RSS

❉ FoLlOwErs❉

Tuesday, January 19, 2010

AMANAH DARI ALONG UNTUK SAHABAT KAMSIS & PSSI

SALAM KERINDUAN DI KEJAUHAN


Assalamualaikum.....dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung blog ana,selawat dan salam diucapkan kepada penghulu kita nabi Muhammad S.A.W.Alhamdulillah pada hari ini akan ku biarkan kalam ku berbicara akan ku biarkan penaku bertinta untuk ku menulis serba sedikit coretan untuk tatapan pengunjung secara amnya tetapi secara khususnya bagi adik adikku di Kamsis Politeknik Ungku Omar.

Pertama tamanya ana ingin mengucapkan syukran jazilan kepada kalian adiku adikku di kamsis yang menjemput kami mantan mantan exco kamsis dan Pssi untuk hadir sama bagi merealisasikan hasrat atau objektif msk ataupun bagi ana sebagai tapak pertemuan bagi kami juga senior senior ni dengan adik adik junior kami di kamsis,Moga pertemuan kita diberkati Oleh Allah,memang jika dikenang kembali kamsis mencoretkan seribu kenangan bila berada di sana,pahit atau manis semua itu mendewasakan kita,bagi yang telah di amanahkan menjadi exco ana berharap agar menjaga amanah ini sebaiknya dan juga jangan lupa sentiasa memohon pada Allah agar dimudahkan urusan.hatta kalau kita bukan menjadi exco sekalipun tugas kita sebagai khalifah Allah harus dimainkan.

Sebelum kalam rancak berpena.....sejuta kemaafan ana dahulukan kerana tidak berkesempatan untuk bersama sama adik adik di kamsis untuk menjayakan MSK kerana kekangan masa dan tanggungjawab.Tetapi insyallah jika ditentukan Allah kita akan bertemu juga nanti.Ana percaya bagi mereka yang sudah bergelar exco lebih dari satu sem agak senang untuk menyesuaikan diri dengan suasana bagaimana pula dengan yang baru....jangan mudah mengalah tunjukkan anda juga boleh,mungkin juga satu situasi baru bagi yang baru berkecimpung dalam dunia organisasi ini....jangan cepat melatah dengan keadaan....banyakkan bertanya tinggalkan sifat malu yang tidak bertempat.ana juga ingin mengucapkan selamat maju jaya bagi semua exco exco kamsis dalam menjalankan minggu suai kenal ini,Semoga usaha kita diberkati Allah dan menambah keberkatan Allah....








Di sini ada ana lampirkan beberapa tip dalam berorganisasi:

Pendahuluan:
Konflik dalam kalangan pemimpin merupakan perkara biasa, bukan sahaja di Malaysia , malah di banyak negara dan empayar sepanjang zaman. Namun, cara dan suasana konflik tersebut diselesaikan adalah yang lazimnya menarik perhatian.


Item pertama pemimpin ialah iman.

Secara ringkas, iman itu ada tiga implikasi, iaitu ‘imun’, ‘aman’ dan ‘amin’.

Imun maknanya kebal daripada maksiat serta kebal daripada sogokan dan pujukan.

Aman maknanya dia berasa aman bila bersama Allah, malah di depan orang dia baik, di belakang orang pun dia tetap baik.

Amin pula maknanya orang yang boleh dipercayai. Apabila sudah dipercayai barulah layak menerima amanah.

Item kedua ialah ilmu kepemimpinan.

Kepemimpinan bukannya secara spontan atau pakai tangkap muat sahaja, sebaliknya mesti ada ilmu. Apabila kepemimpinan itu ialah cara menggunakan pengaruh untuk mempengaruhi pengikut mencapai matlamat yang digarap, maka, jika tidak ada ilmu berkaitan kepemimpinan, nanti kita pula yang dipimpin oleh mereka.

Item ketiga ialah ’kepimpinan diri’.

Bagaimana kita boleh memimpin orang lain kalau diri kita tidak terpimpin? Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud ; [“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin”].

Hal ini termasuklah dalam hal memimpin diri sendiri. Maknanya, pemimpin tidak cepat melemparkan tanggungjawabnya kepada orang lain, tidak cepat terpengaruh dengan khabar yang tidak pasti. Jika dia melakukan kesilapan, diri sendiri menanggung risiko, bukan menyalahkan orang lain demi keselamatan diri.

