RSS

❉ FoLlOwErs❉

Saturday, March 12, 2011

~~Wayang--



بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Berhibur itu tiada salahnya asal tidak melanggar hukum syarak.... begitu juga dengan menonton wayang tiada salahnya selagi mana dapat mematuhi syarat-syaratnya ....

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Realitinya pada masa kini.....

1. Tajuk dan isinya.... cerita yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur yang tidak baik seperti seks, bercumbuan, mendedahkan aurat dan sebagainya...

2. Tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib... realitinya dapat dilihat pada hari ini... contohnya solat Maghrib di abaikan semata-mata tidak mahu terlepas menonton cerita @ part yang seronok...

Percampuran lelaki dan perempuan yang ajnabi tiada batasnya.... sedangkan jika kita ikut seminar atau di dalam kelas sendiri pasti ada pengasingan antara kedudukan perempuan dan lelaki...kita mungkin pergi bersama rakan sejantina @ keluarga... tapi ada orang lain dalam panggung wayang tu yang bukan ajnabi...... kedudukannya tidak diasingkan.... duduk rapat-rapat, kepit-kepit... pegang-pegang... raba-raba.

Cara tidak langsung kita meredhainya.... kita biarkan maksiat bersiaran langsung di mana kita berada tanpa rasa bersalah...

Oleh itu sesiapa yg nak menonton wayang, penuhilah tuntutan syarat tersebut, maka ia dibolehkan.

YA ALLAH SESUNGGUHNYA HIDUPKU DAN MATIKU ADALAH KETENTUAANMU.... SUDAHILAH HIDUP KU DENGAN SEBAIK-BAIK KETENTUAN DI DUNIA... DEMI MENDAPAT SYURGAMU DI AKHIRAT

Sumber rujukan:-

i- http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/23/hukum-menonton-wayang/

ii- http://lupekanje.blogspot.com/2009/09/hukum-menonton-wayang.html

iii- http://www.ustaznoramin.com/2010/05/hukum-menonton-di-panggung-wayang.html

iv- http://khalifahkhaliq.blogspot.com/2008/09/hukum-tengok-wayang.html


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 comments:

Anonymous said...

Assalam..ana tak pernah tgok wayang..hehe
syukran utk perkongsian ini..dpt jg ilmu tntg wayang ni..^_^ dpt lebih berhati2..

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...