بسم الله الر حمن الر حيم
اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Kediaman
ulama’ Al-Ahnaf bin Qais memang sering dikunjungi orang ramai dan
sahabat-sahabat yang ingin menuntut ilmu dan bertanyakan kemusykilan agama.
Suatu hari beliau dikunjungi oleh seorang pemuda
dari Bani Tai’yi.
Kedatangan
pemuda itu menarik perhatian Al-Ahnaf
kerana dia kelihatan sangat segak dan tampan.
Ini sekaligus menjadikan pemuda itu kelihatan
lebih berketerampilan
dan
berlainan daripada pemuda sebayanya.
Lalu Al-Ahnaf bertanya kepadanya,
“wahai anak muda, adakah kamu menghiasi wajahmu
degan seuatu?”
Pemuda itu membalas,
“memang benar saya menghiasi wajah saya dengan
sesuatu,
jika saya bercakap, saya tidak pernah berbohong,
jika ada orang bercakap, saya mendiamkan diri dan
mendengar,
jika saya berjanji, saya tepati janji itu,
jika saya diberikan amanah, tidak sesekali saya
mengkhianatinya,,”
Al-Ahnaf
gembira mendengar jawapan itu,
lantas
beliau berkata,
”benar
kata-katamu wahai anak muda,
seungguhnya
kamu hiasi dirimu dengan akhlak mulia,”
Seindah perhiasan -----> Akhlak Mulia^^
0 comments:
Post a Comment
(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.