RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, April 6, 2010

MATA YANG DI REDHAI...

Bidadari syurga....

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia
(isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah......:

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar dipanggil (khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini... ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di
dunia.... lalu wanita itu berkata ... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka
mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah... MySpace



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, March 19, 2010

TEKA-TEKI AKHIRAT

Allhamdulillah hari ni ana diberi kesempatan oleh Allah untuk up date blog yang sememangnya dah lame tak di up date...posting kali ne ana tejumpa dalam blog seorang sahabat yang secara x sengaja ana bukak... gara2 nak siapkan asgnment... tertarik ana baca...jom berteka-teki!!! MySpace




Suatu Hari, Imam Al-Ghazali Berkumpul Dengan Murid-Muridnya Lalu Beliau Bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah Yang Paling Dekat Dengan Diri Kita Di Dunia Ini ?
Murid 1 = " Orang Tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum Kerabat "
Imam Ghazali = " Semua Jawapan Itu Benar. Tetapi Yang Paling Dekat Dengan Kita Ialah MATI. Sebab Itu Janji Allah Bahawa Setiap Yang Bernyawa Pasti Akan Mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa Yang Paling Jauh Dari Kita Di Dunia Ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-Bintang "
Iman Ghazali = " Semua Jawaban Itu Benar. Tetapi Yang Paling Benar Adalah MASA LALU. Bagaimanapun Kita, Apapun Kenderaan Kita, Tetap Kita Tidak Akan Dapat Kembali Ke Masa Yang Lalu. Oleh Sebab Itu Kita Harus Menjaga Hari Ini, Hari Esok Dan Hari-Hari Yang Akan Datang Dengan Perbuatan Yang Sesuai Dengan Ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa Yang Paling Besar Didunia Ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua Jawaban Itu Benar, Tapi Yang Besar Sekali Adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka Kita Harus Hati-Hati Dengan Nafsu Kita, Jangan Sampai Nafsu Kita Membawa Ke Neraka."

IMAM GHAZALI" Apa Yang Paling Berat Didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua Itu Benar, Tapi Yang Paling Berat Adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-Tumbuhan, Binatang, Gunung, Dan Malaikat Semua Tidak Mampu Ketika Allah SWT Meminta Mereka Menjadi Khalifah Pemimpin) Di Dunia Ini. Tetapi Manusia Dengan Sombongnya Berebut-Rebut Menyanggupi Permintaan Allah SWT Sehingga Banyak Manusia Masuk Ke Neraka Kerana Gagal Memegang Amanah."

Imam Ghazali = " Apa Yang Paling Ringan Di Dunia Ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-Daun"
Imam Ghazali = " Semua Jawaban Kamu Itu Benar, Tapi Yang Paling Ringan Sekali Didunia Ini Adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-Gara Pekerjaan Kita Atau Urusan Dunia, Kita Tinggalkan Solat "

Imam Ghazali = " Apa Yang Paling Tajam Sekali Di Dunia Ini? "
Murid- Murid Dengan Serentak Menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu Benar, Tapi Yang Paling Tajam Sekali Didunia Ini Adalah LIDAH MANUSIA. Kerana Melalui Lidah, Manusia Dengan Mudahnya Menyakiti Hati Dan Melukai Perasaan Saudaranya Sendiri "
"

~Sekian~

MySpace

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tuesday, February 16, 2010

OH ADAM...

Ohh Adam...

Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan
hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau
pinta semasa kesunyian di syur
ga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi
tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa
inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari
landasan, kerana aku buruan syaitan.



Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih
ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah
sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika
bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah
dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu
maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang
mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak
lebih dari empat pada satu waktu.


Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang
membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu
yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan
gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi
sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi
isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi
perkara.


Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang
menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum
wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau
diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan
mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan
Tuhanmu.


Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi
pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai
menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan
yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku
tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar,
di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku
keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari
hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.


Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu,
aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan
guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang diwaktu yang
sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan
memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada diantara
kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja
aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi
menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau
sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang
kasih sucimu terhadapku?


Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa
terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa?
Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak
jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh,
guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu
berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak
mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang
dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah
didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi
Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam
melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap
mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh
terhadap kaum Hawa?


Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah
ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau
lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala
aku kelebihan nafsu.


Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu
nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku
tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan
kuncu-kuncunya.


Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar
menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku
agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.



Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan
karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para
sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita
tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku
yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah
engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang
engkau agungkan itu...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, February 6, 2010

KKP SESI JANUARI 2010


~ BARISAN KEPIMPINAN JPK SESI JANUARI 2010~



Gr0up ana..
1 HaTi Ukhwah SeJaTiMySpace


~kenangan Manis yang x akan ana lupakan~




ne Group Tie...huhuh



ne plak Grop toNg sampah...



ne grop file




ne grop bata.. Grop yang paling banyak mulut dan bata. huhuh




posing sakan Group ne


Sebenarnya bukan la nama group2 kat atas 2 cam 2... kte orang sebenarnya kena denda dengan ustaz cos x jaga barang amanah.. itu la sebabnya kena jaga barang2 amanah macam kat atas 2... Geram jugak la kat ustaz masa 2.. tapi lama2 bes jugak.. bukan senang nak dapat pengalaman macam 2.. bila kenang2 lepas KKP ianya kenangan yang paling manis..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

TaUtaN HaTi


Barisan Kepimpinan Muslimat Sesi Januari 2010



tengah dengar penerangan tentang kebesaran ALLAH yang x terkira, dalam gua tempurung.. SUBAHANALLAH.. begitu hebat ciptaan-NYA



yang ne masa detik2 yang mencabar.. kena 2run dari cerun yang agak merbahaya
yang dalam pic ne.. kiranya yang selamat menuruni cerun.. sape kata muslimat x boleh ikut aktiviti lasak???



Haa.. yang ne masa nak keluar dah..




masa ne.. kte orang baru je masuk dalam gua

Ya ALLAH engkau menegetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi (perintah)Mu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati2 ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini degan limpah iman & keyakinan. Dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati2 ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentangMu.. (Jika Engkau menaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati2 ini sebagai paea syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini.
~Amin~
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, January 24, 2010

Miss u




Assalamualaikum...

dan salam rindu buat abah & umie... entah mengapa rasa rindu sangat pada umie & abah... bukan hari ne je.. tapi tiap2 hari, walau pun tiap2 hari call umie & abah... tapi x sama dengan bila kita bertentang mata dan menatap wajah. Cuma dengar khabar dari call je.. Rindunye hati ini hanya ALLAH sahaja yang tahu.. Semoga umie & abah berada dalam keadaan sihat & dipermudahkan segala urusan serta diberikan kesabaran dalam mendidik anak2 yang kian menjengah ke alam remaja dan dewasa.. Semoga umie & abah x pernah jemu.. Akak Sayang Umie & abah..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...