya teringatkan kamu.

IMAN : Jadi saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambik balik jawatan saya dari En.Nafsu?

DIRI : Eh,tak boleh3x. Saya sayang sangat nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa bayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya mengiburkan saya. MySpace (sambil tersenyum..)

IMAN : Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.(dgn nada sedih)

DIRI : Eh,jangan! Tolonglah saya. Saya tak boleh kehilangan kamu.(sambil merayu)

IMAN : Tapi bos, kami tak mungkin boleh bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. Saya tengok En.Nafsu tu macam anti sangat je dengan saya.

DIRI : Aduh, rasa serba salah la pulak saya.(keliru)

IMAN : Macam ni la bos. Bos boleh pilih satu je. Bos perlu bermujahadah untuk pecat En.Nafsu, bos.

DIRI : Saya tahu. Jauh dalam lubuk hati saya, saya amat memerlukan kamu, En. Iman. Rasa iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En.Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En.Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan Solat, Puasa, Zikir, al-Qur’an dan apa-apa yang patut. MySpace

IMAN : Alhamdulillah,syukur sangat. Nampaknya bos dah buat keputusan yang bijak lagi bernas. Kalau bos teruskan prestasi cemerlang ni,saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah s.w.t) sebagai Muttaqin.

Pengajaran:
MySpaceKitalah bos kepada diri sendiri. Dan kitalah yang menguruskan semua tentang diri, makan, minum, pakaian, pelajaran dan pekerjaan. Apa yang penting adalah bagaimana kita menguruskan iman kita (macam planner). Oleh itu, lakukanlah keputusan terbaik dan pilihlah agenda dan aktiviti yang dapat menyuburkan iman. Malahan, jangan sesekali ditendang keluar amalan soleh dan jangan melambai-lambai palit dosa masuk ke dalam diri.



Maksudnya: “ Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
(Surah al-Baqarah 2: 148)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...