Item keempat ialah ‘kemahiran komunikasi’.

Kerenah orang-orang yang dipimpin mampu ditangani dengan kemahiran komunikasi yang ada. Antaranya ialah, bercakap dengan terang jelas dan nyata serta mudah difahami oleh mereka. Seterusnya, setiap pemimpin perlu berusaha menjadikan dirinya mudah untuk didampingi, tidak ada tembok pemisah atau terlalu protokol.

Pemimpin juga perlu ikhlas kerana walaupun ikhlas adalah perkara abstrak namun, ia boleh dirasai dengan mata hati. Tindakan juga merupakan suatu cara komunikasi yang efektif berbanding banyak berkata-kata.

Allah memberikan kita dua telinga supaya kita banyak mendengar, Allah memberikan kita dua mata supaya kita banyak melihat dan mengamatinya, kemudian bertindak berasaskan pendengaran dan pemerhatian.

Item-item lain bagi seorang pemimpin yang benar-benar ‘menjadi’ juga ialah apabila sekiranya di sekelilingnya terdapat perkara menyalahi kebenaran, dengan kuasanya dia akan meluruskannya.

Selain itu, mereka juga sentiasa membesarkan Allah dalam setiap hal, memastikan hati dan penampilan luaran sentiasa bersih, serta lebih banyak memberi dengan ikhlas berbanding memberi kerana ingin mendapat lebih banyak. Insha-Allah dengan item-item ini, walau apa-apa sahaja konflik yang melanda kelak, pasti akan mampu diselesaikan dengan lebih baik oleh mana-mana pemimpin Islam. Wallahu’alam.



Pertama mungkin kita akan terdedah untuk bekerjasama dengan berlainan jantina ......

Tip tip berurusan dengan lelaki ajnabi


1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki. sms



2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke , gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32: “Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik” Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.” muslimah

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada ey e contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot. Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yg ada identity, yg taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi. Wassalam


YANG KEDUA:
bERBAIK SANGKA SESAMA KITA DALAM BERORGANISASI

Manfaat Berbaik Sangka

Ada banyak nilai dan manfaat yang diperolehi seseorang muslim bila dia memiliki sifat husnuzh zhan kepada orang lain.

Pertama, hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, perkara ini kerana berbaik sangka dalam hubungan sesama muslim akan menghindari terjadinya keretakan hubungan. Bahkan keharmonian hubungan akan semakin terasa kerana tidak ada halangan psikologis yang menghambat hubungan itu.

Kedua, terhindar dari penyesalan dalam hubungan dengan sesama kerana buruk sangka akan membuat seseorang menimpakan keburukan kepada orang lain tanpa bukti yang benar, Allah berfirman sebagaimana yang disebutkan pada Surah Al-Hujuraat Ayat 6 di atas.

Ketiga, selalu berbahagia atas segala kemajuan yang dicapai orang lain, meskipun kita sendiri belum dapat mencapainya, perkara ini memiliki erti yang sangat penting, kerana dengan demikian jiwa kita menjadi tenang dan terhindar dari iri hati yang boleh berkembang pada dosa-dosa baru sebagai kelanjutannya.

Ini bererti kebaikan dan kejujuran akan membawa kita pada kebaikan yang banyak dan dosa serta keburukan akan membawa kita pada dosa-dosa berikutnya yang lebih besar lagi dengan dampak negatif yang semakin banyak.

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani." Q.S Al-Hujuraat : 12.

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.




Sebenarnya masih banyak lagi yang ingin ana kongsikan tetapi agak risau jika pembacanya letih pulak tidak berkualiti pembacaanya nanti....

HANYA CORETAN INI YANG SEMPAT ANA KIRIMKAN SEBAGAI PEGANTI DIRI NAMUN WALAU JAUH DI MATA INSYALLAH SENTIASA DI INGATAN SELALU...

SELAMAT BERMUJAHADAH...


Sebelum kalam ini menamatkan sesinya pada tulisan kali ini harapan agar kita semua dalamkerahmatan Allah....Salam ukhuwwah sekencang dakwah


Ikhlas dariku,

Rohana Binti Abdul Rahim,( Along ana)
Mantan exco Kamsis 2005-2006
Mantan exco Pssi 2006 - jan 2008.




Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...