RSS

❉ FoLlOwErs❉

Thursday, July 29, 2010

Arrghh.. untuk apa aku hidup..??

بسم الله الر حمن الر حيم

اسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



“Arghh… untuk apa la aku hidup ? Kenapalah macam-macam masalah yang timbul ? Lepas satu-satu, lebih baik aku bunuh diri sahaja daripada terus menderita begini.” Ini adalah ungkapan yang sering kita dengari apabila seseorang itu dirundung masalah.

Kadang-kadang kita akan berasa resah, gelisah, muram dan cemas. Seringkali juga kita akan berasa bosan dan daripada perasaan itu terbitlah pertanyaan dalam benak hati kita, “ Sebenarnya apa tujuannya aku hidup di dunia ini ? dan terkadang itu kita akan berasa betapa kosongnya hidup ini. Bukannya kosong apa, tetapi hati ini yang terasa kosong.
Justeru, bagi menjawab persoalan diatas, marilah kita kembali kepada tujuan kita dicipta. Matlamat hidup kita adalah untuk beribadah kepada Allah. Ini berdasarkan firman Allah :

“Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepada-Ku.” (Surah Az-Zariyat ;56)

Maha Suci Allah yang menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian, dan Dia tidak menciptakan manusia tanpa arah tujuan. Sudahlah diciptakan hambaNya dengan cantik dan sempurna, matlamat hidup juga cantik iaitu untuk menyembah-Nya(beribadat) semata-mata.

Al-Ibadah ialah satu kalimah yang mengandungi dua maksud yang saling berkaitan dan bergabungan yang kemudiaanya menjadi satu. Tunduk dengan sepenuh hati dan kecintaan yang mendalam dan sempurna adalah takrif daripada makna ibadat ini. Kedua-duanya mesti seiring dan tidaklah dinamakan ibadat sekiranya kita hanya cinta tanpa kita tunduk atau sebaliknya. Begitulah juga separuh cinta bergabung dengan separuh tunduk juga tidak akan tercapai makna ibadat. Ibadat yang disebut diatas ini lebih dikenali sebagai tauhid Uluhiyah.

Seterusnya, tidaklah dikatakan seseorang itu beriman kepada Allah sekiranya dia hanya beriman dengan tauhid Rububiyah yakni mengakui bahawa Allah-lah yang Maha Mencipta, Maha Memberi Rezeki, Maha Menghidup dan Maha Mematikan dan pelbagai kekuasaan lagi, tanpa menyakini kepada tauhid Uluhiyah serta tauhid Asma wa Shifat. Buktinya mari kita renungkan beberapa firman Allah Taala :

“Katakanlah : “ Siapakah yang memberi rezeki kepadamu, dari langit dan bumi, atau siapakah yang berkuasa(menciptakan) pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan yang hidup daripada yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan.” Maka mereka (kaum Musyrikin) menjawab : “Allah.” Maka katakanlah : Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepada-Nya)? Maka, (yang demikian) itu adalah Allah Rabb-mu yang sebenarnya, maka tidak ada sesudah kebenaran itu melainkan kesesatan. Maka, bagaimanakah kamu dipalingkan (dari kebenaran) ?” (Surah Yunus ; 31-32)

Juga firmanNya : “ Dan sungguh jika kamu tanyakan kepada mereka : “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi ?” Nescaya mereka akan menjawab : “ Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Surah Az-Zukhruuf : 9)

Maka fahamlah kita bahawa kaum musyrikin telah mengakui akan tauhid rububiyah ini. Namun, mereka tetap berada dalam keadaan syirik yang tetap menempatkan mereka di neraka.
“ Dan tidaklah sebahagian besar dari mereka beriman kepada Allah, melainkan (mereka) dalam keadaan mempersekutukan Allah (dengan sembahan-sembahan lain).” (Surah Yusuf : 106)


Berkata Imam Ibnul Qayyim. “ Seandainya keimanan kepada tauhid Rububiyah ini sahaja dapat menyelamatkan, tentunya orang-orang musyrik telah diselamatkan. Akan tetapi urusan yang amat penting dan menjadi penentu adalah keimanan kepada tauhid Uluhiyah yang merupakan pembeza antara orang musyrikin dan orang yang mengtauhidkan Allah.

Nah, inilah tujuan hidup kita yang sebenar. Jika kita benar-benar menyembah Allah semata-mata, tidaklah kita akan berasakan hati kita kosong, kerana hati kita pada masa tersebut sentiasa dipenuhi dengan rasa cinta yang teramat sangat kepadaNya. Natijahnya kita, akan bersusah payah menghabiskan waktu untuk beribadah kepadanya. Gejala membunuh diri juga tidak akan berlaku, sekiranya manusia memahami matlamat hidup yang seharusnya dia capai. Waallu’alam.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

0 comments:

Post a Comment

(~_^) .::JeNDeLa diHaTiKu::.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...