RSS

❉ FoLlOwErs❉

Friday, October 9, 2009

nak Cantik....

ANDA INGIN LEBIH CANTIK DAN MENARIK??

  • Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
  • Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
  • Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
  • Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan
  • Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.
  • Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah
  • Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".
Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Friday, October 2, 2009

rEnuNgan


Andai suatu hari nanti apabila telah tiba saat itu... aku REDHA dengn apa yang telah ENGKAU tetapkan untuk aku sebagai HAMBA-MU...cuma sekarang aku takut dengan zaman remajaku yang kian mencabar saban hari...Dunia ini penuh dengan MEHNAH & TRIBULASI yang mengancam setiap setiap individu...Samada manusia sedar @ tidak akan tanggungjawab sebagai HAMBA & KHLIFAH di Bumi ALLAH yang sementara ini...BUat mujahid ALLAh ayuh bangun & sedarlah... sebarkan lah peringatan2 ALLAH buat yang kian melupai-NYA.



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, September 16, 2009

MUSIM-MUSIM IMAN


Musim Panas
Sang suria menyinar terik. Menyuntik nur buat siang yang makin panjang.Teruja insan melambai perpisahan kepada kesejukan musim semalam. Kain menyaluti tubuh kian singkat. Pesta riang ria bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Gelak ketawa bagai tiada noktahnya. Hanyalah kebahagian fana yang bersemayam di jiwa. Alpa.
Musim Luruh
Rendang pohon mula kekuningan.Gugur akhirnya menyembah bumi. Entah apa nasibnya? Di jalanan menjadi mangsa derapan kaki.Atau di sungai mengalir entah ke mana penghujungnya. Bayu bersuara lagi. Daunan terus terpisah dari perdunya.Tinggal hanya ranting sepi tiada seri. Tandus. Musim Salju Air semalam mengalir deras. Namun kini, membeku bagai tida nyawa. Sapaan malam tiba lebih awal dan pertemuan kali ini lebih lama. Insan lebih tega berselimut melayan lena. Sunyi sepi. Hanya desiran angin menjadi halwa telinga. Dingin.
Musim bunga
Kuntum demi kuntum bunga tumbuh memekar. Warna – warni menghiasi laman hijau. Lebih membelai hembusan bayu membawa aroma bunga. Selamat tinggal kesuraman semalam. Keceriaan kali ini disulami kicauan burung dan rama – rama berterbangan. Jua hilai tawa si cilik bermain diulit kegembiraan. Tersusup ketenangan.
Iman dan musim – musimnya
Iman di hati jua mampu bertukar musim. Bukan cuaca menjadi punca. Namun bagaimana kita membajanya. Iman bukan terletak pada luaran tapi tersudut kemas dalam lubuk hati. Curilah sejenak masa dari usiamu. Nilailah imanmu. Adakah alpa bila tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas? Atau seperti musim luruh; gugur satu persatu dan akhirnya tandus? Mungkinkah bagai musim salju yang dingin dan sepi? Atau indah mewangi bak musim bunga? Tepuklah dada, tanyalah iman!
Jika hari ini imanmu musim bunga. Esok lusa mungkin bertukar rupa. Namun, mari kita sentiasa berusaha, ke arah memastikan iman kita sentiasa di musim bunga. Amin!

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita Mawar Berduri


MAWAR BERDURI,
Indah sungguh kelopak bungamu,Secantik bahasa dan gerak gerimu,Sopan ditiup sang bayu,Batang dan dahanmu tetap tunduk malu.
MAWAR BERDURI,
Kelopakmu tetap dipelihara,Daripada Kumbang yang membinasa,Duri didahanmu tetap tersedia,Mempertahankan kecantikkan dan kesucian jiwa.
MAWAR BERDURI
,Kau tetap sentiasa berdiri,Menahan cabaran yang diberi,Tetap tidak pernah hilang harga diri,Dirimu indah sukar untuk didekati,Walaupun dipujuk, dirayu oleh nafsu sendiri,Melainkan syariat memberi.
MAWAR
,Si kumbang perkasa tidak akan tertawan,Dengan mawar yang kehilangan perawan dan keagungan,kerna dirimu telah rosak dibinasakan.
MAWAR,
Hilang hargamu wahai sekuntum mawar murahan,Menayangkan kecantikkan yang tiada kesempurnaan,Hanya terus bertuhankan nafsu dan keseronokan,Dirimu ditinggalkan patah kelayuan.
JADILAH SEKUNTUM ‘MAWAR BERDURI’ YANG
HIDUP BERLANDASKAN AKHLAK ISLAM SEJATI
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, September 10, 2009

TaRiKan KaUm WaNiTa........ SunGguH HeBaT...

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!




PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.



KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.



KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.



KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sunday, August 16, 2009

LATIHAN IMAN (Latihan Industri)

ASSALAMUALAIKUM
Salam ukhwah Fillah.
Sudah 2 minggu ana praktikal di sebuah badan kerajaan. Minggu pertama agak membosankan, student praktkal 16 orang. 11 muslimat dan 5 muslimin.
Minggu ke 2 ana di tempatkan di BAhagian Jalan. Yang mengejutkan ana seorang je muslimat untuk group ana. 3 muslimin and ana seorang je musalimat. Ana memang rasa benar2 teruji kali ne, terutama dari segi ikhtilat dengan muslimin. Selama ne ana benar2 menjaga ikhtilat ana. Tapi kali ne mahu x mahu ana redha dengan ujian ALLah kepada ana kali ne. Buat pertama kalinya dalam hidup ana kerja dan makan semeja dengan muslimin dalam kuantiti yang begitu ramai. YA ALLAH BEGITU BERAT UJIAN MU PADA KU KALI INI. LATIHAN IMAN kali ne membuatkan ana rasa gerun tanpa sahabt-sahabiah dan ukhti2 di sisi. Namun ana bukan kesorangan Allah bersama-sama ana. Ana yakin ALLAH tidak akan menguji sesorang hambanya, melainkan di atas kemampunn dirinya. Buat sahabat-sahabiah & ukhti2 yang dikasihi, doakan ana kuat untuk lalui LATIHAN IMAN yang telah ALLAH tentukan kali ne. Kirimkan & doakan ana dengan peringatan2 agar ana x lalai dan leka dengan kehadiran muslimin2 yang mungkin menyebabkan ana LUPA dengan ALLAH. Akhir kalam buat kali ini, " WAHAI ORANG2 BERIMAN, JIKA KAMU MENOLONG AGAMA ALLAH NESCAYA ALLAH AKANMENOLONG DAN MENEGUHKAN KEDUDUKAN MU" (Surah MUHAMMAD AYAT 7)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...